Thursday, April 2, 2009

Abdullah menghadap Agong, letak jawatan PM

Abdullah menghadap Agong, letak jawatan PM

Khamis April 2, 2009
Oleh ARIFFUDDIN ISHAK (MStar Online)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin bagi menyerahkan surat melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri dan memohon perkenan Seri Paduka Baginda melantik Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai penggantinya.

Abdullah tiba pada pukul 10 pagi tadi dan meninggalkan perkarangan istana kira-kira sejam kemudian dengan menaiki kereta rasminya, Proton Perdana bernombor WCH 13.
Menjawab soalan wartawan sama ada beliau telah menyerahkan surat peletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri kepada Agong, Abdullah hanya menjawab terpulang kepada Agong.
Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak tiba di istana pada pukul 11:25 untuk menghadap Tuanku Mizan untuk mendapat perkenan Baginda untuk mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri keenam esok.

Beliau dilihat memasuki perkarangan istana pada pukul 11:25 pagi dan beredar kira-kira 45 minit kemudian dengan menaiki Proton Perdana rasminya bernombor WRP 11.

Semalam Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan mengumumkan Tuanku Mizan berkenan supaya istiadat mengangkat sumpah jawatan Najib sebagai Perdana Menteri keenam akan diadakan pada 10 pagi, esok di Istana Negara.

"Yang di-Pertuan Agong juga telah memberi perkenan supaya Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia oleh Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri diadakan pada jam 10 pagi, Jumaat, 3 April 2009 di Istana Negara," menurut kenyataan itu


2 komen:

Detguaq April 2, 2009 at 2:36 PM  

Semuga Najib tidak mengulangi kesilapan terburuk paklah disebabkan 'terberuk' dengan menantunya.

Dan beruk berkenaan tidak boleh dibenarkan dan dibiarkan terkinja-kinja terlompat-lompat bergayut diprk2 yang sedang diadakan mahupun yg akan datang. biarlah dia bergayut dikerusi KP tanpa tugas, sbb dia nak sangat kerusi tu, dan dah diberipun...ha....ambik kau!

Anonymous April 6, 2009 at 4:39 PM  

Nak tambah sikit semoga Dato Seri Najib tidak mengulangi kesilapan terburuk pak lah dan sebelum pak lah ,,,,,,,buat yang terbaik seperti ayahanda hanya itu pesan semua akar umbi ,,,,,

Banyak yang terberuk dan bergayut seperti beruk sebelum ini tapi beruk yang sekor dah tak bergayut die ader kerusi tahniah sebab menang beruk yang lain jgn amik kesempatan bersihkan diri ,,,,,,

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP