Wednesday, February 18, 2009

Rumusan AloQStaQ : HUJAH TV9 : 17-Feb-2009 : Calon Ketua Pemuda UMNO.

Bukan nak bias, tapi just pendapat peribadi aku :



Malam tadi 17-Feb-2009 (HUJAH : TV9), setelah diperah segala cas-cas dalam minda aku memikirkan mengenai bual bicara ketiga-tiga Calon KP tersebut, aku dapat merumuskan bahawa;





Dato' Mukhriz
mempunyai idea dan pandangan amat bernas dalam halatuju untuk membawa Pemuda UMNO Malaysia ke satu tahap yang LEBIH BAIK. Kerana setelah diamat-amati, beberapa idea yang dilontarkan oleh beliau menjadi bahan kupasan semula oleh moderator dan ahli panel. Kemampuan Dato' Mukhriz menjawab soalan dgn tepat dan tidak belok-belok (KHASNYA jawapan beliau mengenai konsistensi beliau mengenai SEKOLAH SATU ALIRAN , Penggunaan ISA serta Isu Projek Bentuk Kerajaan 16 Sept-Anwar) kupasannya amatlah bernas sekali dan (bagi aku) ianya boleh menjadi point DMM berada di hadapan berbanding 2 yang lain. Yang pasti, kata-kata penutup dari Dato'Mukhriz mengenai kehendak Pemuda untuk dipimpin oleh seorang yang BERINTEGRITI perlulah diberi perhatian! Maksudnya tepat :TOLAK PEMIMPIN-PEMIMPIN YANG MERASUAH!.

Sungguhpun begitu, Dato' Mukhriz agak sedikit terkebelakang dalam NADA menjawab soalan, beliau tidak menjawab secara lantang berbanding 2 yang lain. Mungkin sifat beliau yang cool dan berhemah menyebabkan jawapan beliau yang padat dengan idea itu, agak "tenggelam sedikit" kerana penyampaiannya lemah-lembut dan terlalu jujur. Ini (bagi aku) bukan kelemahan, tapi sesuatu yang perlu dipertingkatkan beliau pada masa akan datang.

IDEA A++, KARISMA A+, PENYAMPAIAN A, RETORIK-Tiada
===============================

Dato' Seri Khir pulak menggunakan pendekatan atau kaedah "menambat hati" audien melalui ayat-ayat bunga khasnya menjurus ke arah lebih Islamik. Ini point untuk beliau. DS Khir kelihatan agak lebih menonjol dengan idea-idea sebegini (sudah diketahui ramai bahawa inilah pendekatan yang beliau selalu gunakan di mana-mana ucapan). Sayangnya ada satu dua kupasan beliau, yang (bagi aku) tidak menarik dengan menyamakan kekalahan dirinya (mentadbir negeri) dengan apa yang telah pernah berlaku dengan orang lain khususnya Kekalahan Rasulullah di Medan Uhud. Idea lain aku tidak begitu nampak menyerlah (tak tau la kot-kot kawan-kawan forumer lain ada nampak idea yang dilontarkan oleh DS Khir malam tadi?). Penutup kata-kata beliau : macam biasa ler "Saya anak orang kampung!" (Meluatnya aku dengaq ayat macam ni disetiap acara/ucapannya) ...

Kat tempat aku, anak orang kampung jadi BAIK adalah lebih kurang sama banyak dengan yang jadi JAHAT/NAKAL tau!....Tak payah la gunakan pendekatan macam ni, ni seolah-olah serangan peribadi terhadap 2 calon yang lain! ... Kampung atau Bandar, Miskin atau Kaya, Bangsawan atau MARHAEN bukanlah kayu pengukur untuk mengukur seseorang itu menjadi pemimpin yang baik!

IDEA A, KARISMA A, PENYAMPAIAN A++, RETORIK-Sedikit Sebanyak.
===============================




Khairy pulak, (seperti kata sahabat aku DetGuaq dalam blognya) dia ni sejak dari awai lagi nampak sangat menggelabah bila di kaitkan kelemahan Pak Mentua dia dengan Kelemahan Kerajaan/parti! Diputarnya sana sini untuk lari dari topik, dan sikap Denial Syndrome mula menjalar dalam jawapan KJ malam tadi sejak mula bual bicara, sehinggakan memek mukanya seolah-olah mencebik idea orang lain bila bercakap! ... Soalan Killer Prof.Agus apabila bertanya mengenai Geng Tingkat 4, KJ terus hilang arah dan dah tak tentu punca. Mungkin sebelum rancangan "HUJAH" malam tadi, beliau teramat-amat excited sehingga TER OVER CONFIDENT kot? KJ terus menjunam.

Yang pasti, malam tadi secara terbuka, KJ menggambarkan bahawa beliau juga "menyongsang arus" mengenai PPSMI (cuma beliau back-up dengan mengatakan, kalau tak hapus terus PPSMI, beliau nak ada perubahan kepada perlaksanaan) .. Nah! dia sendiri tak suka PPSMI ka? Macammana tu? baik dia pi ikut geng Pakatan ... statement KJ tu ala-ala "menangguk di air keruh" tak?

IDEA A, KARISMA A, PENYAMPAIAN B+, RETORIK-Banyak!
===============================





Bias kah aku? hmmm ... Ini pendapat peribadi aku ...

//A.S\\

(Gambar "Angkasawan" 3 Calon Ketua Pemuda dipetik dari blog : Malaysian-2day.blogspot.com -TQ!)

12 komen:

hans February 18, 2009 at 1:05 PM  

hahha...
xsempat nak tgok so tak tahu nak kata apa...

azlishukri February 19, 2009 at 10:42 AM  

Bagus analisis ini.

Gedembai February 19, 2009 at 12:47 PM  

Saya sependapat dengan sdr Aloqstaq. DM agak "slow" sikit masa meluahkan ideanya.....tapi ada point yang boleh diambil kira.

Pilihan pertama untuk Ketua Pemuda UMNO.

Anonymous February 19, 2009 at 5:20 PM  

salam brader alorstaq!

Hebat la lu yer , lu punya komen masuk ke laman rasmi datuk Mukriz yer?

cayalah! lu ni orang kuat mukriz niii ! baru wa tauuu hehehe

apapun semuga mukriz menang, dia memang sesuai jadi sebab ramai suka dia.

AloQStaQ February 19, 2009 at 6:17 PM  

Hans, kalau belum tengok HUJAH dan nak tengok streaming, here the URL:

http://video.aidan.com.my/hujah/

Azli,
Terima kasih ... penulisan melalui analisis dari kacamata saya, tak dapat saya nak menulis sebaik anda di blog yang popular tu!

Gedembai,
Slow dalam bercakap bukanlah satu ukuran untuk menjadikan beliau seorang pemimpin ... kita sama-sama bersetuju, DMM mempunyai daya IQ dan idea yang brilliant! InsyaAllah akan mempimpin sebaik Ayahandanya! Aminnn ...

Kelammalam,
aku tidaklah sehebat mana, ntah-ntah kelammalam lagi hebat! Apapun, aku ucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan untuk www.MUKHRIZ.com kerana sudi mengambil komen/ulasan aku untuk diletakkan di laman web MUKHRIZ ...

aku pun taktau cerita, cuma tahu apabila ada seorang rakan menalifon memberitahu ... apapun, Alhamdulillah ... :)

Aku bukan orang kuat Dato'Mukhriz la! Tapi aku memang KUAT MENYOKONG DATO' MUKHRIZ! Sapalah aku ni nak jadi "orang kuat" dia .. aku ni sekadar peminat kuat no.1 Tun Dr.M dan Dato' Mukhriz ... :)

Terima kasih semua!

AloQStaQ

SAYANG SARAWAK February 21, 2009 at 1:17 PM  

pengamatan saudara amat tepat. yang penting, khairy memang tidak layak utk apa-apa. selekeh dan tak terurus..

Pro-JJ February 21, 2009 at 2:14 PM  

Dlm hujah tersebut, Dato' Seri Khir nampak sebagai calon yg sesuai untuk menerajui sayap Pemuda UMNO

AloQStaQ February 22, 2009 at 2:43 AM  

Terima Kasih Sayang Sarawak dan ProJJ,

Nampaknya, masih tiada kredit untuk KJ dalam penilaian penonton HUJAH, hehehe ...

Bagi saya, niat untuk meletakkan DMM di hadapan diantara dua calon yang lain hanyalah kerana 1 perkara sahaja. Dalam pengamatan saya melalui HUJAH, boleh dikatakan (dan saya tidak menafikan) bahawa DMM dan DSKT mempunyai kredibiliti yang hampir setara. Kebolehan mereka berdua menjawab dengan baik dan melontarkan idea, amat bagus.
CUMA, jika digarapkan dari segi kekuatan / keberanian dan prinsip, DMM jauh mendahului DSKT kerana konsistensi beliau sejak dulu sehingga kini langsung tidak boleh dipertikaikan!

Jadi, mahu tak mahu, perit atau pahit, penyokong DSKT & KJ perlu sedar majoriti ahli Pemuda UMNO, mahupun ahli UMNO yang lain amat memerlukan (dan mendambakan) INSAN BERNAMA MUKHRIZ MAHATHIR untuk menjadi pemimpin di sayap Pemuda dan pemimpin UMNO masa depan yang pastinya beliau merupakan seorang yang sungguh lengkap berbanding dua yang lain. Terbukti dengan sokongan akar umbi yang memberi pencalonan tertinggi kepada beliau!

Bak kata Prof.Agus malam tu, Kalau nak mencari tempat mandi, carilah telok dan juga pantai ... Kalau nak mencari pemimpin, carilah yang elok dan juga pandai ... Mukhriz melengkapi pernyataan pantun tersebut dan ditambah pula dengan REKOD BERSIH RASUAH & BERHEMAH & TIADA MASALAH DENGAN PERSEPSI RAKYAT JELATA! ini yang penting untuk mengembalikan UMNO ke era populariti segemilang dahulu!


AloQStaQ

Syammil February 22, 2009 at 9:56 PM  

umno dikenali sebagai parti rasuah dan parti politik wang oleh rakyat.apakah nasib DMM nanti?

sememangnya DMM mendapat pencalonan yang tinggi dari akar umbi.yang menjadi persoalan sekarang ini adakah perwakilan akan memilih beliau pada PAU nanti?

semoga Allah melindungi pemimpin yang ikhlas dan berkelayakan tinggi untuk memimpin Pemuda suatu hari nanti. Insyaallah..

Anonymous February 23, 2009 at 3:09 PM  

he... bpe byk la duit rakyat yg lepas kt ko nih(upah buat blog)..

naya2...

AloQStaQ February 23, 2009 at 4:13 PM  

Syammil,

Kita hanya mengharapkan yang terbaik kepada pemimpin-pemimpin yang bersih dan terbaik dalam parti ... macam DMM, kalau akar umbi nakkan dia, eloklah perwakilan yang membawa undi juga pikirkan kehendak akar umbi ... Semoga maju jaya pada DMM ...

Dan untuk Kj,

Aku tak de sapa nak bayaq pun ... jangan risau, duit internet, duit letrik dan susah payah aku, hanya aku aje yang tanggung, TAK PAKAI DUIT RAKYAT PUNNN ... terima kasih yer ...

//A.S\\

Pak Pelandok February 24, 2009 at 1:49 PM  

Tuan,

Malam tu kat tv... Pak Pelandok tengok Mukhriz tak berapa ummh...sepatutnya lontaran idea perlu lebih hebat dan terkini...baru menonjol sikit...

Khir Toyo lebih berjaya malam tu....cara dan idea dia nampak jelas dan boleh memikat......tapi sayang sikit je...dia ni dah kira Otai la......

Khairi...nampak sangat dengan isu lama...tak ada idea langsung....main pukul turt memanjang......yang jelas ialah raup wajah dia.....nampak sangat tak ikhlas dan memcemik semacam je......sperti memperkecilkan pendapat orang lain...seolah-olah dia saja yang betul dan layak....

Penonton melihat dan menkaji semuanya...bukan saja tutur kata, mimik wajah, gerak geri atau body language pun di perhatikan..kerana ianya juga membawa makna dan maksud tertentu.

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP