Sunday, July 5, 2009

PAKATAN RAKYAT = PAKATAN MENIPU RAKYAT

Sehingga kini, DAP Kedah masih mempertahankan keputusan mereka untuk keluar dari PAKATAN Kedah. Maknanya DAP KEDAH sudah bergerak sendirian, bukan lagi bersama PAKATAN RAKYAT & Kerajaan PAS Kedah.

Kononnya diceramah-ceramah PAKATAN RAKYAT selama ini mendabik dada mengaku bahawa hubungan parti-parti dalam PAKATAN adalah erat dan kukuh, tidak seperti Barisan Nasional.

Akhirnya ini semua ketentuan dan Kuasa Allah, Allah tunjukkan bukti dan kebenaran di sebalik penipuan mereka kepada rakyat. DAP Kedah meninggalkan PAKATAN kerana TIDAK BERPUAS HATI. Diulangi, TIDAK BERPUAS HATI.

Walaupun Kepala Penipu si ANUwar Ibrahim sempat lagi "spin" mengatakan DAP Kedah tidak keluar PAKATAN dan katanya ini semua dakwa dakwi mainan media Barisan Nasional sahaja, tapi nampaknya "spinning" tersebut sudah tidak boleh di pakai! Orang kampung pun dah tau dan memang jelas, memang DAP Kedah sudah tinggalkan PAKATAN : sehingga diputuskan secara rasmi di CEC DAP Pusat minggu depan.

Apa yang pasti di sini, keretakan antara parti dalam PAKATAN sudah semakin jelas. Oleh kerana ideologi masing-masing yang tidak sebulu, maka "rumahtangga" yang dibina secara "terpaksa" (hanya untuk menang pilihanraya), kini sudah berantakan dan ribut taufan.

Pada aku, tidak mustahil lepas ini DAP Kedah akan kembali join PAKATAN demi menunjukkan bahawa mereka masih ada "persefahaman". Bak kata Haji Azizan MB Kedah mengenai situasi politik yang berlaku ini "Ini masalah biasa la, macam dalam rumahtangga, laki-bini bergaduh sekejap saja, nanti-nanti bertemu, I Love U, U love me, berbaik balik laaa!" .... WAHHH! Begitu mudahnya sandiawara mereka! (SEPERTI YANG AKU PERNAH TULIS SEBELUM INI, AKU MASIH OPTIMIS DAP KEDAH KINI SEDANG BERLAKON SANDIWARA). Apapun, kita tunggu dan lihat sahaja apa yang akan diputuskan dalam mesyuarat DAP Pusat nanti.

Tapi ...
Sampai bila semua sandiwara ini akan terus dipersembahkan kepada rakyat Malaysia?
Sampai bila?
Adakah semua ini akan terus dipertontonkan kepada seluruh rakyat sehingga PRU13? Dan rakyat akan terus ditipu dengan semua sandiwara ini akan mengundi PAKATAN .... Seterusnya PAKATAN akan memerintah Malaysia dalam keadaan penuh bersandiwara ini?

Lihat sahaja ini :

PAS = Asal perjuangan untuk menegakkan NEGARA ISLAM dan UNDANG-UNDANG ISLAM.

DAP = Asal perjuangan untuk menjadikan MALAYSIA SEBUAH NEGARA SAMARATA HAK dan KONSEP MALAYSIAN MALAYSIA.

PKR = Asal perjuangan untuk menegakkan KEADILAN KEPADA ANWAR IBRAHIM dan sedikit sebanyak berjuang untuk KEADILAN KEPADA SEMUA & MENYAMARATAKAN HAK.

DAP + PKR mungkin agak serasi kerana berjuang kepada landasan SAMARATA HAK.
Tetapi, PAS agak tersasar jauh kerana prinsip ISLAM AKAN DIJADIKAN PANDUAN SERTA PUNCAK PERJUANGAN PAS (Yang pasti ini semua akan ditolak mentah-mentah oleh DAP).

Mana mungkin DAP+PKR dapat menerima konsep PAS? Ini hanya omongan kosong!

Bercakap tanpa memikirkan kesan jangka panjang memanglah mudah. Semudah makan kacang goreng & bertih jagung ! Tapi, untuk melaksanakannya adalah amat-amat-amatlah sukar.

Orang PAS sanggup pangkah DAP.
Orang DAP sanggup pangkah PAS.

Semua ini berlaku pada PRU12 yang lalu. Kerana ahli-ahli DAP dan PAS telah diperbodohkan oleh ANUwar Ibrahim yang kemaruk nak jadi Perdana Menteri.

Bagi ANUwar, walaupun PAS berbeza jauh ideologi dan perjuangan berbanding PKR & DAP, tetapi bantuan undi dari ahli PAS amatlah penting kepadanya untuk jadi PM.

Sedangkan kalau PAKATAN berjaya memerintah Malaysia, sudah pasti perihal MASALAH BABI yang kecik tu pun akan menyebabkan kecelaruan yang BESAR dalam PAKATAN!

Inikan pulak berbeza ideologi lain yang lebih besar seperti MENEGAKKAN NEGARA ISLAM & UNDANG-UNDANG ISLAM di Malaysia, lebih parah nampaknya perpecahan DAP vs PAS nanti!

Semua ini perlu dipandang lebih mendalam oleh Kepimpinan PAS Pusat dalam menentukan halatuju perjuangan Parti Islam SeMalaysia ni.

PRU13 sudah tinggal beberapa tahun saja lagi. Tak lama lagi dah. PAS sepatutnya bermuhasabah diri sekarang ... SEKARANG ! Tidak boleh tangguh2 lagi demi Islam, Negara dan umat Melayu (yang menjadi tunggak Muslim di Malaysia).

PAS! Tolonglah jangan perjudikan nasib rakyat dan negara ini, hanya semata-mata kerana kehendak peribadi/parti untuk memerintah, sedangkan kesan dari itu hanya akan merosakkan segala yang telah elok terbina selama ini.

Bagi aku, PAS lebih elok jika jadi PEMBANGKANG YANG KUAT DAN DAPAT MENEGUR KESILAPAN KERAJAAN MEMERINTAH, daripada menjadi balaci yang dipijak-pijak oleh parti lain dalam PAKATAN (walaupun PAKATAN dapat menjadi KERAJAAN MEMERINTAH SELEPAS PRU13 NANTI).

PAS menjadi PEMBANGKANG YANG KUAT lebih MULIA dari menjadi komponen sebuah kerajaan yang rapuh & penuh sandiwara.

PAKATAN RAKYAT = PAKATAN MENIPU RAKYAT.
PAKATAN RAKYAT = SEBENARNYA TIADA PERSEPAKATAN.
PAKATAN RAKYAT = HANYA UNTUK MENANG PILIHANRAYA.
PAKATAN RAKYAT = LEPAS MENANG PILIHANRAYA, PAKATAN AKAN BERPECAH KERANA IDEOLOGI MASING-MASING AMAT JAUH BERBEZA.
PAKATAN RAKYAT = HANYA UNTUK MEMASTIKAN ANUWAR TERBELA.
PAKATAN RAKYAT = BUKAN UNTUK RAKYAT, TETAPI UNTUK PEMIMPIN PARTI DAP+PKR+PAS DAPAT MEMERINTAH.
PAKATAN RAKYAT = TIADA ARAH TUJU BERSAMA.
PAKATAN RAKYAT = PAS HANYA MEMBANTU KEMENANGAN BESAR PARTI LAIN, SEDANGKAN PAS DIPANDANG RENDAH OLEH PKR+DAP.
PAKATAN RAKYAT = SEPATUTNYA HANYA DAP + PKR SAHAJA. PAS KELUAR KERANA PRINSIP PERJUANGAN TIDAK SEBULU.
PAKATAN RAKYAT = HANCUR MALAYSIA JIKA PAKATAN (SANDIWARA) INI MEMERINTAH.

Semoga dengan apa yang berlaku di Kedah pada hari ini, akan memberikan gambaran jelas kepada PAS bahawa mereka sebenarnya tiada makna dalam PAKATAN. PAS nak buat keputusan yang tidak kena dengan jiwa DAP, akhirnya DAP salahkan PAS dan tinggalkan perjuangan PAKATAN di Kedah.

Cuba bayangkan macam ni : KEDAH diperintah oleh PAS dengan mengharapkan 10 kerusi DAP untuk mencukupkan majoriti memerintah. (Fikirkan baik-baik). Adakah PAS mempunyai kekuatan optimum? ... Atau adakah kes yang sama di Perak akan berlaku? Nasib baiklah kerusi DAP hanya 1 sahaja di Kedah, kalau takkkkk ... dah pasti PAS akan turut apa saja kemahuan DAP!

(BAYANGKAN MACAMANA PULAK KALAU NANTI BOLEH MEMERINTAH MALAYSIA? ... LAGI HANCUR!)
Ini sudah pasti!

PAS tiada kekuatan dalam PAKATAN. Hanya jadi balaci.
PAKATAN RAKYAT = PAKATAN MENIPU RAKYAT!

---------------------------------------------------
LAWAKNYA : DAP Pusat masih dalam PAKATAN RAKYAT.
LAWAKNYA : DAP Kedah dah Keluar Kerajaan PAS Kedah tanpa bernding dengan PAKATAN RAKYAT.
LAWAKNYA : DAP Penang dah buang Ahli Majlis dari PKR tanpa berunding dengan PAKATAN RAKYAT.
LAWAKNYA : DAP Pusat masih dalam PAKATAN RAKYAT.
LAWAKNYA : PAS + PKR + DAP Pusat masih berlakon bahawa PAKATAN mereka KUKUH!
---------------------------------------------------
LAWAKNYA ..... INI PAKATAN PENIPU! HATI-HATI DENGAN PENIPU INI ! .... DAP PENIPU ... PAS KENA TIPU ... PKR RAJA TIPU DAYA ... SEMUA SANDIWARA (Pengarah Drama : ANUwar Ibrahim)

AloQStaQ
.

4 komen:

Admin CCZ July 5, 2009 at 3:15 PM  

Bagi UMNO, Pas adalah parti yang kuat dan semangat penyokong-penyokongnya memang tak dapat dinafikan..kalau suruh terjun ke gaung pun terjun kaki-kaki tu. Tapi sayang, pada PKR dan DAP, PAS ni rendah tarafnya. Dilayan macam karpet WELCOME. Tak percaya..tengok sajalah..

Shazreen Hafizee July 5, 2009 at 5:06 PM  

aloqsetaq...thankx pasal komen kat blog..

aku mmg penyokong UMNO...tetapi

bukan penyokong pemimpinnya...

Ashley Ahmed July 5, 2009 at 8:01 PM  

Salam ziarah,

PKR= kini berjuang anwar for president, apa2 isu boleh masuk asal dpt undi.

Anonymous August 10, 2010 at 8:09 PM  

Bagi aku,yang memainkan peranan dalam menentukan kemenangan pakatan menipu rakyat ialah PAS,aku rase tanpa PAS,mustahil pakatan menipu rakyat boleh menang,
hmm kalau diorang menang pun ,mungkin pakatan ni takkan bertahan lama,negara mungkin kucar kacir dan aku takut ade pihak luar yang ambil kesempatan,faham 2 lah sape 'kawan-kawan' si ANUwar Ibrahim.

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP