Sembang-Sembang pasca Muktamar PAS 2009
Sudah terbukti masih ramai dalam PAS yang sayangkan ulamak sebagai pemimpin parti mereka, khususnya ulamak yang berjiwa terbuka dan berminda terang dalam membawa parti yang ditubuhkan kononnya untuk memperjuangkan Islam.
Sekalung tahniah daripada aku di AloQStaQblog ucapkan kepada Ustaz Nasha yang terus diberi amanah untuk membawa halatuju partinya semusim lagi sebagai gandingan Presiden. Secara tidak langsung, pendekatan Kerajaan Perpaduan yang pernah disuarakan oleh Tuan Presiden parti bersama sokongan padu Ustaz Nasha sendiri nampaknya tidak ditolak mentah-mentah oleh ahli Pas.
Juga secara tidak langsung, pro-Pakatan ataupun lebih mudah disebut pro-Anwar (puak Erdogan) sudah merasai tamparan hebat melalui keputusan Perwakilan Pas kali ini.
Mungkin di suatu hari nanti, impian aku untuk melihat PAS bermufaroqoh (memutuskan hubungan) dengan parti penipu rakyat, perosak (DAP & PKR) akan menjadi kenyataan. Demi kebaikan parti Pas dan ummat Islam (ahlil Pas) sendiri. Pastinya, Pas jangan terus bersekongkol dengan PEROSAK, nanti anda sama akan terikut mereka untuk terjun ke Neraka.
Juga sedikit lagi sembang-sembang pasca Muktamar Pas ni, agak menarik untuk dibaca di blog sahabat aku ni : http://cicittoknadoq.blogspot.com/2009/06/jakau-umno-kucing-pas-apa-ya.html mengenai kenyataan Dato' Seri Hj Azizan terhadap UMNO. hehehe ..... Ustaz macam ni pun ada kaaa? Inilah contoh ulamak yang berpolitik dalam Pas ....
Apapun, sekali lagi aku seru : PAS, TINGGALKANLAH PKR & DAP ! Demi maruah Islam dan Matlamat Perjuangan Asal Pas sendiri. Jangan terus jadi kuda tunggangan Anwar & sekutunya.
AloQStaQ
0 komen:
Post a Comment