Wednesday, July 8, 2009

PPSMI : Komen AloQStaQ Di Blog Tun Dr.M (08/07/2009)

------------
Tiada apa lagi yang saya mampu rasakan, melainkan rasa sedih dan pilu mengenangkan PPSMI yang kini secara rasminya diumumkan oleh Kerajaan Malaysia, DIMANSUHKAN pada 2012.
------------

Assalamualaikum Tun Dr.M dan Tun CT, Ayahanda Bonda kami rakyat Malaysia.
Semoga Tun terus sihat, dilimpahi RahmatNya dan sentiasa ceria.

Keputusan hari ini, secara ringkasnya dari apa yang saya fahami adalah :

1.PPSMI bukan gagal kerana idea pemulanya.

2.PPSMI gagal kerana tidak direalisasikan pelaksananya (Guru & Murid Sekolah)

3.PPSMI cepat gagal kerana tiada pula sokongan dari ibu ayah kepada Murid Sekolah.

4.PPSMI dimomokkan sebagai 'perosak' bahasa ibunda oleh orang-orang yang tidak sukakannya (mungkin juga ada diantaranya mempunyai dendam kesumat secara peribadi terhadap pemulanya).

5.PPSMI bagi saya adalah "ANTARA ILHAM TUN YANG TERBAIK" Yang Akan MEMAJUKAN ANAK BANGSA MALAYSIA, (JIKA NO.2 SEHINGGA NO.4 DI ATAS BERLAKU SEBALIKNYA).

Salam penuh takzim, hormat dan kasih sayang terhadap Ayahanda Bonda Tun berdua!



Khas dari saya & keluarga (yang 100% sayangkan PPSMI).
Walauapapun, kami kini akur saja dengan keputusan Kerajaan.

All the best to you Tun Dr.M!

13 komen:

YANG GAMBI July 8, 2009 at 7:01 PM  

Kawan setuju dengan pendapat bro, kawan juga terharu dengan pemansuhn PPSMI, apa lagi Tun sebagai pemulanya.

Sebenarnya PPSMI tidak gagal, yang gagal adalah pelaksananya, iaitu tenaga pengajar yang tidak mahu menambah ilmu sendiri untuk diperturunkan kepada pelajar. Apa yang di lihat, golongan inilah yang banyak menyebarkan kontrovesi kepada ibubapa pelajar di kawasan luar bandar.

Golongan ini, sebenarnya bukan berminat menjadi pengajar, tetapi kerana kerjaya mereka terpaksa bekerja.... tetapi tidak amanah dalam melaksanakan tanggungjawab. Bagi mereka pengajar adalah untuk sara hidup, bukan amanah yang perlu difikir. (maaf, bukan semua...)

Golongan yang tidak amanah ini juga perosak dasar-dasar pendidikan kerajaan, mengambil kesempatan mempengaruhi orang-orang tertentu, termasuk membantu pembangkang untuk mengagalkan PPSMI......

Anak-anak kawan, 3 orang berjaya dalam PPSMI ke IPTA walau pun belajar di luar bandar, mereka bersyukur kerana telah melalui diperingkat menengah, apabila berada di IPTA, rupa-rupanya banyak pelajaran perlu di rujuk kepada buku-buku dalam Bahasa Inggris.....

Terserah pada pandangan tuan, cuba lihat, mengapa anak-anak kaum India dan Cina begitu fasih berbahasa Inggris, tidak kepada bahasa kebangsaan dan golongan ini juga yang menentang PPSI.....

AloQStaQ July 8, 2009 at 8:34 PM  

Terima kasih sahabatku Yang Gambi.

Semoga keputusan itu (Bahasa Malaysia di daulatkan, Bahasa Inggeris dimantapkan) memberikan sesuatu yang terbaik untuk Rakyat. Harap-harap keputusan ini tepat.

Jangan sampai yang dikendong berciciran pulak.

Dan yang dikejar, entah ke mana tak kunjung tiba.

AloQStaQ

Gedung Akal July 8, 2009 at 8:44 PM  

PPSMI MANSUH 2012 -ABAIKLAN IDEA 'TERBAIK' BAGI TUN!
Walaupun dalam tempoh 3 tahun akan datang keputusan ini masih boleh DIUBAH namun keputusan hari ini adalah yang terbaik dalam sejarah pendidikan negara.
Ingatlah catatan terbaik ini akan menjadi hina dan kotor jika ada sifat dolak-dalik selepas ini. Ini amaran kepada pembuat keputusan yang ada kaitannya dengan kepentingan BAHASA DAN UMAT MELAYU -jangan main-main atau jangan berpolitik murahan. Keputusan ini adalah muktamad. Jika ini hanyalah muslihat maka Kami SEJUTA rakyat yang cintakan bahasa akan turun ke jalanan - tunggulah!
Teruskan perjuangan mendaulatkan bahasa Melayu, berjiwa besarlah, hapuskan akal dan jiwa terjajah!

Syammil July 8, 2009 at 10:34 PM  

belajar english time sekolah dulu memang boring.tapi bila belajar sains dan math dalam english ni ok ja.best pun ada gak..sekarang bila ppsmi dimansuhkan dan waktu pembelajaran english ditambah, tak tau apa perasaan budak2 sekolah ni.

Detguaq July 8, 2009 at 11:07 PM  

Aku secara peribadi akan meneruskan sokongan kepada idea yang ada dalam PPSMI.

**Akan aku ulas dalam blog aku.

yuhana July 9, 2009 at 3:15 AM  

sia-sia perjuangkan kemerdekaan apabila tidak memartabatkan bahasa melayu itu.
maknanya kita bebas dgn bahasa dan budaya malah bangga menggunakan bahasa kita.
betul bahasa inggeris tu penting tapi negara yg maju
mempunyai nilai budaya dan bahasa yg maju iaitu
budaya dan bahasa itu digunakan seluas luasnya seperti jepun,
perancis, korea, arab dan byk lagi negara yg tak perlu utk saya catatkan lagi.
sebelum ini pun tiada ppsmi pelajar malaysia masih cemerlang tidak kira kaum.
1malaysia maka 1malaysia perlu tahu berbahasa malaysia. perlu digunakan dlm setiap bidang.
saya sokong martabatkan bahasa malaysia. tp jgn la hangat2 tahi ayam kejap je takat sek ren dan men shj.. bila masuk universiti semua tercengang tak tahu inggeris maka peringkat universiti pun kena ikut baru la betul

Unknown July 9, 2009 at 11:25 AM  

Penguasaan BI boleh dibuat dgn banyak cara dan kaedah lain. Sekali gagal bukan bermakna terus gagal. Gantikan masa matapelajaran muzik yg ada tu dgn BI. Kan dah ada lebih masa utk subject tu kat situ kan? Lagi pun subject muzik tu untuk apa? Benda tu tak yah dok ajaq kat sekolah pun depa boleh dapat kat luar. Maju dan gagal sesuatu bangsa tu bukan kerana BI tu. Lihatlah Jepun dan Perancis. Negara maju tu ada depa dok terhegeh-hegeh dgn BI? Kita sepatutnya kena teruskan budaya work hard !

Born Of Truth July 9, 2009 at 5:00 PM  

ORANG YANG TAK NAK BERUBAH MEMANG BANYAK ALASAN. MACAM MANA NAK BERJAYA KALO BARU BUAT JER DAH KATA TAK OK. UBAHLAH DEMI BANGSA, AGAMA DAN NEGARA. JANGAN FIKIR PASAL DIRI SENDIRI AJA.

merdeka kita! July 11, 2009 at 3:55 PM  

Mahathir merupakan neo colonialist. dan generasi Mahathir tidak boleh lari dari kesan psikologi.

Sama seperti negro yang menjadi hamba di US mereka mahu diterima oleh bangsa penjajah dengan menggunakan bahasa penjajah.

Tidak ada sebab guna bahasa Inggeris untuk kira2. Ini semua otak orang anglophile.

Orang melayu cerdik dan pandai. kita boleh bina ilmu sendri macam orang indonesia.

Dunia mengharap kepada melayu untuk memajukan rumpun melayu.

Mahathir tidak sayang bahasa melayu. Mahathir mengkayakan cina Kuok 70 billion, ananda 40 billion, lim goh tong 20 billio dan lain. YTL, Vincent tokeh judi kawan baik dia dan keling Lingam peguam Mahahtir.
Melayu dia?

Haprak.. hanya untuk mengkayakan anak dia mohkazni melayu terkaya.

Dia hanya nak perkuda melayu supaya dia nampak pandai di mata mat salleh.

Melayu mengharap kepada mahathir selepas 13 Mei tapi dia hanya nak senangkan keluarga dia dan tunjuk pandai diri dia. Orang Melayu halau dia kerana lupa daratan selepas 22 tahun tak nak berhenti dan tidak ada agihan kekayaan yang adil di bumi Melayu.

Sekarang nak jual idea dah terlambat. What have done for the Malays?

merdeka kita! July 11, 2009 at 3:56 PM  

Mahathir merupakan neo colonialist. dan generasi Mahathir tidak boleh lari dari kesan psikologi.

Sama seperti negro yang menjadi hamba di US mereka mahu diterima oleh bangsa penjajah dengan menggunakan bahasa penjajah.

Tidak ada sebab guna bahasa Inggeris untuk kira2. Ini semua otak orang anglophile.

Orang melayu cerdik dan pandai. kita boleh bina ilmu sendri macam orang indonesia.

Dunia mengharap kepada melayu untuk memajukan rumpun melayu.

Mahathir tidak sayang bahasa melayu. Mahathir mengkayakan cina Kuok 70 billion, ananda 40 billion, lim goh tong 20 billio dan lain. YTL, Vincent tokeh judi kawan baik dia dan keling Lingam peguam Mahahtir.
Melayu dia?

Haprak.. hanya untuk mengkayakan anak dia mohkazni melayu terkaya.

Dia hanya nak perkuda melayu supaya dia nampak pandai di mata mat salleh.

Melayu mengharap kepada mahathir selepas 13 Mei tapi dia hanya nak senangkan keluarga dia dan tunjuk pandai diri dia. Orang Melayu halau dia kerana lupa daratan selepas 22 tahun tak nak berhenti dan tidak ada agihan kekayaan yang adil di bumi Melayu.

Sekarang nak jual idea dah terlambat. What have done for the Malays?

yuhana July 14, 2009 at 12:42 AM  

ppsmi ada atau tidak itu bukan mslh..
yg menjadi mslh apabila sesuatu itu telah diputuskan mka buat la sungguh2 dan menyeluruh.. masa ada ppsmi cikgu2 b.inggeris tidak mencukupi pulak.. dan menjadi bebanan pada murid yg sengal walau di ajar dlm bahasa melayu..
bila dah balik ke asal guna takpe guna la bahasa melayu kalo x rugi la kan penat merdeka tp masih dijajah dgn bahasa pulak..

so ok la teruskan tp jgn la takat sek ren dan men je terus kan dlm universiti dlm smua perkara yg formal spai org luar pun kna blaja b.melayu demi berurusan dgn malaysia spt di jepun, korea utara, perancis, rusia, dan negara2 maju yg lain kenapa tidak?? benda bagus mmg susah nk dilaksanakan.. tgk ppsmi sudah la..

baru la betul..
xde la sekerat jln je budak2 tu
xde ppsmi naik U trus nganga xfhm..
atau ada ppsmi dah budak ckp rojak xpandai b.melayu pulaknye..

mana2 pun xpe tp buat la menyeluruh jgn la sekerat sini sekerat sana.. mcm org xde pedoman tunggu mase nk dijajah je..

yuhana July 14, 2009 at 12:49 AM  

opss lupe xsmue kaum cina n india tu fasih kalo dr s(j)k kebanyakan tidak fasih baik bahasa inggeris maupun bahasa melayu.. ini bukan pandangan ini mmg apa yg benar2 berlaku

kesimpulan sy tetap same buat la apa pun tp buat la betul2 jgn la membazir
masa dan wang ringgit untuk projek yg sekerat sini sekrat sana pastikan implikasi secara menyeluruh..

kita bg peluang kerajaan yg ada ni buat kerja.. kalo xbetul pasti Tuhan ranapkan xkira la parti ape pun..

Syafiq July 20, 2009 at 12:00 AM  

saya tidak pandai berhujah,
oleh itu saya cuma memetik kata2
Ungku Aziz,

Bagi saya yang perlu ditekankan adalah pengajaran bahasa dan bukan mengajar bahasa dalam matapelajaran seperti Matematik dan Sains – Ungku Aziz

rujukan:
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0719&pub=utusan_malaysia&sec=Rencana&pg=re_02.htm&arc=hive

[tulis dengan akal, bukan dengan nafsu]

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP