Sunday, September 5, 2010

SUDAH SAH ! APA YANG DIKATAKAN ... PAS JUGA TOLAK HUDUD !

Aku pernah menulis berkenaan putarbelit PAS untuk melaksanakan Hudud , beberapa hari lepas dalam blog aku ni ... sila Baca Di Sini ...

Lebih menarik kali ini, ianya dibuktikan dengan lebih jelas dan lebih terperinci , bahawa PAS memang TELAH LAMA MENIPU sekalian rakyat di ceramah-ceramah bahawa mereka akan menjalankan Hudud selepas memerintah.

Pada PAS, isu Hukum Hudud hanyalah tidak lebih sekadar modal untuk kepentingan politik PAS sahaja. Bab nak laksanakan ? ... Jauh Semanggang Dari Api !

Di bawah adalah kenyataan terkini (3 September 2010) salah seorang dari saf kepimpinan Pas. Kalaulah tidak benar apa yang beliau nyatakan itu, AloQStaQBlog mencabar kepimpinan PAS Pusat WAJIB MENGAMBIL TINDAKAN TERHADAPNYA (Timbalan Pesuruhjaya 3 Pas Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah).





Hudud tidak semestinya dilaksana – Pas


Oleh YULPISMAN ASLI
utusankelantan@utusan.com.my


KOTA BHARU 2 Sept. – Pas mengakui hukum hudud tidak semestinya dilaksanakan sekiranya pakatan pembangkang menang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dan memerintah negara.
Timbalan Pesuruhjaya 3 Pas Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, Pas dan parti-parti dalam pakatan pembangkang pada peringkat ini telah bersetuju untuk tidak membincangkan soal pelaksanaan hukum hudud yang menjadi agenda perjuangan parti itu selama ini.

Malah, katanya, Pas dan rakan-rakannya dalam pakatan itu juga tidak akan ‘mengusik’ kerangka Perlembagaan Persekutuan walaupun ada pandangan yang mengatakan ia perlu dipinda sekiranya Pas hendak melaksanakan syariat Islam.
“Tidak semestinya kita akan laksanakan, kita melihat kepada persediaan dan persetujuan masyarakat.

“Kita ada persetujuan untuk peringkat ini kita tidak bincangkan soal hudud. Misi kita yang utama ialah untuk menjatuhkan Barisan Nasional pada pilihan raya.

“Bagi kita secara personalnya, perjuangan kita adalah untuk menegakkan syiar (Islam), tetapi kita tidak akan memaksakan hasrat ini kepada masyarakat. “Bila masyarakat sudah bersedia dengan penjelasan, kefahaman, pada masa itu kita akan laksanakan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas laporan yang pakatan pembangkang tidak pernah merancang untuk melaksanakan undang-undang Islam termasuk hudud jika ditakdirkan berjaya memerintah negara ini. Ini kerana parti-parti dalam pakatan itu, termasuk Pas terikat kepada perjanjian bersama yang akan terus mempertahankan dan mengamalkan perlembagaan sedia ada.

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin yang mendedahkan perkara itu menjelaskan, dasar itu dipersetujui dan ditandatangani oleh semua pemimpin pembangkang termasuk Pas.


Baru-baru ini, Penyelaras Pakatan Pembangkang, Datuk Zaid Ibrahim menyatakan bahawa Pas tidak akan dapat melaksanakan hukum hudud berdasarkan realiti politik hari ini dan perjanjian antara parti pakatan pembangkang yang berpegang teguh pada Perlembagaan Negara.


Mengulas lanjut, Mohd. Amar yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Dakwah negeri berkata, cita-cita Pas untuk menegakkan syariat dan sebuah negara Islam tidak pernah berubah tetapi pelaksanaannya bergantung kepada persediaan masyarakat yang juga pengundi.

“Rakyat Malaysia iaitu pengundi, walaupun pilih Pakatan Rakyat tetapi mereka belum bersedia untuk menerima pelaksanaan (hukum hudud) kita tak jadi masalah.
“Selama ini kita bagi tahu nak laksanakan negara Islam pun bukan nak memaksa, tapi dilaksanakan dengan persetujuan pengundi, itu paling penting. Sebab, bila rakyat setuju soal perlembagaan sekular tak berbangkit dah,” katanya.


Nahhh !!! SUPER FUCK OFF KEPADA PARTI PENIPU UMMAT ISLAM !!! ...
Demi sayangkan DAP laknatullah, PAS sudah tendang hudud masuk longkang !! ........

4 komen:

Anonymous September 5, 2010 at 6:31 PM  

Nampak nya permainan politik mahu atau tidak rakyat kena turut serta akan tetapi bagaikan bidalan GAJAH SAMA GAJAH BERJUANG, pelanduk juga yang mati tersepit.
Kepada puak mana pun yang memerentah rakyat tetap sengsara, SUKU SAKAT DEPA JE YANG KAYA RAYA.

Anonymous September 5, 2010 at 7:05 PM  

sesiapa yang mengundi PAS adalah dikira HARAM..mempermainkan agama suci islam..menipu umat2 islam kononnya PAS perjuangkan islam...fatwa menjadi kafir jika berpakat dgn orang kapir untuk memerintah malaysia telah dikeluarkan hj hadi dan nik aziz..fatwa itu telah terbalik kpd mereka...jadi jika anda mengundi PAS anda juda akan menjadi KAPIR HARBI spt mereka..nauzubillah

Anonymous December 10, 2010 at 7:45 AM  

Baik pengiriman dan posting ini banyak membantu saya dalam assignement kuliah saya. Terima kasih Anda sebagai informasi Anda.

Anonymous December 17, 2010 at 8:05 AM  

Terima kasih atas posting ini, cukup membantu dan mengatakan banyak

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP