Monday, January 4, 2010

JOM TANDATANGAN PETITION : BANTAH KRISTIAN GUNA NAMA ALLAH

AloQStaQBlog menyeru para sahabat-sahabat Muslim yang sayangkan Islam dan MEMBANTAH NAMA ALLAH DIGUNAKAN OLEH AGAMA LAIN SELAIN ISLAM, marilah menandatangani petition yang dianjurkan oleh Muslim Consumer. BERANIKAN DIRI ANDA UNTUK MENENTANG DEMI KEBAIKAN GENERASI ISLAM AKAN DATANG !
(Butir-Butir Diri Anda Yang Di Isi Pada Borang Petition Tersebut DIRAHSIAKAN!)




Jutaan Terima Kasih.


ALLAHUAKBAR!



AloQStaQ
04-JAN-2010
10:10 AM

4 komen:

Arif Omar January 4, 2010 at 10:18 AM  

Daripada segi undang-undang, Perlembagaan Persekutuan mengiktiraf Islam sebagai agama bagi negara ini di dalam peruntukan Perkara 3(1). Perkara itu turut menjamin kedudukan agama lain dengan formula "aman dan damai"."Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan".

Formula "aman dan damai" ini belum pernah ditafsir oleh mahkamah.Namun, daripada segi amalan, agama selain Islam tidak boleh diamalkan sekiranya ia mengganggu dan menggugat keadaan "aman dan damai" masyarakat negara ini.Bahagian kedua Perkara 3(1) ini juga memberi pengertian bahawa, keharmonian dan toleransi antara agama perlu dititikberatkan supaya tidak menggugat kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara.

Oleh itu, penggunaan perkataan 'Allah' oleh Herald Catholic boleh ditafsirkan sebagai menggugat kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara ini. Ia juga boleh mencemar formula "aman dan damai" yang dimaktubkan di dalam Perlembagaan Persekutuan.Merujuk kepada isu penggunaan perkataan 'Allah', kita perlu melihat aspek baik dan buruk hubungan antara penganut agama dalam formula 'aman dan damai' itu.Undang-undang, pada banyak ketika, tidak dapat menjadi penyelesaian kepada semua masalah terutama yang melibatkan emosi atau sensitiviti.

Contoh yang mudah, adakah kebenaran mahkamah untuk membenarkan suami berkahwin dengan isteri kedua dapat mengubat atau menjadi penawar kepada emosi isteri pertama yang amat terluka dengan tindakan suaminya? Paling baik pun, setelah terpaksa menerima keputusan mahkamah tersebut, isteri pertama harus meneruskan hidup bermadu dengan tangisan di dalam hatinya.

Ini dikatakan formula 'rela dalam paksa.' Formula 'rela dalam paksa' ini sudah pasti tidak akan menjamin kebahagiaan akan kekal lama.Begitulah juga gambaran yang dapat dibuat mengenai kesan daripada penggunaan perkataan 'Allah' oleh Herald Catholic.Selain Perlembagaan, undang-undang mengenai pengharaman penggunaan perkataan-perkataan yang suci dalam agama Islam telah lama wujud di dalam undang-undang di negeri-negeri.

Ia termaktub dalam peruntukan undang-undang berkaitan kawalan dan sekatan penyebaran agama bukan Islam di kalangan orang Islam yang selari dengan peruntukan Perkara 11 (4) Perlembagaan Persekutuan.Undang-undang ini adalah sebahagian daripada segmen perjanjian sosial antara kaum dan agama sewaktu proses mencapai kemerdekaan. Namun begitu, penguatkuasaan undang-undang tersebut masih belum begitu terserlah.

McTheory January 4, 2010 at 4:04 PM  

Kalimah Allah perlu dipertahankan untuk menjadi hak milik hanya untuk umat Islam sahaja.

hans January 10, 2010 at 1:11 AM  

yups
nak gi sain petisyen kejap

MK IV January 15, 2010 at 5:54 PM  

jemputan program dialog bersama pemimpin,
sila emailkan nama penuh, no ic, nama blog dan no telefon ke darulehsantoday.blog@gmail.com dengan kadar segera untuk booking tempat duduk.

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP