Sunday, December 19, 2010

CALON DUN TENANG : PAS atau PKR ? PAS sanggup "diliwat" lagi ?? ...

Setelah arwah ADUN Tenang Allahyarham Datuk Sulaiman Taha, selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Paya Merah , maka bermulalah parti-parti yang berminat untuk bertanding di DUN tersebut mencongak siapakan calon yang bakal dipertaruhkan demi menambat hati rakyat.

Setelah berabad lamanya Barisan Nasional dengan konsep bermuafakat , pastinya tidak sukar untuk menentukan calon dari parti UMNO yang selayaknya bertanding di kubu kuat dalam Parlimen Labis tersebut. Tiada bantahan , pastinya UMNO adalah parti bertanding bagi Barisan Nasional kali ini.

Tetapi, aku mula dengar khabar dari sumber dalaman Pakatan, bahawa di pihak Pakatan Rakyat pula, ura-ura dah mula menggaru-garu antara satu sama lain! , yang boleh membawa akibat lebih teruk iaitu cakar-mencakar , seterusnya sehingga menarik rambut dan bersengketa sesama parti Pakatan untuk meletakkan calon masing-masing...


Walaupun pada hakikatnya PAS adalah parti yang sejarahnya selalu meletakkan calon bertanding di kerusi DUN Tenang menentang UMNO, tetapi kali ini pada Pilihanraya Kecil nampaknya PAS tidak dapat secara automatik hak itu untuk bertanding!
Kata sumber tersebut, PKR mula mengintai peluang untuk bertanding setelah dilihat rekod lama PAS tidaklah secemerlang manapun. Sementelah pula, PAS sudah banyak kali tumbang dalam pilihanraya di DUN Tenang. Dicampur aduk pula dengan peratusan Kaum Cina & India di DUN Tenang adalah melepasi angka 50% dari jumlah pengundi. Walaupun hakikatnya, pengundi Melayu memegang angka majoriti terbanyak iaitu 49.66 %.

Pastinya, PKR merasakan mereka lebih patut dan selayaknya untuk bertanding di kubu kuat UMNO tersebut. PKR juga merasakan PAS sepatutnya memberikan laluan kepada calon PKR dan mengharapkan PAS berehat untuk bertanding di kerusi itu pada kali ini dan masa depan. Kononnya PKR dapat menarik lebih ramai pengundi Cina & India kali ini ...


Jadi, kita lihat sahaja percaturan Pakatan kali ini, setelah mereka bersama-sama berkonvensyen di Pulau Pinang pada hari ini, dalam sedang berkonvensyen itu, mungkin Anwar cuba untuk mendapatkan green light dari Hadi untuk diberi laluan kepada calon dari partinya di DUN Tenang. Kita tunggu dan lihat , PAS sanggup ke tidak untuk di"liwat" lagi ...


AloQStaQ
Ahad
19 Dis 2010 ; 2.40 Ptg




INI BERITA YANG TERKINI ISNIN 20 Dis 2010 (8:00AM)

: Calon PAS wakili Pakatan di DUN Tenang (MalaysiaKini)



Komen AloQStaQ : OK la kalau Pakatan dah tetapkan PAS jadi calon DUN Tenang, mari kita berlawan ! ... Parti KITA tak mau masuk bertanding ka ? ... hehe






1 komen:

Anonymous December 19, 2010 at 6:54 PM  

kah, kah, kah.. tengok lah nanti, AnuWar mesti kata seat tu kena bagi kat PKR sebab dia ada ahli 400,000. Kena main lagi PAS and DAP.

Semua kena kencing dengan AnuWar lagi.

kah kah kah

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP