Tuesday, June 9, 2009

N41 DUN Manik Urai - UMNO perlu bekerja keras ...

N41 DUN Manik Urai akan melalui satu Pilihanraya Kecil pada Selasa 14 Julai 2009 sebagai hari membuang undi manakala penamaan calon pada 6 Julai 2009. Menurut perangkaan terkini penduduk/pengundi di DUN Manik Urai adalah seperti berikut :

Jumlah Pengundi : 12,293 Orang
Melayu : 99.22 %
Cina : 0.46 %
India : 0.23 %
Lain-lain : 0.09%

UMNO sepatutnya sudah mula menggerakkan jentera dan perang saraf untuk menambat hati pengundi kawasan ini mulai sekarang, (diulangi : SEKARANG) dan kini bukanlah masa untuk masih berkhayal dan bercakaran sesama sendiri untuk memburu tempat sebagai calon wakil rakyat!

Nampaknya sindrom "aku tak suka dia" atau "kalau dia jadi calon, aku takkan keluar mengundi" masih wujud di dalam UMNO. Inilah penyebab utama kekalahan. Perasaan peribadi harus diketepikan di masa ini demi untuk menjadikan harapan parti memenangi PRK Manik Urai kali ini menjadi realiti.

Isu PPSMI serta isu Bahasa Inggeris sebagai matapelajaran wajib juga dijangka akan menjadi isu di Manik Urai sebermula hari ini (kerana jentera PAS sudah mula bergerak sejak 30Mei lalu lagi). Selain isu kes perbicaraan Anwar Ibrahim yang akan berlangsung pada 1 Julai nanti. Semua ini patut menjadi bahan utama UMNO untuk berkempen, demi mengembalikan sokongan & keyakinan rakyat kepada BN.

Jangan jadikan faktor Bahasa Inggeris ini diputarbelitkan oleh Pakatan Reput. Mereka hanya tahu memfitnah dan memburukkan kerajaan saja, tanpa ada satu pun sokongan terhadap apa yang kerajaan BN cuba lakukan demi kebaikan rakyat jelata. Bangkang! bangkang! bangkang aja kerja mereka.

Merujuk BERNAMA hari ini, cadangan Bahasa Inggeris akan dijadikan matapelajaran wajib lulus kepada pelajar SPM, aku amat berbangga kerana kerajaan sudahpun melakukan satu langkah pro-aktif untuk mengambil maklumbalas rakyat mengenai perkara ini dengan mewujudkan talian telefon dan alamat email bagi rakyat menyatakan pandangan terhadap cadangan ini.

-------------------------------------------------------------------------
Selasa Jun 9, 2009

Kementerian Pelajaran buka talian isu BI wajib lulus SPM

KUALA LUMPUR: Orang ramai yang ingin mengemukakan cadangan dan pandangan berhubung isu Bahasa Inggeris syarat wajib untuk lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) boleh berbuat demikian melalui saluran telefon dan emel yang disediakan Kementerian Pelajaran.

Menurut kenyataan Kementerian Pelajaran hari ini, ia boleh disalurkan ke talian khidmat pelanggan kementerian itu di 03-77237070 atau emel di kpkpm@moe.gov.my.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin mempelawa orang ramai mengemukakan pandangan mengenai isu mewajibkan calon lulus bahasa Inggeris sebagai syarat lulus SPM.

Sebelum ini, beliau dimaklumkan bahawa ramai pelajar di luar bandar akan gagal SPM jika bahasa Inggeris dijadikan mata pelajaran wajib untuk lulus. BERNAMA

-------------------------------------------------------------------------


Jadi, jentera BN di Manik Urai tidak perlu gusar, langkah pro-aktif Kerajaan BN ini, khasnya Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin sedikit sebanyak membantu memudahkan jentera BN menghuraikan isu ini. Gunakanlah sebaiknya.

Kepada seluruh jentera BN yang akan berkampung di Manik Urai, AloQStaQBlog mengucapkan selamat maju jaya, bertugaslah dengan sepenuh jiwa dan ikhlas tanpa mengira penat, ingatlah bahawa segala tugas dan penjelasan yang akan anda berikan kepada rakyat Manik Urai adalah demi kebaikan dan menyelamatkan Agama, Bangsa & Tanahair serta generasi akan datang. Semoga Allah memberi Rahmat Nya kepada semua petugas BN di Manik Urai.



AloQStaQ

2 komen:

DukeOfUMNO June 9, 2009 at 9:25 PM  

Amboih....dah start kempen dah...hehhehe...baguih bro..baguih...inan lagu ni yg kita dok cari selama ni...hehhe..

Suhaimi Said June 16, 2009 at 6:22 PM  

Biar jadi anak jantan sikit. Semua tempat dah kalah...malunya..Permatang Pauh kalah, Kuala Terengganu (kubu UMNO) kalah, Bukit Gantang Kalah, Bukit Selambau kalah, Penanti kecut perut terberak-berak terus menikut jadi pengecut dan bacul, terus tak nak tanding, ah ni Manek Urai, gunakanlah khazanah Negara, Jabatan Kerajaan, salahguna kuasa, gunakan polis dan spr, kalau tak guna itu dah tentu hilang deposit, so gunakan hak rakyat ni untuk kepentingann UMNO, mari kita lawan, tengok apa akan jadi. Kalau kalah juga, UMNO patut berhentilah jadi parti politik, jadilah badan korporat. Dah tak relevan jadi parti politik, rakyat dah tak ndak.

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP