Monday, February 21, 2011

BOB Lokman tak boleh tolong ! ... PAS Kedah semakin menggelabah gila !


Hari Sabtu 19 Feb 2011 lalu, spy aku melalui dan menjejaki Kompleks PAS Simpang Empat, tempat dimana berlangsungnya Perhimpunan Pemuda PAS Seluruh Malaysia (kononnya) untuk mengumpul seramai 30 Ribu pemuda! Hebat bunyinya kan?!


Tapi, sayang beribu-ribu kali sayang, hasrat tersebut tak tercapai malahan tersasar jauh ... harapan awal untuk melihat kehadiran seramai 30 Ribu orang pemuda penyokong PAS tidak tercapai ... Dianggarkan dari pemerhatian kasar , hanya lingkungan sekitar 15 Ribu (kalau paling ramai pun hanya dalam 18 Ribu) sahaja yang hadir ke perhimpunan tersebut , itupun sebab dah dikira sekali dengan orang tua - veteran - muslimah - budak kecik - peniaga gerai makan minum dan polis trafik yang berkawal di jalanraya.


Kehadiran Bob Lokman sebagai pembakar semangat anak muda Pas yang sanggup berpanas terik ditengah padang kompleks tu, tak memberikan kesan besar kepada sekalian hadirin kerana pada mereka, siapalah Bob Lokman ni ? ... Hebat sangatkah beliau ? Apa jasa Bob Lokman kepada Islam di dunia Islam ni? ... Biasa saja ... tak ada kelebihan pun.


Setakat pernah menjadi artis semi-popular dan pernah terlibat dengan lagu Isabella ... itu aje la pada artis berjanggut tebal sorang ni ... Walaupun berjanggut, dia dah tentu bukanlah Ulama, mahupun seorang ilmuan atau Pemikir Islam Tersohor dunia !


Kalaulah Pemikir mahupun Ulama Tersohor Dunia yang menyerahkan borang menjadi ahli PAS hari tu , kira hebatlah Pemuda Pas yang hadir tu untuk merasa sedikit megah !


Ini apaaa! ... Bob Lokman hanya sekadar seorang bekas artis biasa saja ! ... (dan hanya juri Raja Lawak musim lalu)...


Gimik kehadiran Bob Lokman menyerahkan borang menjadi ahli Pas di pentas Kompleks PAS Kedah hari tu, nampaknya hanya gimik murahan semata ... tiada yang menarik bagi hadirin , khususnya Pemuda PAS seluruh Malaysia.


Kelihatan juga ramai anak muda yang baru balik dari Mesir atas tiket Ops Piramid menyertai program ini ... dan ada seorang mamat yang baru balik dari Mesir itu bersungut, "Adoiii ! ... Bob Lokman masuk PAS taklah sehebat mana pun ! ... lainlah kalau Siti Nurhaliza laki bini , barulah terkejut beruk Bik Mama dengan Tok Jib tu!" disambut gelak tawa pemuda yang berada disekelilingnya ... Hmmm, betoi jugak kata mamat tu!


Jadi, kesimpulannya dengan kehadiran Pemuda seluruh Malaysia yang tidak cukup kuantiti hari tu ... Harapan PAS Kedah untuk mendabik dada menyatakan sokongan kaum muda semakin hebat kepada PAS hanya tinggal impian ...


Kemelut dalaman PAS Kedah yang ditambah dengan kepimpinan lekeh serta cacamarba , saling tak ubah seperti zaman pemerintahan BN dulu, PAS Kedah semakin hilang arah. Pemuda pun ramai dah sedar semua tu, lalu pemuda menjauhkan diri dari parti yang jelas bertopengkan agama Islam dan sanggup bersekongkol dengan DAP laknat serta PKR penjahanam bangsa ! ...


TAHNIAH PEMUDA YANG SUDAH SEDAR !
TAHNIAH PEMUDA YANG TIDAK JOIN PERHIMPUNAN HARI TU!


TERUS JAUHI PAKATAN RAKYAT
JOM JAUHI PAS !
DEMI ISLAM, MELAYU & MALAYSIA ....




AloQStaQ
21 Februari 2011
12:07 Tengahari

9 komen:

Anonymous February 21, 2011 at 1:17 PM  

KEHKEHKEH BEST BROO!..KIPIDAPP BROO >:D

Anonymous February 21, 2011 at 3:22 PM  

u mean umno demi islam?kalau melayu dn negara boleh la aku percaye

Anonymous February 21, 2011 at 6:24 PM  

u mean PAS demi islam? Kalau demi undi dan syaiton bolehlah akau percaye

Anonymous February 22, 2011 at 1:34 AM  

Ala Bob tu bukan sapa2 pn tak popular mana biar la tk jadi kudis pn..lagu isabela tu orang lebih kenal Amy.. alasan yg sangat longar..

Anonymous February 22, 2011 at 2:54 PM  

Subhanallah
JAUHI PAS?
oh aku lupa la pulak.
nanti time kat padang masyar ALLAH s.w.t dia akan tanya pasai melayu kan?

at least Bob lukman tu dapat la jugak sinar hidayah.
daripada penyamun2 yang hangpa dok bangga sangat,nama ja nak bantu melayu tp sgala benda harga naik.
segala duit yang spatutnya diperuntuk ntok rakyat depa curi habeh,kelia la lagutu :D

Demi agama bangsa la sokong umno?
pusat maksiat bercambah2,judi,arak perkara biasa. ISLAMkah?
APCO yahudi israel laknatullah p buat perjnjian 1malaysia/1israel siap bayar 70juta/year lagi apa ni?
bila org tunjuk agreement tu then mintak jelaskan truih mngelabah,pastu gantung ahli parlimen pembangkang. macam tu Kerajaan? xdak proof nak show kat rakyat
Kapal selam 2nd hand tak boleh selam depa p beli. 500juta siap dia kebas lagi.
bila ditanya dijawabnya komisyen bukan corruption.

Fikirlah secara waras.

AloQStaQ February 22, 2011 at 3:09 PM  

Terima kasih Jeffry & all Anons yang beri komen ...

Kepada Anon, February 22, 2011 2:54 PM

Sinar Hidayah ???? hehehe .... masuk PAS confirm dapat sinar hidayah yer? kitab mana bagitau ?

Bukan kalau masuk ISLAM baru nyata dapat SINAR HIDAYAH & LINDUNGAN DARI ALLAH TUHAN SEKALIAN ALAM?

Hang dah keliru ni beb!

Masuk PAS tak bererti dapat Sinar Hidayah. Tiada tertulis walau satu ayat pun dalam Kitab Suci Alquran.

Inilah kalau dah selalu sangat dok pi dengaq ceramah, tak tau dah nak beza antara MENGANUT AGAMA ISLAM dengan JOIN PAS ...


AloQStaQ

Onna February 23, 2011 at 9:25 AM  

bob kata dia dari keluarga islam ulama' yang telah ditanamkan dengan jiwa keislaman sejak kecil tapi dia baru tau sekarang ni selepas join pas yang ALLAH itu maha pengampun dan maha penyayang...nauzubillah.. dia bukan saja dungu... bongok pun ada...sorry for the language used..dah geram sangat ni...

Anonymous February 23, 2011 at 11:43 AM  

Anon...February 22, 2011 2:54 Subhanallah
allah pun tak tanya hang pasal PAS de...PAS tu bukan agama...


Hang kenai ka Bob ni sapa..Azeez mamak dok bela dia punya la lama..dan dia masuk PAS sebab hidayah suruh dia jadi perisik UMNO..ngok betoi

PAS memerintah kedah yang pusat karaoke, dan disko bercambah bertambah2 pasai pa???. ISLAMkah?

Amwar ibrahim tu kawan YAHUDI siap ada faundation taja program PAS. Dah sah terang lagi bersuluh siap kilas kata UMNO ngan UPCO. yang APS peluk cium dengan DAP dan PKR sahabat YAHUDI tu apakebenda?????
macam tu Kerajaan ISLAM? xdak proof nak show kat rakyat

Insaniah tak siap lagi baru 2 3 bangunan naik duit dah habih berjuta2 p mana.Duit tabung memali berjuta2. Makan duit anak yatim.. buat kerja kena cara Islam na bukan PASelam...

Fikirlah secara waras. PAS tu parti bukan agama ISLAM....jgn dok minum tuak ceramah PAS saja...ada akai pikiaq la...

Kesian Kat Orang dok percaya PAS tu agama..

AloQStaQ February 24, 2011 at 11:38 AM  

TQ Alida & Anon 23 Feb,

Aku bukan apa, aku sedih tengok puak-puak PAS sekarang ni asyik mendabik dada bahawa depa adalah the real ISLAM tulen berbanding orang lain.

Bagi puak PAS ni, orang UMNO tak berapa mencapai tahap keislaman yang optima berbanding depa yang menganut agama PAS tu, sehinggakan tok guru nyanyok depa dah sebut ORANG UMNO SEUMPAMA ORANG JAHILIYAH ...

tudiaaAAA ! orang tua tu dah tak sedaq ke diri dahhh ! dia ingat dia tu ulamak dari langit kot sampai buleh tuduh orang macam jahiliyah ... bengap punya tua nyanyok!


AloQStaQ

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP