Perwakilan Pemuda : Jangan Jadi Pemuda "MELAYU MUDAH LUPA"
Majoriti rakyat Malaysia sangat sayangkan Tun Dr.M. Begitu juga majoriti Pemuda UMNO. Semua kita masih ingat dan masih terngiang-ngiang di telinga ungkapan 'berbisa' Tun Dr.M iaitu "Melayu Mudah Lupa".
Para Pemuda yg menjadi Perwakilan di PAU juga perlu ingat supaya jangan jadi Pemuda Melayu Mudah Lupa! ..... Beberapa bulan lepas yg baru berlalu, keputusan Pencalonan Ketua Pemuda UMNO Malaysia sudah dinyatakan sejelas-jelasnya oleh akar umbi Pemuda yg membawa kepada keputusan (pencalonan) ;
Dato' Mukhriz Mahathir---75
Datuk Seri Mohd Khir Toyo ----63
Khairy Jamaluddin-------------53
===========================
===========================
Jumlah-----------------------191
===========================
.Ini fakta. Ini Pilihan Akar Umbi!
Jelas menunjukkan akar umbi berkehendakkan org yang bernama Mukhriz sebagai pemimpin mereka. Jadi perwakilan (KP + NKP +G2) WAJIBLAH membawa suara akar umbi ini untuk direalisasikan! WAJIB! Diulangi, WAJIB!
Jgn anda sesekali membawa suara anda sendiri untuk memangkah calon pilihan anda sendiri dalam petak undi nanti, anda patut sedar bahawa ANDA HANYALAH PEMBAWA AMANAH AKAR UMBI SAHAJA!
Jgn gunakan kesempatan yg ada utk tunjuk "terra" dgn memberi undi kpd favourite pilihan hati anda sendiri! Salah tu!
Kita cuba congak mudah : Dari 191 bahagian, 75 Bahagian yg akar umbi menyokong/mencalonkan Dato' Mukhriz Mahathir akan diwakili 4 org pengundi (1org-Ketua Pemuda Bhg. // 1org-Naib Ketua Pemuda Bhg. // 2org-G2.) Jadi jumlahnya dah tentu 300 UNDI !! ...
Ini yang akar umbi nak ianya berlaku! ... Jangan kurang dari 300 Undi ! TETAPI, jika berlebihan adalah lebih baik kerana undi yang paling tepat hanyalah kepada Dato' Mukhriz sahaja! Bukan pada yang lain.
Wajib! Kalau tak cukup jumlah ini, pastinya ada wakil pembawa undi di atas tersebut sudahpun MUNGKIR kepada pencalonan peringkat akar umbi Pemuda. Hukum MUNGKIR adalah BERDOSA. Pemuda UMNO akar umbi akan hancur jika pembawa amanah mereka MUNGKIR.
Ianya dah jadi seolah2 wakil meminang tidak meminang anak dara kepada org yg mewakilkannya, padahal wakil peminangan tersebut pula yang telah mengambil peluang untuk dirinya sendiri! Ini SALAH BESAR!
Jadi, ingatlah semua perwakilan Pemuda yg diberi hak mengundi di Perhimpunan Agong UMNO, PWTC bermula 24hb MAC 2009 - 28hb MAC 2009, ANDA JANGAN JADI PEMUDA UMNO - MELAYU MUDAH LUPA!
Selamat Bersidang & Mengundi DATO' MUKHRIZ TUN MAHATHIR kepada semua perwakilan!
Sayangi UMNO ! TOLAK CALON PERASUAH!
Salam Hormat
AloQStaQ
7 komen:
apa-apa pun..kebijaksanaan, keikhlasan, kejujuran, ketelusan, kesungguhan, kesabaran dan ketakwaan perlu ada bagi menjamin kepimpinan yg baik.
bro as..harapan kita musnah.perasuah diangkat menjadi pemimpin.pemuda dah gali kubur untuk umno..
musnahlah..musnah impian.untuk menggapai bintang.terangi hidupku..
BELOM SAMPAI MASANYA LAGI ,,,,,,,,SABAR LAIN KALI LAWAN LAGI REDHA ATAS KEKALAHAN INI DEMOKRASI ,,,,,,
INSYA'ALLAH TUAN DATO MUKHRIZ AKAN MENJADI MENTERI!
AYUH BANGUNLAH TUAN! JANGANLAH KECEWA LAGI, KITA PERLU RAPATKAN BARISAN UNTUK MENYOKONG SUPAYA DATO MUKHRIZ DI ANGKAT MENJADI MENTERI, SAYA SEORANG TAK MAMPU, MARILAH KITA BERAMAI-RAMAI MEMINTA SUPAYA DATO MUKHRIZ YANG KITA SAYANGI INI DI ANGKAT MEJADI MENJADI MENTERI PENUH!!!
Kami anak bangsa lebih rela pejuang bahasa mendapat tempat dalam hati setiap rakyat kerana keikhlasan mereka makin bersinar memberi harapan bangunkan bahasa dan bangsa Melayu itu sendiri dalam erti kata SEBENAR. Bukan acuan barat sana sini kami mahukan acuan tersendiri berteraskan Islam sejati bukan pemimpin pandai cakap sana sini jadi imampun tak tentu lagi.
Bro,
Org yang mcm hang nilah yang sebenarnya memusnahkan UMNO..
Ada akai tapi letak kat kepala lutut! Biaq siapa pun yg jd ketua, hang kena ikutlah..Ini perjuangan bersama..Dah majoriti pilih dia!! Yg hang duk kalut,awatnya??!!Hang org Melayu!! Yg jadik ketua hang pun org Melayu!! Org UMNO jugak!! UMNO ditubuhkan bagi memperjuangkan bangsa Melayu!! Appara hang!! Kalu xtau politik, jgn tunjuk mcm terra!! Bodo!!
Sayang Sarawak,
Saya setuju dengan anda.
Syammil,
tak pa lah, DMM pun tak nak kita terus sedih dengan apa yang berlaku, 304 pemuda mengundi KJ itu kita harap mereka tahu apa yang mereka buat, adakah demi SALAM ISI atau demi AgamaBangsaTanahair mereka? ...
sekera,
ya, tapi harap kita tidak hancur dahulu sebelum sampai masanya.
parpukari,
InsyaAllah kita terus support DMM walaupun hakikatnya beliau tewas kerana terlalu bersih berbanding yang lain. Kita bangga.
InsyaAllah kita sama-sama doakan dan usahakan semoga Dato Najib boleh bagi tempat yang terbaik untuk DMM dalam kabinet.
D'rimba,
pejuang bahasa penting, bahasa penting, tetapi ilmu pengetahuan lebih penting dari segala-galanya. kita nak anak cucu kita dapat menimba sepenuh ilmu didada, dengan mudah dan faham bahawa membawa bahasa ibundanya ke tahap yang lebih mulia dan mereka adalah pengamal ilmu pelbagai bahasa yang cerdik. Bahasa dikendong Bangsa Berilmu. Teruskan PPSMI. Bukan untuk mengahancurkan bahasa, tetapi untuk menguatkan ilmu anak bangsa.
Anonymous,
Orang macam aku yang memusnahkan UMNO? HAHA! Perasuah yang diSAHkan bersalah (tetapi hanya diberi Amaran) itu yang akan MEMBANGUNKAN UMNO? ... HAHA! HAPRAKKKK ! ....
Post a Comment