Monday, January 31, 2011

HAJI AZIZAN MB KEDAH MENGARUT LAGI ...

AloQStaQ baru dapat maklumat dalaman terkini dari sumber berdekatan dengan kepimpinan Kerajaan PAS Kedah, mengatakan bahawa Pakatan Rakyat Kedah semakin bimbang dengan situasi politik dan angin perubahan sokongan rakyat yang kembali menyokong BN/UMNO melalui kempen Gelombang Merah Berani Berubah !

TAHNIAH kepada Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah serta Timbalannya kerana tak henti-henti berusaha untuk mengembalikan keyakinan rakyat kepada UMNO Kedah.

Masalah terbaharu Pakatan Rakyat di Kedah selepas keluarnya "hero Tamil" mereka (dahulunya merangkap panglima perang pencacai reformasi Anwar jubur) si GOBALA Padang Serai, mereka kini kelam kabut menyusun strategi untuk menangkis serangan propa & dakyah Gobala dari luar parti , pastinya Gobala mempunyai pelbagai modai untuk hentam Anwar, Pakatan Rakyat dan tempiasnya pasti kena jugak pada Kerajaan PAS Kedah ! 

Melihat keratan akhbar yang menunjukkan bahawa seolah-olah Gobala keluar PKR tidak memberi kesan kepada Pakatan Rakyat, ianya memang dusta sama sekali ! 

Haji Azizan yang sudah diketahui ramai sebagai seorang MB yang lembab dan lekeh, beliau cuba menidakkan ketakutan Pakatan Rakyat khususnya Kerajaan PAS Kedah dengan situasi yang belaku kini di Kedah.

Padahal, memang PAS Kedah takut dan bimbang dengan keluarnya geng-geng (yang dahulunya) kuat menyokong Anwar di Kedah khususnya dari parti PKR. Atas sikap sudah hilang percaya kepada kepimpinan Anwar dan PKR , maka ramai dah yang angkat kaki ... 

Ditambah pula dengan keadaan politik dalaman PAS Kedah yang berpecah belah sesama mereka ... Sumber AloQStaQ dapat mengatakan PAS Kedah juga ada puak-puak ... Puak MB , Puak Anti-MB , Puak EXCO Berhaluan Kiri MB dan puak atas pagar (ni geng "tunggu & tengok saja"). Puak yang Haji Azizan paling tak suka adalah puak EXCO Berhaluan Kiri MB ... Puak ni lah yang dok cuba mengambil alih tempat kepimpinan Haji Azizan ...

Sudahlah beliau baru sahaja tiga tahun (tak sampai sepenggal lagi pun!) menduduki kerusi empuk sebagai MB, dah ada puak dalam PAS Kedah sendiri yang mencuba mendesak beliau berundur ... Ini yang menambah pedih !
Jadi, harapan melihat bulan purnama retak menanti belah di Kedah telah semakin kelihatan jelas ... isu Gobala keluar merupakan satu lagi masalah besar untuk Pakatan Rakyat di Kedah khususnya yang dipimpin oleh Haji Azizan ... Walaupun ianya adalah kerusi Parlimen, tetapi rakyat di dalam Parlimen Padang Serai yang memilih Gobala PKR pada PRU12 lalu adalah seramai  28,774orang ... Ianya bukanlah satu angka kecil yang patut dipandang enteng oleh Haji Azizan .... Kalau ramai tu yang berpaling tadah, Haji Azizan akan demam terkejut dan masuk wad di KMC pula (nasib baik ada jururawat tersayang di KMC sedia memberikan khidmat 1st class kepada Pak Haji Azizan !) ...


TAHNIAH BN MENANG DI TENANG ! Bersama kita kembalikan kekuatan BN untuk PRU13!


AloQStaQ
31 JAN 2011
12:25 Tghari

3 komen:

Anonymous February 1, 2011 at 10:25 AM  

jangan nk perasan la BN nk menang kedah....kalau dlm BN sndri pn asyik bolot projek rkyt...myampah aku tgk...BN bukan utk bjuang utk rakyat pn...BN-Barang naik adalah....Slogan je semata-mata...minyak makin naik,pdhal ngra ini pgeluar minyak,jangan ingat rakyat ni bdoh,muakkkk dengan pemimpin Bn...kalau dh kalah baru nk tgok rakyat...kami tetap bersama Anwar Ibrahim...Reformasi...Dulu, kini dan selamanya bersama PKR, ANWAR IBRAHIM....

Anonymous February 1, 2011 at 12:35 PM  

Jaga-jaga no . 2008 dulu menang dengan banyak temberang dan caci UMNO .La ni orang Kedah rasa macam mana nak bagi Pas merintah lagi ka atau dah cukup . Dulu pun ada orang UMNO Kedah kong kali kong .ada yang talam dua muka .Ingat PRU13 dah dekat .Pakat-pakat tengok .Jangan jai Kedah sudah la .Kut esok dengar-dengar ada tanah sana tergadai kat Cina Penang ,Cina Singapore sudah lah .Jangan jagi macam Kelantan dulu dah juai tanah kat Cina Singapore. Buka la mata orang Kedah oi. Pasai apa hangpa marah sangat ke UMNO tu.

AnaQarbana February 2, 2011 at 9:46 AM  

Sebgai pengundi dalam Negeri kedah yang menetap di kedah sejak BN hingga PAS jadi Kerajaan, rasa macam sama saja, tak ada perubahan yang ketara, maksiat, premis jual arak, aktiviti agama nampak macam biasa je. Yang ada perubahan ialah, khidmat PBT nampak ada perubahan mundur kebelakang, kenapa, mengapa, Kerajaan yang ada mungkin tak pandai tadbir urus selia pekerja kot, ataupun ada yang ada depa sabotaj kerajaan PAS [alasan bodoh]. Kalau mavam ni, rakyat kedah ataupun pengundi nampak macam serasi sataupun selesa dengan kerajaan yang ada kerana tak ketara sangat perubahan. Pengundi mungkin akan terus memilih PAS, kerana secara fizikalnya PAS tidak ketara di landa isu berbanding dengan UMNO yang sampai lani dok bertokak sesama sendiri, umno guna santau angin melumpuhkan musu politik sesama lambang yang mana tok bomohnya ialah PAS.....semoa PAS terus memerintah kedah Aminnnnnnnn

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP