ORANG MACAM NI PAS NAK BUAT KAWAN MEMPERJUANGKAN NEGARA ISLAM ??
Telah banyak kali aku menulis di blog aku ni untuk cuba sedaya upaya menyedarkan puak PAS yang bodoh masih menyanjungi DAP sebagai sahabat seperjuangan, sehinggakan UMNO BN dianggap musuh - iblis - syaitan - sesat - kafir dan macam-macam lagi gelaran buruk.
Untuk mudah bicara bagi tajuk posting kali ini, aku nak nampakkan bahawa selama ini kita melihat selalunya apabila ada;
1. PERHIMPUNAN AGUNG UMNO - Orang Melayu akan Pakai SONGKOK
2. MAJLIS / ACARA RASMI ISTANA - Orang Malaysia (Melayu + Bukan Melayu) akan Pakai SONGKOK.
3. MUKTAMAR PAS TAHUNAN - Orang Melayu ada yang akan BERSONGKOK atau pakai LEBAI / KOPIAH PUTIH / KETAYAP / SERBAN.
Ini adalah satu rupa budaya Melayu/Islam yang telah lama diterapkan oleh semua lapisan Melayu tak kira parti di Malaysia. SONGKOK adalah merupakan satu simbol Malaysia yang telah diamalkan pemakaiannya sejak dulu oleh semua generasi khususnya Melayu Islam. Sinonim sekali SONGKOK ini adalah merupakan pakaian bagi Bangsa Melayu khasnya dan Rakyat Malaysia umumnya.
Manakala Lebai / Kopiah Putih pula adalah ganti SONGKOK bagi sesetengah orang, ianya lebih terarah untuk memaparkan sebagai satu lambang pakaian Muslim. Pun begitu, SONGKOK dan LEBAI adalah saling digunapakai oleh Melayu Islam di Malaysia.
Manakala Lebai / Kopiah Putih pula adalah ganti SONGKOK bagi sesetengah orang, ianya lebih terarah untuk memaparkan sebagai satu lambang pakaian Muslim. Pun begitu, SONGKOK dan LEBAI adalah saling digunapakai oleh Melayu Islam di Malaysia.
Tetapi, apabila aku membaca artikel AgendaDaily siaran 8 Julai 2009, (sila lihat gambar bawah) ataupun ikut link ini -> http://www.agendadaily.com/cmspreview/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_5b87bced-7f000010-96478e00-7801fc9d hati aku terus terdetik ... SAMPAI BILA PAS NAK TERUS PERCAYA KEPADA DAP? ... SAMPAI BILA LAGI?
M.Manoharan (DAP Kota Alam Shah) dengan riak bongkak mempertikaikan pemakaian SONGKOK di DUN Selangor, yang merupakan etika pakaian rasmi Dewan Undangan Negeri selama ini. Ini sungguh biadap bagi aku. Hanya kerana sebiji SONGKOK, Manoharan boleh mengaitkannya dengan KEDUDUKAN MELAYU & BUMIPUTERA.
-------------------
"Saya tengok Tuan Speaker memakai SONGKOK. Saya tidak bersetuju .. kita berjuang atas prinsip bahawa kita tidak akan memakai songkok kerana tidak diiktiraf sebagai Bumiputera," katanya kepada para wartawan.
Manoharan berkata jika bukan Melayu diberikan status Bumiputera, beliau akan menjadi orang pertama memakai songkok dan Baju Melayu kerana ia bukan pakaian keagamaan tetapi pakaian kebangsaan.
Katanya semua rakyat Malaysia perlu berbangga memakai pakaian kebangsaan tetapi buat masa sekarang bukan Melayu tidak berasa bangga untuk memakainya kerana mereka tidak dilayan sebagai Bumiputera.
"Saya tidak akan gunakannya sehingga saya diberi status Bumiputera," katanya.
Katanya status Bumiputera perlu diberi kepada bukan Melayu yang lahir selepas Malaysia mencapai kemerdekaan.
-------------------
SONGKOK ? Manoharan mengatakan, dia tak akan pakai songkok selagi Bukan Melayu belum diiktiraf sebagai BUMIPUTERA!? ... Lancangnya mulut HARA* JADA* niii ! ...
SONGKOK ? Manoharan mengatakan, dia tak akan pakai songkok selagi Bukan Melayu belum diiktiraf sebagai BUMIPUTERA!? ... Lancangnya mulut HARA* JADA* niii ! ...
Lalu aku terpikir, bagaimana nanti PAS AKAN MENJADIKAN NEGARA INI SEBAGAI NEGARA ISLAM, SERTA MENJALANKAN HUKUM-HUKUM ISLAM DI MALAYSIA NI BERSAMA DAP ? ...
BERSAMA M.MANOHARAN ?
DAN PEMIMPIN DAP LAIN? ..........
BERSAMA M.MANOHARAN ?
DAN PEMIMPIN DAP LAIN? ..........
M.Manoharan .... Salah seorang Pemimpin DAP ... Parti yang Anti-Konsep Negara Islam kini bersekongkol dengan PAS ....
Ini orangnya yang mempertikaikan hanya pemakaian SONGKOK ! .... Pertikaian tersebut belum lagi untuk pemakaian LEBAI / KETAYAP PUTIH !
Bukan lagi pemakaian SERBAN ! ...
Bukan lagi untuk meminta Manoharan & DAP mengiktiraf AL-QURAN ...
Bukan nak suruh DAP hormat MAHKAMAH SYARIAH ...
Belum lagi suruh depa ni menerimapakai sistem KEHAKIMAN ISLAM ...
Bukan nak suruh depa membantu PUSAT DAKWAH ISLAM ...
Seterusnya, belum lagi nak depa semua ni Akur kepada KEPIMPINAN ISLAM ...
INI BARU CERITA SONGKOK ! .... Hanya SONGKOK aja sebagai lambang Melayu Islam. Pun dah KENA TOLAK ! KENA REJECT ! .... Apalagi jika lain-lain perkara berkaitan Melayu Islam yang lebih UTAMA DARI SEBIJI SONGKOK ??????????? ............
Ini orangnya yang mempertikaikan hanya pemakaian SONGKOK ! .... Pertikaian tersebut belum lagi untuk pemakaian LEBAI / KETAYAP PUTIH !
Bukan lagi pemakaian SERBAN ! ...
Bukan lagi untuk meminta Manoharan & DAP mengiktiraf AL-QURAN ...
Bukan nak suruh DAP hormat MAHKAMAH SYARIAH ...
Belum lagi suruh depa ni menerimapakai sistem KEHAKIMAN ISLAM ...
Bukan nak suruh depa membantu PUSAT DAKWAH ISLAM ...
Seterusnya, belum lagi nak depa semua ni Akur kepada KEPIMPINAN ISLAM ...
INI BARU CERITA SONGKOK ! .... Hanya SONGKOK aja sebagai lambang Melayu Islam. Pun dah KENA TOLAK ! KENA REJECT ! .... Apalagi jika lain-lain perkara berkaitan Melayu Islam yang lebih UTAMA DARI SEBIJI SONGKOK ??????????? ............
Orang PAS tak pernah pikir langsung kah ini semua ??
SONGKOK HITAM pun Manoharan pertikaikan ... Inikan pulak matlamat HADI AWANG NAK TUTUP SEMUA PUSAT JUDI / MAKSIAT / ARAK APABILA MEREKA "PAKATAN RAKYAT" BOLEH MEMERINTAH MALAYSIA NANTI ???? ............ Mau ka DAP bersetuju? Pikiaq la! ...
Bagi aku, sampailah masanya untuk PAS TINGGALKAN DAP & PKR ... PAS berjuanglah sendirian seperti dulu dan aku doakan semoga PAS terus berani menongkah arus demi mendaulahkan Islam, bukannya mengikut arus DAP untuk hanya menjatuhkan UMNO/BN tetapi keadaan Islam masa depan entah belum tahu lagi, MUNGKIN lebih teruk dari apa yang dikecapi sekarang ...
PAS : Sebaiknya - Jadilah PEMBANGKANG yang kuat mengimbangi Kerajaan UMNO / BN kalaupun tak mau join UMNO . Asalkan kedudukan Islam dan Melayu dihormati. Inilah jihad sebenar PAS.
PAS : FIKIR-FIKIRKANLAH KATA-KATAKU INI SEBAIK-BAIKNYA ... Jangan menyesal di kemudian hari ...
AloQStaQ
.AloQStaQ
12 komen:
aku setuju sangat dengan artikel ni. PAS dah tak tahu mana lawan dan kawan.
Semoga dibukakan hati-hati mereka kepada kebenaran.
assalamulaikum wrt wbt,
salam ziarah saudara aloqsetaq... setelah membaca artikel ini saya dapar rumuskan yang saudara berpendapat bahawa selagi PAS berpakat dgn DAP agenda PAS perjuangan PAS demi Negara Islam takkan tercapai...ini berdasarkan dua perenggan ini...
"INI BARU CERITA SONGKOK ! .... Hanya SONGKOK aja sebagai lambang Melayu Islam. Pun dah KENA TOLAK ! KENA REJECT ! .... Apalagi jika lain-lain perkara berkaitan Melayu Islam yang lebih UTAMA DARI SEBIJI SONGKOK ??????????? ............"
"SONGKOK HITAM pun Manoharan pertikaikan ... Inikan pulak matlamat HADI AWANG NAK TUTUP SEMUA PUSAT JUDI / MAKSIAT / ARAK APABILA MEREKA "PAKATAN RAKYAT" BOLEH MEMERINTAH MALAYSIA NANTI ???"
1-adakah songkok ini lambang melayu islam?kenapa songkok ini jadi lambang melayu islam?? jika di zaman kesultanan melayu melaka di kepala lelaki melayu itu destar/tanjak/tengkolok... ulama' pula akan memakai serban dan kopiah...boleh dikata lambang melayu yg asli itu destar/tengkolok/tanjak dan lambang islam itu kopiah dan serban
tahukah saudara songkok itu asalnya dari fez dan tarbus turki..
semasa empayar khalifah uthmaniah yg berpusat di turki pemakaian fez dan tarbus tersebar di kalangan muslimin serata dunia...ini sebagai tanda sekongan kpd khalifah...tetapi jika diteliti dgn teperinci ini lebih "ke-turki-an" dari islamik... org turki memang sudah lama bersaing dgn org arab... pemakaian fez dan tarbus dilihat menggantikan pemakaian serban yg di mata org turki dilihat sebagai arabic bukan islamik walhal itu adalah sunnah nabi
apabila fez dan tarbus sampai di nusantara...ia telah diubah menjadi songkok di tangan tukang2 melayu...tetapi saya bersetuju dgn saudara bahwa byk lagi hal yg lebih utama dari songkok...
2-sepanjang 52 tahun UMNO memerintah malaysia ini apakah agenda islam yg berjaya dibawa oleh umno???penjualan arak berleluasa..perjudian menjadi salah satu tunjang ekonomi kita... kenapa perlu dilihat kpd pas utk menjayakan agenda islam di negara kita??umno adalah parti pemerintah dan berada di tempat terbaik utk melaksanakan agenda islam...kenapa tidak berbuat demikian???bukankah umno lebih dahulu "memperjuangkan" islam seperti kata TPM kita baru2 ini??kurang2 sepanjang 18 tahun pas memerintah di kelantan arak dikawal dan judi dihapuskan sama sekali...ini konsisten dgn perjuangan pas...sekarang kerajaan pas kedah sedang berusaha gigih untuk mencontohi k'jaan pas kelantan...
3-jika dap dilihat sebagai anti-islam dan melayu bagaimana pula dengan mca dn gerakan??? sering dilupakan bahwa gerakan juga terlibat dlm insiden yg menyebabkan tragedi 13 mei yg mengorbankan ribuan nyawa rakyat malaysia...tetapi hanya penglibatan dap sering ditekankan...penglibatan gerakan seolah2 dimaafkan...ini mungkin kerna gerakan adalah parti komponen bn...
3-sudah sampai masanya kita di malaysia ini mengamalkan kesamarataan hak...yg lebih penting bantuan kemiskinan perlu diberi sama rata tanpa mengira kaum...ini kerana kemiskinan tidak mengira kaum... bagi saya "ketuanan" melayu gagal mencapai matlamatnya dan hanya mengkayakan "tuan-tuan" melayu sahaja!! kenapa apabila k'jaan pakatan rakyat ingin membantu orang cina dan india miskin kita marah dan membantah...siap turun berdemo lagi walaupun berdemo itu bukan "budaya" jalanan...tetapi apabila lim goh tong diberi satu gunung,vincent tan diberi satu bukit dan ytl dikurniakan satu pulau kita berdiam diri...apabila sentul diberi kpd ytl utk dimajukan kenapa pemuda umno tak turun berdemo???
4-ingatkah saudara bahawa pengasas umno sendiri dato' onn telah keluar dari umno lalu menubuhkan IMP lalu mati diluar umno...
5-UMNO sebenarnya telah lama berkubur...pada February 4, 1988 UMNO telah diharamkan...ini sume gara2 kes Mahathir vs Ku Li... UMNO yg ada sekarang adalah UMNO BARU yg telah diasaskan oleh mahathir...sebab itulah nombor keahlian umno mahathir ialah 1...jika ditanya kpd otai2 SEMANGAT 46,umno baru sering dirujuk sebagai UMNO MAMAK...ini kerana bagi mereka UMNO BARU sudah hilang semangat 46 pejuang2 dahulu yg benar2 ikhlas dlm perjuangan...
6-saya harap rakan2 UMNO BARU yg ikhlas dlm perjuangan sedar bahawa
bahwa mereka berada di tempat yg salah...tetapi jika mereka mahu mengumpulkan harta mereka berada di tempat yg betul...
7-saya harap saya dan saudara aloq setaq boleh berdiskusi secara matang kerna diskusi itu sangat penting dlm perjuangan...maaf dipinta jika terkasar bahasa... sekian,wassalam.
UMNO mmg memperjuangkan melayu dan islam diperingkat awalnya sebab itu Menteri Pelajaran ketika dahulu (30 tahun dahulu kan) telah menghapuskan tulisan jawi dan hasilnya la ni..berapa kerat melayu Islam yg tahu baca tan tulis jawi??
Hasil memperjuangkan melayu dan Islam lah umno telah mengharamkan bantuan perkapita terhadap sekolah agama Rakyat dizaman mahadzir..hasilnya berapa banyak sekolah agama rakyat yg terpaksa ditutup dan bermulalah sejarah baru keruntuhan akhlak yg melonjak2 semenjak dari kerja-tangan ganas ini..
Ingatlah dalam memperjuangkan melayu dan Islamlah umno kini sudah hilang perkataan Islam dalam undang2 badan keahlian umno tu sendiri..Lihatlah!!! sekiranya salah betulkan saya. tapi sekiranya benar??? Berfikirlah secara matang kemana arah perjuangan umno sebenarnya?
Setelah berapa lama ( over 50 tahun) dimana kedudukan tanah rezab melayu? Kenapa ambil tak berganti? Yg susah bertambah susah tapi pemimpin umno/bn bertambah kaya jutaan kali..!!!Lihatlah yg terbaharu Rumah Khir Toyo seperti yg digambarkan oleh TOYO sendiri RM3.5 juta ++ ???? Bukan rupiah tau atau pun bukan Yen nih??? Lagu mana nih?? Ini belum disingkap lain2 pemimpin lagi. Sebab itulah semasa Pak Lah suruh istihar harta masing2 diam membisu..kenapa?
Hasil royalti minyak Terengganu melimpah ruah tapi kenapa hutang kerajaan negeri dgn kerajaan persekutuan masih antara yg tertinggi??? Wal hal pembangunan negeri terengganu tak kemana pun. Bahkan lagi antara negeri termiskin dalam malaysia.
Renungan : Sejauh mana umno memperjuangkan melayu?
Tak cukup melayukah kita kalau kita tak pakai songkok...bg aku this is small matter la...Ada byk isu lain yg lg penting...
GombakRock, LanaBulu & lowincomedude ...
Nampaknya anda bertiga terus membutakan matahati untuk melihat kebenaran, lalu mulut anda terkunci mengatakan sesuatu yang hak.
Kalau UMNO/BN yang sekurang-kurangnya sedikit sebanyak membantu demi kemajuan Islam (walaupun selama ini PAS mencaci UMNO mengatakan UMNO TIDAK SUKA ISLAM), bagi aku apa yang selama ini UMNO buat, adalah jauh lebih baik dari apa yang DAP "AKAN HANCURKAN" ini semua pada suatu hari nanti.
Mana mungkin DAP akan menerima konsep NEGARA ISLAM yang menjadi tunjang utama PERJUANGAN PAS sejak ditubuhkan puluhan tahun lampau?!
Bermimpilah di siang hari jika mengatakan DAP AKAN TURUT MENGANGGUK SETUJU APABILA PAS MENYEBUT "PAS AKAN JADIKAN MALAYSIA INI SEBAGAI SEBUAH NEGARA ISLAM DAN MENJALANKAN HUKUM ISLAM" .... Yakin DAP nak setuju ke ???
Pikirlah, jangan hanya nampak isu songkok ini sebagai ISU SEBIJI SONGKOK SAHAJA, silalah berfikir di luar kotak minta anda.
AloQStaQ
Songkok bukan lambang Islam, malah orang India yang beragama Hindu pun pakai songkok.
Kenapa kita masih seronok memperjuangkan bangsa Melayu, sedangkan Rasulullah SAW, pemimpin agung menyuruh kita supaya tidak mengamalkan sikap perkauman ini.
Kalaulah Rasulullah SAW mengamalkan sikap perkauman, maka ISLAM hanya tersebar dikalangan Arab dan bangsa Arab menjadi bangsa istimewa.
Sedangkan yang istimewa antara kita bukan kaum tapi setinggi mana keimanan kita.
Testing...
sbnrnye mano tu ade agenda lain saje je jadi batu api psl hak bumiputera ni percaya la tersorok sebiji lagi batu dtgnnya apabila melempar..(baling batu sembunyi tgn)
smue ni percaturan.. mmg sengaje dia nk tgk reaksi melayu dia nk tgk sape melatah? apa tindakan yg lain apabila sorg dah melatah? di situ lah keluar agenda yg satu lagi .. ibarat catur je skrg ni.. jgn lupe xkan musuh nk serang secara 'direct' bodoh kah dia? x mgkn..
he is playing .. bukan dia xtau isu tu dia mmg xkan menang..
so.. be carefull to all tak kira la apa bangsa pun..
dan terutama kite sebagai muslim tolak la semua fahaman politik mari lah berdoa agar sejahtera bumi Malaysia ni.. selamat rakyat seluruh Malaysia yg mahukan keamanan n kesejahteraan..
sbb makin ramai manusia gila, rakus, tamak haloba, dll yg negatif tu dah keluar menunjuk taring n wajah sbnr mereka percaya la org2 ini lakukan bukn utk bersama tp diri sendiri.. Ada yg dah nampak ada yg masih tersorok menunggu peluang untuk menerkam..
Amrizal,
SONGKOK dalam posting aku kali ni bukanlah ISUnya ...
Tetapi, disebalik dari kejadian TAK MAHU PAKAI SONGKOK inilah ISU yang aku nak hang paham.
Peduli apa aku SONGKOK tu bukan lambang Islam ke hapa ke? Aku pun sembahyang kekadang tak pakai kopiah putih pun, tak pakai songkok pun ... Tapi, aku cuma nak dan harapkan pembaca blog ni FAHAM siapa DAP kepada PAS sebenarnya.
Jangan pertikaikan kenapa konsep di TANAH MALAYSIA ini MELAYU-ISLAM diUTAMAkan. Baca dulu Perlembagaan.
Sila berfikir di luar kotak sikit bro.
Yuhana,
Mungkin ada benarnya pandapat anda. Tapi, apapun maksud Manoharan berkata "TAK MAHU PAKAI SONGKOK SELAGI TIDAK DIIKTIRAF BUKAN MELAYU SEBAGAI BUMIPUTERA" adalah satu kenyataan paling celupar.
Orang macam ni, PAS jangan buat kawan. BAHAYA.
Harap maklum.
salam..bro..memang betul pun.pas dah tak bertaring bila bergabung dengan DAP.apa nak takut
Sudah semestinya DAP tidak akan menerima sama sekali Islam......PAS perlu berhati-hati......jangan tergigit dgn DAP...
Post a Comment