ISU KALIMAH ALLAH : PAS Ke mana arah dan halatuju?
Setelah sekian lama tidak menaip untuk menghantar posting di blog ini, aku hari ini cuba juga sedaya upaya meluangkan sedikit waktu untuk membuat entry seterusnya ... Setelah melihat pelbagai kesan yang berlaku akibat pergolakan isu KALIMAH ALLAH.
Pertama sekali, aku terpanggil hari ini untuk menulis apabila terbaca artikel berita Online Malaysiakini pagi ini yang melaporkan kejadian KEPALA BABI DILONTAR DI 2 MASJID. Aku secara peribadi memandang perkara ini semakin serius dan semakin bahaya. Umat Islam akan pastinya terhiris perasaan mereka apabila kejadian ini berlaku.
Nampaknya, isu KALIMAH ALLAH memungkinkan perbalahan yang lebih panjang jika tidak ditangani segera oleh semua peringkat, baik pemimpin atasan, pemimpin parti-parti politik dan segenap lapisan rakyat tak kira bangsa & agama demi menjamin keharmonian yang selama ini kita kecapi dapat dipertahankan.
Yang aku tak pasti sekarang, di mana kedudukan Parti (yang mengaku) Islam SeMalaysia? Dimana arah tuju PAS dalam isu KALIMAH ALLAH ? ... Sudah kita sedia maklum bahawa Timbalan Mursyidul PAS Prof.Datuk Harun Din sudah mengeluarkan pendapatnya bahawa kufur kepada mana-mana Islam yang membenarkan kalimah Allah digunakan oleh orang bukan Islam. INI JELAS.
Tetapi, sayangnya dalam PAS kini sudah terlihat sudah ada puak-puak yang terbahagi 3 ... Pertama, yang menyokong Harun Din ... Kedua, yang menyokong Khalid Samad (dan Anwar Ibrahim) dan yang Ketiga, puak yang play-safe tidak mahu membuat sebarang komen.
Pelik. Tapi Benar. Itulah Parti Islam SeMalaysia yang KONONNYA PEJUANG ISLAM DI TANAH MALAYSIA ini .... Setakat isu KALIMAH ALLAH pun mereka belum dapat bersatu hati membuat keputusan rasti parti, macamana pula nanti PAS nak tegakkan SEBUAH NEGARA ISLAM & MENJALANKAN SEGALA HUKUM HAKAM UNDANG-UNDANG ISLAM ? Boleh ka?
Apapun, sekalung tahniah aku ucapkan kepada Zul MP Kulim kerana berani menongkah arus dalam partinya = Parti Keadilan Rakyat. Walaupun bagi aku, Zul Kulim ni seolah-olah mungkin cuba menonjolkan dirinya dan mungkin berlakon "macam" berani, (dan MUNGKIN selepas disergah oleh Anwar minggu depan, Zul Kulim mungkin akan tersentot teloq dan menarik balik semua laporan polisnya terhadap Khalid Samad - siapa tahu?) .... Tapi, setidak-tidaknya suara beliau itu lebih berharga dari suara kepimpinan PAS yang senyap seribu bicara dan tiada arah tuju dalam isu KALIMAH ALLAH.
Bagi aku, Allah kini tunjukkan lebih awal apa yang akan berlaku kepada institusi Islam di Malaysia seandainya Pakatan Rakyat memerintah ... Pikirkan wahai sekalian umat Islam.
AloQStaQ
27/01/2010
12:30 Tengahari
1 komen:
entah
semua berdiam jer sebenarnya
Post a Comment