Saturday, January 30, 2010

Kenapa ZUL KULIM (PKR) Begitu Istimewa?

Aku tertanya-tanya juga dalam hati, kenapa sudah beberapa kali Zul Kulim mengeluarkan kenyataan "celupar" yang terang-terang telah mencalarkan imej Parti Keadilan Rakyat (PKR) secara terbuka, tetapi sehingga kini beliau masih lagi "tegak berdiri" tanpa dikenakan sebarang tindakan drastik lembaga displin PKR ??????????? .......... Hairan ya!? ...


Pertama, ingat lagi kita kepada Zul Kulim yang bersama-sama ramai lagi Melayu Islam menyerbu forum Majlis Penguam sewaktu mereka berforum mengenai perihal agama yang secara langsung membabitkan Islam, Zul Kulim bertegang urat untuk menyatakan hak. Secara tak langsung perbuatan Zul Kulim tersebut melanggar prinsip parti PKR yang berkehendakkan kesamarataan segalanya bagi semua umat Malaysia. Samarata kaum/bangsa, ekonomi, hak dan agama! Zul Kulim jelas menongkah arus partinya sendiri !!! Beliau ditegur oleh kepimpinan dan parti, tetapi tiada tindakan/hukuman dijatuhkan kepadanya akibat perbuatan tersebut.


Kedua ... Ingat lagi kita, Zul Kulim pernah menyelar sikap buruk pemimpin PAS (parti yang bersekongkol dengan PKR dalam satu Pakatan!), yakni dalam perihal Bai'ah atau angkat sumpah jatuh talaq jika melompat parti ... Berikutan itu, Zul Kulim secara terang-terangan telah memberikan kenyataan yang menyakitkan hati kepimpinan PAS. Beliau ditegur oleh rakan-rakan seperjuangan dalam Pakatan, tetapi masih tiada dikenakan tindakan.


Ketiga, keempat dan kelima dan banyak lagi pendapat terbukanya yang menghiris hati rakan-rakan se-Parti dan se-Pakatan. Beliau tidak dikenakan tindakan oleh partinya ....


Yang terkini, beliau menghentam rakan se-Pakatannya si Khalid Samad dalam mempertahankan Kalimah Allah. Siap buat laporan polis tu!!! Mana ada dalam sejarah Pakatan Rakyat mahupun Barisan Alternatif, rakan sepasukan buat repot polis terhadap rakan sepasukan!?? ... Secara tak langsung perbuatannya itu menghentam juga Anwar Ibrahim yang membenarkan Kristian menggunakan Kalimah Allah! Beliau secara terang bertekak dan membuat kenyataan media terhadap rakan sepasukan (terhadap Khalid Samad dan Zaid Ibrahim). Tetapi, tindakan parti terhadap kesalahn beliau itu masih lagi samar-samar ...


Ini yang membuatkan aku hairan.
Ini yang membuatkan kita semua pelik.
Kebal sangatkah Zul Kulim terhadap lembaga disiplin parti PKR ?
Banyak salah dibuatnya, tapi hukuman masih belum kunjung tiba!
Pelik , Pelik , Pelik BIN Ajaib ....



Kenapa ya?
Mungkin kerana beliau berkawan baik dengan Anwar Ibrahim?
Kenapa ya?
Mungkin kerana panel lembaga disiplin PKR penakut?
Kenapa ya?
Mungkin kerana PKR tak mahu ambil tindakan terhadap MP nya?


Bagi aku, semua alasan di atas tidak menjadi sebab Zul Kulim "immune" dengan kesalahan dan hukuman lembaga disiplin ... itu semua bukanlah sebab kenapa beliau tidak dikenakan sebarang hukuman partinya sejak dulu.


Aku merasakan begini, Zul Kulim ini adalah salah seorang dari barisan peguambela yang dilantik oleh Anwar Ibrahim dalam kes liwatnya sejak dulu.


Semua kita tahu, seseorang yang meminta peguam membela dirinya di mahkamah, WAJIB menyatakan semua maklumat adalah benar tanpa berselindung !


Bagi aku, "ada bau ikan" disebalik apa yang Zul Kulim buat selama ini ... Buatlah apa saja, hukuman tak kena sebab ZUL KULIM ADA RAHSIA BESAR ANWAR ... Sebab ini kot dia "TER-IMMUNE"/"TERKEBAL" dari sebarang hukuman ... Kabel kuat beb! Ini pandangan aku saja ... Hehehe ... Jangan mareee YB Zul yer ... gua respek sama lu!




AloQStaQ
Ahad : 12:45 AM
31/Jan/2010

5 komen:

FAN January 31, 2010 at 2:36 AM  

Saya pun ada berfikiran sama dgn tuan. Tapi kenapa Zul nak bela lagi Anwar kalau dah tahu memang dia gay? kan ke Zul tu menegakkan kebenaran..Ntah le..politik memang serba kemungkinan..

? January 31, 2010 at 6:25 AM  

Rasanya zul kulim tak tahu apa2 pasal anwar,tapi karpal singh mungkin tahu sebab itu dia suruh anwar bertaubat.Zul kulim tak mungkin menyanjung anwar sebegitu rupa kalau dia tahu siapa anwar sebenarnya.

Rasanya anwar mengaplikasikan 'kemahiran khas'nya yang satu itu kepada peguam2 belanya.Sebagaimana dia bertalam bermuka2 dengan kaum2 yang berlainan,dengan kaum A dia cakap lain,dengan kaum B pula lain nadanya,begitulah sikapnya dengan peguam2 belanya yang Islam dan bukan Islam.

Zul kulim tak dikenakan tindakan semata2 kerana anwar memang perlukan 'hero dan pejuang Melayu Islam' untuk terus menambat hati Melayu yang konservatif dalam PKR.Cuma zul kulim saja 'Melayu Islam' yang tinggal dalam PKR,yang lain2 habis sudah jadi liberal dan sekular.

Jadi zul kulim adalah 'faktor pengimbang' yang penting dalam parti yang liberal dan sekular itu.Anwar takkan buang zul kulim.

AloQStaQ January 31, 2010 at 10:52 AM  

FAN,
Memang benar, dalam politik, segala kemungkinan boleh berlaku ... apa yang kita tak sangka itulah yang akan terjadi, manakala yang kita dok sangka-sangka akan berlaku, jadi sebaliknya. Inilah politik.

saudara (?),
Mungkin juga benar cakap saudara, Anwar nakkan ada seorang wira Melayu Islam dalam PKR, tapi nampaknya wira tersebut dahpun terlebih celupar!

Sampaikan mengikut sumber boleh dipercayai, dah ada ramai Cina & India mula nak menjauhkan diri dari PKR kerana HANYA SEORANG "ULTRA MELAYU ISLAM" didalam parti tersebut! Ini disadvantage kepada perjuangan "kesamarataan" Anwar.

Aku nak tengok sejauh mana PKR nak ambik tindakan kali ini terhadap Zul Kulim dan Zahrain Penang.

Kalau dua-dua mereka ini disepak keluar (meminjam kata-kata Zaid Berahi), maka saya respek la dengan perjuangan asal PKR! Tapi kalau maseh menyimpan kekal dua malaun tersebut, maka PKR sebenarnya TIADA ARAH TUJU YANG TETAP ... HANYA MANIS DIBIBIR MENABUR JANJI PALSU KEPADA RAKYAT KHUSUSNYA KESAMARATAAN KEPADA KAUM CINA & INDIA. Semuanya itu dusta & auta!


AloQStaQ

Admin CCZ January 31, 2010 at 4:32 PM  

Mungkin Zul pun turut sama berlakon sama seperti Anwar..Susah nak percaya..

akumanusiabiasa February 16, 2010 at 8:43 PM  

korang yakin ke zul kulim tu orang pkr??
try chek nama dia dalam senarai ahli pkr kulim ke kedah ke...
de x nma dia..
comfim xde beb...
klo xcye kata2 aku ni..try la chek...nama dia da x dlm senarai ahli pkr...
aku brani dedah spa aku....

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP