Monday, September 14, 2009

TU DIA AIHHH! Lama Sungguh Aku Tak Update Blog nieee ! ...

Melihatkan posting terakhir AloQStaQBlog sebelum ni bertarikh pada : Isnin 24 Ogos 2009, kiranya dah 21 HARI aku tak sempat menjengah blog ni ... AKU MINTA MAAF PADA SEMUA KAWAN-KAWAN dan PEMBACA kerana kelewatan mengUPDATE blog yang tak seberapa ni ...


Alasan aku hanya 1 saja. AKU TERLALU SIBUK & TERAMAT-AMAT SIBUK dengan urusan keluarga. Menjelaskan keadaan ini, lebih mudah aku katakan bahawa AYAHANDA aku sakit tenat sejak tiga minggu yang lepas dan Ayahanda aku telahpun menghembuskan nafasnya yang terakhir pada Selasa : 9.10 Malam : 08-09-2009 yang lalu. Semoga rohnya dicucuri Rahmat Allah dan ditempatkan dikalangan para solihin dan mukminin ... Aminnn !...


Jadi, kesibukan menjaga Ayahanda aku di wad sepanjang bulan Ramadhan menyebabkan banyak urusan duniawi aku tertangguh dan tidak dapat aku segerakan, kerana tuntutan tanggungjawab seorang anak terhadap ibubapa adalah lebih utama. Politik dah jatuh ke tempat nombor berapa dah waktu tu ... sehinggakan cerita kematian ADUN Bagan Pinang pun aku dapat info 2 hari selepas kepulangannya ke Rahmatullah.

AL-FATIHAH kepada semua umat Islam yang telah menemui Allah Azzawajalla pada Ramadhan tahun ini .... (termasuk Ayahanda aku) ....

Jadi, InsyaAllah, mulai hari ini aku akan cuba study semula apa yang telah ketinggalan sejak minggu-minggu yang lalu, dan InsyaAllah aku akan cuba menulis semula dalam masa terdekat ni ... Harap kawan-kawan semua tidak marah.

SEDIKIT LAWAK RAMADHAN : Ada sorang kawan aku (pembaca blog ni jugak) baru-baru ni telefon aku marah-marah sebab aku lama tak update blog ni, padahal dia adalah PENGIKUT PAS PALING TOKTOK yang pernah aku jumpa! ... HaHa! Katanya, bila lagi aku nak update blog AloQStaQ ni ? dia nak tengok aku hentam PAS dan AnuWar tak sudah-sudah ... Pelik gak, kan?!

Mungkin bagi dia, aku dok hentam PAS & ANUwar dalam blog ni, seolah-olah dok bagi PAHALA free kat puak PAS & ANUwar tu kot ?? .... ataupun, mungkin dia nak gunakan point-point aku hentam PAS & ANUwar dalam blog ni untuk dia cuba perbetulkan kelemahan tu dari perspektif apa yang orang PAS/Pakatan tak nampak pada pemimpin depa kot ? ... Haru jugak kalau macam ni ...

Kalau puak PAS buleh cuba betulkan kelemahan depa sebelum PRU13 di mata rakyat, padahal pemimpin-pemimpin UMNO pulak masih ramai yang alpa dan leka goyang teloq, pasti kesudahannya rakyat akan terus menolak UMNO/BN pada PRU13 nanti ... MALAPETAKA BESAQ lah kalau terjadi sedemikian!

Salam Ramadhan!
Salam Aidilfitri!
Ampon Maaf Zahir Batin!


AloQStaQ
14 September 2009

9 komen:

wanbaki September 14, 2009 at 11:45 AM  

salam takziah,
al-fatihah,
semoga ayahnda saudara dicucuri rahmat Ilahi... insayaallah

AloQStaQ September 14, 2009 at 12:13 PM  

terima kasih banyak2 sahabatku Wan Baki ... segala yang ada dimukabumi ini adalah milik Allah. Mati itu benar dan kita semua akan menuju ke arah yang sama.

Rezho dengan pemergiannya merupakan satu cara untuk mengakui bahawa Taqdir Ilahi itu adalah benar. Salam Aidil Fitri sahabatku!

AloQStaQ

Detguaq September 14, 2009 at 1:56 PM  

Salam Takziah
Salam Rajmadhon,

Innalillah......
Maaf AloqStaq, kerana kita jarang berhubungan semenjak duamenjak ini. Minggu leas ada kumpa babapk3 dan aah, kami ada bercerita perihal anda dan sakitdemam ayahnda anda. Rupanya kini beliau sudahpun berada dialam lain yang kitapun akan kesana.

Aku ucapkan takziah dan turut bersedih. Semuga tabah dan boleh berjumpa masa bulan Syawal nanti. Banyak program telah tercicir, mungkin kita boleh bersma semula selepas ini insyaAllah.

AloQStaQ September 14, 2009 at 2:45 PM  

Terima Kasih banyak Det,
InsyaAllah nanti kita akan bertemu untuk menjana kembali semangat juang demi Alif Baa Taa ...

Yang pergi, kita redzokan ...
Wasiat untuk kita semua menjaga Agama Bangsa dan Tanahair harus kita pertahankan ... InsyaAllah kita akan diberkatiNya ...

Salam takzim dan Salam AidilFitri Det!

AloQStaQ

Ekeng A/L Etong September 15, 2009 at 1:46 PM  

Takziah! Kembalinya dalam bulan Ramadahan yang cukup berkat! Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman!

Selamat berpuasa dan selamat menyambut hariraya.

edika yusof September 15, 2009 at 2:18 PM  

salam sahabat,

aku sekeluarga mengucapkan takziah untuk hang sekeluarga diatas pemergian ayahanda yang dikasehi. Semoga rohnya dicucuri rahmat olehNya.

AloQStaQ September 15, 2009 at 4:01 PM  

Terima kasih banyak Ekeng dan Edika ... Semoga doa kalian akan memberikan Rahmat berterusan kepada seluruh umat Islam yang telah pergi meninggalkan alam yang fana ni ... Aminnn ...

Selamat menempuhi hari-hari terakhir Ramadhan 1430H, dan salam Aidil Fitri.

//A.S\\

..nOWa.. September 16, 2009 at 6:05 PM  

takziah bro..ayahanda saya yang tercinta juga telah pulang ke rahmatullah sehari sebelum ayah bro..Al-fatihah untuk ayahanda kita..

AloQStaQ September 17, 2009 at 8:10 AM  

Nowa,
Al-Fatihah kepada ayahanda Nowa dan ayahanda saya dan juga kepada seluruh umat Islam yang telah kembali menemui Allah Maha Pencipta.

Semoga roh mereka ditempatkan bersama-sama para syuhada' solihin dan mukminin ... Aminnn ...

Salam Hari Raya.

AloQStaQ

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP