Komen Dr Zambry (AgendaDaily) - MEMANG PADU, PADAT, JELAS !
Mengulas usaha Nizar cuba menghubungi Jamaluddin, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir ketika dihubungi berkata,
"Inilah cara pembangkang. Apabila mereka cuba hubungi orang kita atau yang menyokong kita, ia adalah biasa. Tapi jika kita cuba hubungi orang mereka (ADUN pembangkang) kita akan dituduh cuba merompak atau merampas wakil rakyat pembangkang". - 7/7/2009
AloQStaQ - Keh Keh Keh ... Memang bernas dan padu ayat Dr.Zambry ni ... aku suka ! Memang Brilliant !
----------------------------- Berita Sebelum Itu : -----------------------------
Apa hal Nizar telefon Jamaluddin?
July 7, 2009 : 02.19 PM
Setelah ‘berpisah’ kira-kira empat bulan, bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin, hari Selasa lepas (30 Jun 2009) buat pertama kalinya cuba menghubungi bekas Exconya yang kini ADUN Bebas kawasan Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi.
Jamaluddin yang dihubungi Agendadaily mengesahkan Nizar menghubungi beliau melalui telefon bimbitnya. Bagaimanapun beliau menegaskan, beliau tidak menjawab panggilan tersebut kerana tidak mahu melayan bekas Menteri Besar itu.
“Dulu masa kita minta dia hubungi kita, dia enggan berbuat demikian…sekrang pula baru nak telefon. Tak payahlah, saya tak minat nak bercakap dengannnya,” kata beliau.
Menurut Jamaluddin, Nizar menghubunginya jam 12.09 tengah malam dan semasa menerima panggilan tersebut, beliau sedang mengadakan pertemuan dengan beberapa Ketua UMNO Cawangan di Behrang.
Bagi membuktikan memang Nizar yang menghubunginya, beliau telah meminta salah seorang yang hadir pada pertemuan itu menghubungi semula nombor telefon berkenaan dan sah nombor tersebut adalah milik Nizar.
Ditanya kenapa beliau tidak menjawab panggilan Nizar bagi sekurang-kurangnya mengetahui apa tujuan beliau membuat panggilan berkenaan, Jamaluddin mengulangi “Saya tak minat nak bercakap dengannya”.
----------------------------- AgendaDaily : 7/7/2009 -----------------------------
0 komen:
Post a Comment