Monday, July 6, 2009

BABI KEDAH - INI SATU IDEA UNTUK BANTU KERAJAAN HJ. AZIZAN

Produk Babi Kedah untuk kegunaan dan sumber makanan rakyat Kedah/Perlis khususnya yang berbangsa Cina menjadi masalah yang agak memeningkan Haji Azizan serta barisan Exconya. Hanya kerana binatang busuk berhidung besar lubang di depan dan tidak ada tengkuk ini, habis pekung Kerajaan Negeri yang selama ini "tertutup rapat" sudah mula terbongkar.

Thomas Su, Pengerusi DAP Kedah/Perlis sudah mula menggerakkan langkah bongkar kelemahan Kerajaan PAS Kedah yang kini baru berusia 15 bulan ... Mula-mula Isu Pusat Sembelihan Babi Kg.Berjaya Alor Setar, peh tu Isu Roboh Kuil ntah apa lagi lepas ni ....

Bagi aku, sedikit simpati aku letakkan kepada Haji Azizan dan Exco-exco Kedah kerana masalah yang sebegini kecil (isu Babi) pun, ianya tidak pernah putus-putus menggugat kedamaian dan kesejahteraan pentadbiran PAS Kedah sejak tahun lepas (sejak baru mula-mula memerintah).

Mulanya, konsep Kandang Babi Moden yang cuba direalisasikan di Bukit Selambau mendapat tentangan hebat dan akhirnya senyap bagai angin bayu memupuk debu, berterbangan entah ke mana idea tersebut?

Bukan Kerajaan Kedah sahaja pening dengan isu Babi ni, tetapi Kerajaan Selangor, Kerajaan Melaka dan beberapa negeri lain juga mengalami masalah yang hampir sama. Isu ini kecil tetapi besar kesannya, dan ia amat sensitif .

Satu kaum tu sensitif sebab ini adalah benda makan depa. Satu kaum lagi pulak, sudah lah tidak makan binatang ini, nak tengok rupa atau hidu bau binatang ni pun depa tak mau!

Jadi, kerajaan Haji Azizan yang kononnya ISLAMIK ni perlu ada penyelesaian sewajarnya.

Bersembang dengan beberapa kawan di kedai kopi, mendengar idea rakyat bawahan di kampung-kampung, kekadang boleh membantu juga untuk menyelesaikan masalah Babi ni. Idea orang kampung kadang-kadang boleh pakai jugak.

Antara idea bagus yang aku dapat, ramai yang meminta wujudkan KANDANG BABI MODEN yang boleh memastikan tiada pencemaran bau dan air bagi persekitarannya diwujudkan oleh Kerajaan Haji Azizan di kawasan DUN beliau sendiri di N20 Sungai Limau.

Ini amat wajar ... Kerana bila ianya dibina di DUN Haji Azizan sendiri, rakyat kawasan tersebut perlu menerima hakikat bahawa mereka yang telah mengundi Haji Azizan sepatutnya kini membuktikan bahawa mereka menyokong penuh tindakan Wakil Rakyat tersebut dalam apa juga bentuk dan keadaan demi kebaikan PAS dan Negeri Kedah. Lagipun, Haji Azizan ni MB Kedah, tolonglah wakil rakyat anda untuk sama-sama mentadbir Negeri Kedah ni.

Ini bukan apa, dulu ada cadangan awal nak dibina di Bukit Selambau, penduduk di sana tak benarkan ... Dalam pada itu, di Alor Setar pula pusat sembelihan pun dirobohkan oleh MBAS (maksudnya tak dibenarkan jugak ler tu!) ... terbaru kat Kg.Cina di Pendang pun majoriti penduduknya tak benarkan pembinaan Kandang/Pusat Sembelihan Babi ni ... Jadi, di mana lagi yang boleh bina?

Pastinya mau tak mau jawapannya : SEBUAH KANDANG BABI MODEN PERLU DI BINA DI DUN SUNGAI LIMAU ... Rakyat Sungai Limau harus bersatu hati memberi sokongan kepada kepimpinan yang mereka sendiri pilih! Ini baru ISLAMIK! ...

Idea ni, bukan untuk merosakkan politiking Haji Azizan, bahkan bagi aku ianya akan memberikan lebih banyak sokongan terhadap beliau, kerana beliau nampak telus. Dalam pada itu, konsep pembinaan Kandang Babi yang disarankan bukanlah sebuah Kandang Babi biasa/konvensyional/tradisional, tetapi cetusan idea ini adalah minta diwujudkan KONSEP KANDANG BABI MODEN (walaupun harganya jutaan ringgit, tetapi pencemaran minimum).

Ini saja nampaknya jalan penyelesaian untuk masalah Babi Kedah. Inilah satu idea yang aku rasa bagus hasil bersembang dan ber"muzakarah" dengan orang kampung dan kawan-kawan di kedai kopi ...

Orang kampung yang bersembang ni pun bukannya orang UMNO totok pun! Depa hentam semua orang, tembak keliling ... Najib depa hentam, Rosmah depa tibai, DAP pun kena maki, Nik Aziz pun kena sindiaq ... Hadi Awang pun depa sibaq, Anwar lagi teruk la kena balun ... TAPI, dalam depa dok hentam orang itu orang ini, parti itu parti ini, depa masih lagi ada idea untuk membantu Haji Azizan ...

Jangan kata aku orang kuat UMNO taknak membantu memberikan pandangan dan idea! ... Ini idea sumbangan ikhlas, demi kebaikan rakyat Kedah khususnya. Secara tak langsung, membantu Haji Azizan mengurustadbir negeri.

Bagi aku, PAS dengan DAP nak bergaduh ka, bertumbuk ka, sepak terajang ka, tarik rambut / tarik serban ka, aku tak amik peduli ... memang sejak awal dulu lagi aku konsisten syorkan supaya PAS tinggalkan PAKATAN RAKYAT ... PAS tak join UMNO pun tak pa, asalkan PAS jangan terus jadi balaci PAKATAN yang memperjuangkan seorang insan "sialan" - ANUwar I berahi m ...

AloQStaQ
.

7 komen:

PutraRocker July 6, 2009 at 10:35 AM  

Salaam. Semoga anda terus dirahmati, diampuni dan dipelihara ALLAH dalam ketaatan kepada-Nya sepanjang hayat. Semoga sejahtera dunia dan akhirat. Dunia hanya persinggahan, persiapkan diri untuk akhirat yang kekal tiada penghujung. (^_^)

Pak Tam Kobah July 7, 2009 at 12:52 PM  

pasaipa pa plak nak dibina dikawasan MELAYU beb... pie la bina di kawasan golongan yg dok makan menatang tuu... itu bukan masalah kerajaan negeri nak cari tempat tuu... tu masalah puak2 yg dok sembelih menatang tu... suruh depa la pie cari tempat dia tangmana bukan susah pon...dok bagi penin pihak pemerintah pasaipa...

nak sembelih lembu korban pon tak mintak kerajaan negeri sediakan tempat...pandai2 la org nak sembelih tu mencarinya...

lepas tu kalau ada org komplain nasib laa... takan itu pon nak pie hantok atas kepala pemerintah...

hang cakap nie atas nama bangsa melayu agama islam ka atas nama politik PAS atau UMNO... kalau macam tu punya kepala otak pikiaq sampai bila masalah nie tak selesai...

hang kalau nak tau kat KG CINA yg di cadangkan nak jadi tempat sembelih babi tu.. kalau tak cadang tang tu pon puak SIAM & CINA tu bela dan sembelih berkurun lama dah lamanya zaman aku dok pie bukit perak sg tiang sampai la nie dok lalu bau BABI... haram tak ada siapa yg bantahnya... tup tup puak cina dan siam tu nak jadikan kawasan tu sembelih babi habih pakat hingaq satu negeri...

tu yg aku tanya tadi hang nie cakap atas nama BANGSA ka AGAMA ka POLITIK ka...

akai ada pikiaq sendiri....

AloQStaQ July 7, 2009 at 3:34 PM  

Pak Tam Kobah,

Terima kaseh kerana komen ...

Untuk pengetahuan hang, aku bercakap atas dasar aku orang Kedah berugama Islam, berbangsa Melayu dan sekarang sedang diperintah oleh Kerajaan (kononnya) Islam ...

Aku bagitau idea yang aku amik, nilai dan garap dari kawan-kawan sembang kedai kopi sebab orang-orang kat kedai kopilah yang selalu nampak apa masalah dan masaelah yang pemimpin negeri tak nampak!

Dulu zaman BN, sampai BN lingkup di Kedah, boleh dikatakan 50% punca kekalahan ni, apabila sumber maklumat dan info kedai kopi ni dipercambah-cambahkan kepada umum selain dari orang baca blog, baca HARAMKAH dan dengaq ceramah!

Jadi, aku berbalik pada cadangan awai Hj Azizan dulu untuk mewujudkan KANDANG BABI MODEN DI KEDAH demi meminimumkan pencemaran. Oleh itu, konsep baru idea Hj Azizan tu, eloklah digunapakai sekarang ni!

Tak perlu nak kesah ianya dibina di Sg.Limau atau di tepi rumah Hj.Azizan di Jalan Sultanah, asalkan apa yang Hj. Azizan kata dulu; Kandang tu pencemarannya minimum, eloklah dilaksanakan dan BUKTIKAN KETELUSAN BELIAU KEPADA MASYARAKAT MAJMUK (KHUSUSNYA KAUM CINA/INDIA) - BAHAWA DIA MERUPAKAN CONTOH PEMIMPIN ISLAM YANG MELAKSANAKAN KONSEP ADIL & SAKSAMA. Sanggup bina Kandang Babi Moden di kawasan dia sendiri!

Ini baru dinamakan "Kepimpinan Melalui Teladan". Jangan hanya cakap pandai saja di ceramah2.

Dan sapa kata ni bukan masalah Kerajaan Negeri? Masalah BABI ni memang masalah yang Kerajaan Negeri kena amik peduli!

Sebelum jadi Kerajaan hangpa sedap tibai orang! Bila dah jadi Kerajaan, pandai pulak nak mengelak. PARYA betui!


AloQStaQ

Pak Tam Kobah July 7, 2009 at 5:15 PM  

itula aku kata pie la cari tempat tu tangmana pastu mai la buat permohonan kat kerajaan negeri pastu kerajaan negeri melalui kuasa dan undang2 alam sekitar ka veterinar ka cek tengok sesuai ka tak sesuai.. dah jabatan kerajaan kata tak sesuai nak buat camna...

dah la tempat tu HARAM.. pastu nak buat baru suruh orang cari bagi kat depa plak...banyak cantik...

aku naik motar tak ada lesen pon kompom polis saman punya tak ada aihh pak polis tu mai terhegeh2 habaq kat aku kata adik ambik la 500 nie pie ambik lesen motor..

jadi lanie tanggung jawab nak cari tapak tu takan kena kat kerajaan kot...kena la puak yg dok krok krek tu pie cari tempat dan usulkan kat kerajaan...

ala kalau dia pie buat kat sungai limau pon kompom puak melayu kat sana bantah aku pon bantah... sebab tu kawasan melayu...

lanie pie cari bagi jumpa tempat yg dirasakan sesuai habih cerita...

bukan susah pon..tapi saja buat nak buat penin...

dah la babi HARAM.. tempat sembelih pon HARAM.. takan nak bagi jadi HALAL plak kot

org nak kira bagi jadi tempat yg elok dah SAH depa dok perak buih pasai paa...

aku kalau tau tapak tu HARAM bukan kata tahun nie 14tahun dulu lagi aku robohnya...

rumah org kampong dok atas tanah rizab kerajaan bukan main eikkk nak pie roboh... mai rumah babi 14tahun bertapak... buat tak tau jaa...

sembang sedap la hangpa nak buat minimunkan pencemaran la..abih masa dibagi cadangan kat kg cina tu sapa yg dok belarak pie pejabat tanah tak lain tak bukan UMNO pendang... sedangkan kg cina tu nak lalu pon busuk taik babi...sembang ja hangpa nie bukan nak bagi elok sedap mulut jaa...janji dapat modai sembang kedai kopi....

hang tau pasaipa UMNO kalah kat kedah... sebenaqnya kat kedai kopi tu tak terra mana pon... faktor lain yg lagi banyak...dari sumber risikan kedai kopi tu cuma 5% ja tapi benda lain.. hg pie cari la hang kata hang terra....

babi 14thn pon tak selesai nak cakap pasai BABI..pierahhhhh

AloQStaQ July 7, 2009 at 5:49 PM  

Haha ...

Cakap dengan Melayu PAS macam hang pun tak guna ... berbuih mulut sampai buleh buat basuh baju pun belum tentu hang nak pakai.

Pi la dok dakap Pemimpin Islamik hang tu ... sanjung la dia. Padahai dia tu dok belakang hang, dok mendakap dengan DAP yang tak mau kat Islam 101% ... Apa punya haprak pala otak jumud geng PAS. Pakai lebai tak penah buang, tapi mulut tak habih nak sebaq dakyah dan salah orang.

Hangpa semua kena. Orang lain buat tak kena. Kalau macam tu, memang boh klorox 5 tong pun, hang masih dok macam tu jugak la ...

Orang bagi idea sikit punya baguih dok ada, siap suruh buat KANDANG BABI MODEN (yang Hj Azizan hang sendiri sebut dulu!), tapi, dia kenalah tunjuk teladan. Buat la dalam kampung dia di Sg.Limau tu ... apa susah?

Itu pun mau bikin isu ka?
Susah sangat ka nak buat TELADAN?

AloQStaQ
.

F.Aswan July 8, 2009 at 2:10 AM  

hidup Pak Tam Kobah! hujah yang matang dan bernas

Anonymous July 8, 2009 at 2:13 AM  

AloQStaQ mangkuk hayun...

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP