Monday, July 6, 2009

KABINET BAYANGAN PAKATAN? MENAKUTKAN ...

Hari ni waktu aku membelek-belek blog pro-Pakatan, ternampak list yang disebut sebagai "Kabinet Bayangan Pakatan Rakyat - versi terkini Julai 2009". Maka tumpuan aku terus ke list Menteri-Menteri utama khususnya jawatan PM, TPM , Menteri Kewangan, Menteri Pertahanan dan Menteri Dalam Negeri.
Menakutkan apabila aku terbayang seorang yang amat akrab dengan agen Yahudi di US akan menerajui negara ini. Dan dialah orangnya yang pernah berangan-angan "mempelawa" Bank Dunia memberi bantuan dana ekonomi kepada Malaysia sewaktu zaman kemelesatan dulu dan ini juga orangnya yang beberapa kali ditangkap dan dipenjarakan atas kesalahan-kesalahan tertentu. Orang ini juga pernah memburuk-burukkan Malaysia di media luar negara demi survival politiknya. YA ALLAH! Selamatkanlah Malaysia.

Lebih menakutkan apabila berada dikelompok atas sebaris dengan "bakal PM itu" adalah nama Lim Kit Siang ... TPM kah ini? SUDAH PASTI. TPM 1 kah? Atau TPM 2 kah? ... Tak kesahlah TPM 1 ATAU TPM 2, yang pasti aku tidak pernah berada di sebuah negara bernama Malaysia yang TPM nya adalah Cha Ya Nun Alif! Secara peribadi, aku tak biasa dengan keadaan ini dan aku tak mau ini berlaku! ... YA ALLAH! Selamatkanlah Malaysia.

Melihat ruangan Menteri Kewangan, bertambah takut dan bimbang! Lim Guan Eng ... Adakah ini orangnya? MUNGKIN. Kalau bukan Menteri Kewangan, mungkin portfolio Timb. Menteri Kewangan. Aduhhhh .... Jahanam negaraku. YA ALLAH! Selamatkanlah Malaysia.

Menteri Dalam Negeri KARPAL SINGH ? ... Habih lingkup. Tak tahu la apa yang akan berlaku kepada Negara Malaysia dengan "saf kepimpinan cacamarba" begini. YA ALLAH! Selamatkanlah Malaysia.

Menteri Pertahanan Saifuddin Nasution ? ... Orangnya yang mengadakan pertemuan "rahsia" dengan Walter Chia, Setiausaha Pertama Pesuruhjaya Tinggi Republik Singapura (Apa pasai dia jumpa ini orang???) ... Adakah pertemuan biasa-biasa minum teh ataupun ada sesuatu yang lebih penting bagi masadepan kedua-dua organisasi yang dipimpin?? ... YA ALLAH! Selamatkanlah Malaysia.

Tak sanggup aku membayangkan apa yang bakal berlaku kepada Negara Malaysia dengan jemaah menteri sedemikian ...

Jangan perjudikan nasib Bangsa Melayu, Agama Islam dan Negara Malaysia kepada barisan "kahwin mutaah" sebegini, sedarlah wahai Umat Melayu dan Rakyat Malaysia. Senarai ini sungguh-sungguh AMAT MENAKUTKAN ...

YA ALLAH! Selamatkanlah Malaysia!


AloQStaQ
.

2 komen:

aktivis July 6, 2009 at 6:28 PM  

PR ni terlalu optimis...inilah gelagat mereka tapi sayangnyer rakyat mesih terpengaruh...
bayangan kabinet yang dibuat akan menyebabkan rakyat bertambah yakin terhadap mereka...ini lah yang ditakuti kerana keyakinan rakyat terhadap PR menyebabkan apa saja yang PR buat walaupun salah dianggap betul sedang usaha murni BN/UMNO untuk membantu rakyat dipandang serong

Ashley Ahmed July 6, 2009 at 9:33 PM  

Salam Ziarah,

Memang akan melingkup.

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP