Tuesday, December 14, 2010

MUKHRIZ Sekali Lagi SANGGUP GALAS !

Hari ini membaca SINAR HARIAN (14 Disember 2010) Ruangan NASIONAL (N6), sekali lagi Dato' Mukhriz Tun Mahathir menyatakan kesanggupan beliau untuk menggalas tanggungjawab sebagai pemimpin di negeri kelahirannya sendiri - Kedah Darul Aman.


Jika beliau diberi peluang oleh Dato' Sri Najib Tun Razak untuk jawatan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kedah yang akan dirombak tak lama lagi.

Sebelum ini (beberapa hari lepas), beliau buat kali pertama secara terbuka menyatakan hasrat beliau untuk menerima apa sahaja jawatan yang akan diberikan oleh Presiden Parti. Pada hari ini, sekali lagi hasrat memikul tanggungjawab tersebut beliau ulangi.

Ini memberi bukti jelas bahawa Dato' Mukhriz bukanlah seorang yang penakut (seperti yang dituduh oleh segelintir pihak) yang mana dikatakan beliau tidak berani menerima jawatan tertinggi parti di Kedah disebabkan kononnya akan ada gerakan untuk mencantas kepimpinan beliau ! ...


Nah ! kali ini beliau secara terbuka menyatakan hasratnya ! Semoga hasrat beliau tersebut akan dipandang serius oleh pucuk pimpinan parti dan akan mempertimbangkan sewajarnya untuk kebaikan UMNO Kedah ...

AloQStaQBlog secara peribadi memohon semoga DS Najib akan melantik Dato' Mukhriz ke jawatan Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah menggantikan DS Shafie Afdal dalam masa terdekat ini ... Demi pemulihan UMNO Kedah secara total dan menjadi anjakan kuat bagi jentera parti BN untuk merampas Kedah pada PRU13 nanti ! InsyaAllah ! ....

BANTU MUKHRIZ UNTUK MEMBANTU ANDA ! ...


AloQStaQ
14 Disember 2010
11:15 Pagi


2 komen:

dzimba December 14, 2010 at 11:22 PM  

sokong bro...selamat berjuang dato mukriz

Jitraman December 16, 2010 at 12:48 AM  

Sokong Mukriz sebagai Pengerusi Perhubungan Kedah. Bukan untuk Mukhriz tetapi untuk agama, bangsa dan negara.

DSN jangan dok ambil kira sangat dengan Ketua2 Bhgn yang berkepentingan diri tu. Buktikan yang DSN menjunjung moto 'rakyat diutamakan'. Ikutlah kemahuan rakyat agar Mukhriz dilantik sebagai Pengerusi.

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP