Thursday, February 11, 2010

HARI INI MAHKAMAH KEMBALI ADIL KEPADA PEMBANGKANG ...

Dua hari lepas, sejurus Mahkamah Persekutuan membuat keputusan MB sah Perak adalah Datuk Seri Dr. Zambry, macam ribut taufan datang terkeluarlah segala cercaan dan celaan terhadap Institusi Kehakiman di Malaysia oleh para Pemimpin Pembangkang (Pakatan Rakyat).


Sehinggakan Nizar mengatakan hari tersebut adalah hari yang menyedihkan kononnya kepada Sistem Demokrasi disamping dia mengatakan negara ini menuju kepada Sistem Monarki Mutlak! .... Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Karpal Singh semuanya berpendapat yang menghentam Institusi Kehakiman Malaysia ... Hanya kerana keputusan yang tidak menyebelahi mereka sebagai MB sah Perak!


Tapi hari ini, bila aku terbaca dan melihat "gambar suka gembira" beberapa pemimpin Pakatan Rakyat yang disiarkan oleh Malaysiakini di sini , aku yakin mereka-mereka itu mengatakan Mahkamah kali ini ADIL , SAKSAMA , TELUS , BENAR , BETUL , TEPAT , BERINTEGRITI dan macam-macam lagi pujian melangit ! ... Hanya kerana MAHKAMAH MEMBEBASKAN 27 PESERTA PERHIMPUNAN HARAM ARSENIK !!! ....


Sebab itu mereka SUKA & GEMBIRA (dibuktikan dalam gambar siaran Malaysiakini) sejurus selepas keputusan Mahkamah tersebut! Yang tersengih macam kerang busuk si Tian Cuak pun ada!



Seronok la apek tu, satu kes Mahkamah dah selesai - tak ler risau sangat menanggung tekanan dan ketakutan (walupun banyak lagi kes Mahkamah dok tunggu dia) ... Maklumlah, petang Sabtu nanti nak Makan Besar, kalau kalah kes Mahkamah hari ni , tak berapa syok la dia nak sambut raya Ahad nanti! ...


Sebab tu, bila Mahkamah umum 27 mereka dibebaskan, seronok bukan main lagi ... macam dapat Ang Pau! ...


Mungkin dalam hati depa, hari ini MAHKAMAH MALAYSIA ADIL & SAKSAMA. SEBAB BEBASKAN KAMI ...


TAPI, AWASSS !! ... KALAULAH HARI INI KEPUTUSAN MAHKAMAH INI MENGATAKAN KAMI BERSALAH, MEMANG MAHKAMAH MALAYSIA INI ADALAH MAHKAMAH KANGGARU ! MAHKAMAH KENA KONTROL BN ! MAHKAMAH BERAT SEBELAH ! HAKIM TAK BERINTEGRITI ! ...

Dan macam-macam lagi tohmahan yang akan terpacul dari mulut celupaq depa !!! ...




AloQStaQ
11 FEB 2010
4:00 Ptg

3 komen:

bRAVEhEART February 11, 2010 at 4:37 PM  

Salam ziarah dan persahabatan

setapa February 11, 2010 at 10:03 PM  

Ikut suka hampa la...yang penting dosa masing-masing tanggung dan nilailah ikut pengetahuan yang ada.Suratkhabar hari-hari ada berita janji laris.

Anonymous February 14, 2010 at 11:08 PM  

cuba buat post ttg kapal selam yg xboleh selam tu sat..
mcm mana la boleh jd lagu tu..
cuba kalo hg baru beli kereta,then kereta tu xle jalan..x bengang ke hang?

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP