Thursday, February 12, 2009

Tun bersuara mengenai orang ulu di Kedah, maksud tersirat DIFAHAMI!

Kelmarin (bahasa Kedah) atau Semalam (bahasa KL) [11-February-2009] Tun Dr.M telah menyiarkan satu lagi penulisan beliau dalam blognya chedet.cc ... tajuknya "ORANG ULU" dan boleh dibaca dengan klik di sini --> http://chedet.co.cc/chedetblog/2009/02/orang-ulu.html


Pada hemat aku, maksud yang hendak disampaikan oleh Ayahanda Tun adalah jelas - ianya mengenai tahap akademik pelajar dari dua kawasan berbeza, satunya dari BANDAR dan satunya dari PENDALAMAN (ULU). Jika diberi peluang kepada kedua-duanya, ilmu yang dapat diperolehi dan dicapai adalah sama sahaja. Tiada beza antara budak PEKAN dengan budak KAMPUNG.

Dalam hal ini, pengalaman Ayahanda Tun dijadikan sandaran, bukti dan ianya ibarat satu kajian secara tidak rasmi. Pengalaman yang dilalui oleh Ayahanda Tun Dr.M adalah satu jaluran yang sentiasa berlaku sepanjang zaman. Bezanya adalah pelaku-pelaku yang melalui zaman tersebut. Tun sebagai pelaku pada zaman kecilnya sehingga dewasa, melihat bahawa rakan-rakan sepengajiannya memperolehi ilmu sama sepertinya dan orang lain - seandainya diberi peluang.

Apa yang menjadi harapan Ayahanda agar anak-anak pada masakini (juga) diberi peluang, mendapat tentangan dari pelbagai pihak yang berkepentingan peribadi. Pengajaran Bahasa Inggeris dalam matapelajaran Matematik dan Sains menjadi sasaran penentang Tun dan pentas "pecinta bahasa" digunakan sebagai platform penentangan mereka. Padahal, jika kita duduk bertafakkur dan bermuhasabah - kesan baik/buruk PPSMI (Pengajaran & Pembelajaran Sains Matematik dalam Inggeris) SUDAH PASTI majoriti rakyat Malaysia mendapat jawapan yang sama yakni : LEBIH BAIK DITERUSKAN berbanding DIHENTIKAN ...

Kerana peluang ini perlu diberi kepada anak-anak kita generasi kini untuk menguatkan penguasaan Bahasa Inggeris dalam kehidupan mereka. Demi masa depan mereka. Bukan untuk menjahanamkan Bahasa Melayu. Ianya adalah satu peluang yang sepatutnya tidak boleh dilepaskan.

Sayang anak, tangan-tangankan.
Sayang anak juga, teruskan PPSMI ...
Sayang Bahasa Melayu, kuatkan belajar subjek BAHASA MELAYU laa !!

AloQStaQ
===================

TAMBAHAN : Errr, agak megah jugak bila Tun sebut perkataan tu (lihat dalam bulatan merah yang aku bulatkan di bawah) dalam artikelnya kelmarin ... hehehe ... sori, aku terperasan sikit ... :D hehehe!
http://chedet.co.cc/chedetblog/2009/02/orang-ulu.html

Jangan marahaaaaa!!! ........ HEHEHE ....

By: AloQStaQ
//A.S\\


6 komen:

Syammil February 12, 2009 at 11:23 PM  

setuju jika ppsmi diteruskan..ni la salah satu cara nak improve english..xhilang pn bahasa melayu kalau ppsmi ni dijalankan

ALAM February 14, 2009 at 1:45 PM  

Assalamualaikum,
pada masa ini, saya tinggal di ulu negeri kedah, saya tinggal disini kerana ingin berkhimat untuk memakmurkan sebahagian besar penduduk negeri kedah. pada tahun lalu anak sulung saya telah mengambil UPSR, alhamdulillah dapat 5A (walaupun tidak pernah menjejaki kelas tusyen). Tetapi kanak-kanak ulu ini amat malang sekali telah dinafikan dari mendapat pendidikan yang sempurna di Sekolah berasrama penuh ataupun mendapat MRSM. Malang sekali beliau tidak mendapat pendidikan selanjutnya di sekolah impiannya. saya tidak mempunya sebarang kenalan (orang dalam/orang politik) untuk berkira-kira bagi menjayakan cita-cita anak saya.

Malangnya nasib orang ulu zaman sekarang dan untungnya nasib orang ulu seperti yang diceritakan oleh tun.

Syammil February 17, 2009 at 12:02 AM  

maybe ramai yg dapat 5A so dh lebih kouta utk masuk SBP tau MRSM ni..setahu saya mrsm dh kembali ke matlamat asal.anak2 bumiputra yg layak saja dapat masuk ke mrsm skg ni.xmacam dulu.anak org2 kaya yg ramai kt mrsm..

jgn risau..klu xdapat kali ni mybe dpt lps pmr nnt..

Anonymous February 26, 2009 at 2:51 PM  

saya juga stuju jika PPSMI di teruskan..utk kebaikan masa depan anak2 melayu juga..

Shahrulrock April 5, 2009 at 2:39 AM  

Melihat jauh ke dalam konteks perlembagaan,secara sedar dan jelas dasar PPSMI telah mencabul Perlembagaan Malaysia seperti yang diperuntukkan dalam Seksyen 1 dan 6, Artikel 152 Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 17 (1) Akta Pendidikan 1996.Dengan jelas juga, Kementerian Pelajaran telah melanggar Akta Pelajaran Kebangsaan 1961 yang memperuntukkan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah dan universiti.Pusinglah berapa darjah sekalipun, ianya tetap melanggar Perlembagaan.
Sambungannya di http://shahrulrock.blogspot.com/2009/03/kenapa-ppsmi.html

Shahrulrock April 5, 2009 at 3:09 AM  

Bangsa Melayu hendaklah sedar bahawa bahasa Melayu adalah salah satu bahasa yang terbesar di dunia, diketahui oleh lebih 280 juta manusia di seluruh dunia, khususnya di kawasan induknya, iaitu kawasan Melayu-Indonesia.Kegagalan kita untuk menunjangi bahasa Melayu umpama kegagalan kita menegakkan Ketuanan Melayu.Banyak dari kita, menjerit meminta di martabatkan Ketuanan Melayu tetapi dalam masa yang sama, kita "menguncupkan"bahasa Melayu dengan menyokong PPSMI.
Jadi, apakah kita rela mengorbankan bahasa Melayu semata-mata mengejar kemajuan?Barangkali kita terlupa bahawa Filipina,sebuah negara yang tidak menggunakan bahasa ibundanya di dalam pelajaran Sains dan Matematik masih lagi terkebil-kebil mengejar kemajuan walaupun rakyatnya fasih berbahasa Inggeris.
Korea Utara yang gah dengan bahasa ibunda terlalu megah dengan kemajuan nuklear.
Perlu di ingatkan,kebanyakan pemenang Hadiah Nobel tidak datangnya dari golongan berbahasa Inggeris. Yang terbaharu, Hadiah Nobel Fizik tahun 2008 ialah 3 orang ahli sains Jepun yang menghasilkan kajian dan karya mereka dalam bahasa Jepun.

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP