PENJELASAN : Hormati Abdullah - Mukhriz
PENJELASAN : MUKHRIZ MINTA HORMATI PAKLAH.
Salam dari Dato'Mukhriz Tun Dr.Mahathir untuk semua ...
Petang semalam (Ahad : 6PTG) aku menghubungi Dato' Mukhriz untuk bertanyakan berkenaan perkara ini yang disebut-sebut akhbar "Hormati Abdullah sebagai pemimpin agung - Mukhriz" (Siaran Bernama Online) dan "2008 Mukhriz kecam Pak Lah, hari ini mahu dihormati "pemimpin agung" (Siaran MStar Online) ...
Beliau mengesahkan bahawa beliau meminta semua untuk menghormati PakLah selepas PakLah bersara nanti, agar perkara yang pernah berlaku kepada Ayahandanya tidak berulang kembali (kepada PakLah).
Ini kerana, walaupun selama ini beliau adalah orang yang utama/terkedepan meminta PakLah turun dari jawatan PM (demi kebaikan parti/rakyat/negara), tetapi untuk beliau bersikap tidak hormat dan menyimpang dari batas tatasusila sopan santun adat Melayu adalah amat jauh sekali, ini adalah sifat/budaya Melayu. Jadi jelaslah beliau meminta semua menghormati PakLah yang akan melepaskan jawatan Mac nanti.
Dan kita semua seeloknya menerima kenyataan Mukhriz ini dengan hati yang ikhlas dan terbuka. Secara sopannya, apa yang Mukhriz nyatakan tersebut merupakan sebaiknya untuk kita menghargai PM yang sanggup berundur awal untuk mengelakkan banyak lagi kerosakan berlaku kepada negara dan rakyat.
TETAPI, ingin ditegaskan bahawa Dato' Mukhriz petang semalam ada memberitahu aku bahawa beliau hanya menyebut agar semua MENGHORMATI PAKLAH. Tetapi, beliau tidak pula menggunakan istilah PEMIMPIN AGUNG! - Istilah "pemimpin agung" yang menjadi tajuk-tajuk berita adalah tokok tambah yang ditambah sendiri oleh Akhbar tersebut. HARAP MAKLUM.
AloQStaQ
23/Feb/2009
8:40 Pg
14 komen:
paper ni mmg teruk la..suka betul reka crita..dh selalu kena belasah dgn pmbgkang pun xsedar2 lagi ka..
Surat Khabar kalau tak buat tambahan tak boleh ker?. Lain orang cakap lain pula dilapurkan.
Nak pelaga orang ke apa?
TQ Syammil & Gedembai,
Mungkin bagi akhbar/editor nya, merasakan amatlah wajar untuk menggambarkan (bagi pendapat mereka) bahawa PakLah tu pemimpin agung, kot? hehehe ....
Tapi, bagi kita pembaca merasakan PakLah tu sebaliknya.
Bila tokok tambah tersebut diletak dalam kenyataan Mukhriz (yang sejak dulu konsisten menghentam PakLah), ramai yang jadi 'pelik' ... Bila aku sendiri dapatkan PENJELASAN dari DMM sendiri, barulah jelas dan tepat ... beliau hanya nak kita semua menghormati PakLah yang akan bersara : Bukan menghormati PakLah sebagai "Pemimpin Agung" ... :D
Semoga diuwar-warkan kepada kenalan dan sahabat handai anda untuk dijelaskan mengenai perkara ini ... OK ... TQ!
AloQStaQ
wahahaha..
nasi tambah betul dorg nih.poyos
ayat 'pak lah sebagai pemimpin agung'tu agak tak bersesuaian la hehe
memang hina la paper ni..trus jadi modal pembangkang.kena kutuk..baca kt blog ni
http://tukartiub.blogspot.com/2009/02/mukriz-dulu-kecam-pak-lah-hari-ini-mahu.html
Ya betul tu Qaseh, memang tak berapa sesuai ayat tu ... kalau kita ditempat DMM, memang tension gak sebab ayat tu kita tak sebut pun!
Syammil, TQ so much ...
saya cuba jelaskan di sana (blog tukartiub tu)... tengok ajalah respon puak-puak pembangkang ... hehehe ...
AloQStaQ
penjelasan yang jelas.
tuan...sebenaqnya...pak lah...bukan setakat pemimpin agung...pemimpin kepala agung lagi tu haaaa
TQ Azli ... hehe ... bantu sekadar yang termampu ...
Anonymous, HAHA ... kalau kepala agong tu yang bahaya tu! ... elakkan politik wang dalam semua urusan!
//A.S\\
Segeralah mohon pihak akbar membuat pembetulan supaya orang tidak akan memandang serong terhadap Dato' Mukriz.
ALAM,
aku pk pun macam tu gak ... tapi, takkanlah Dato' Mukhriz nak pulak pegi sebut kat paper/media : "Untuk Makluman, Saya Tidak Pernah Membuat Kenyataan bahawa PakLah itu Pemimpin Agung" ??? ... ish ... nampak tak bersopan la pulak ... Actually, kalau ada yang bertanya kita-kita ni, bagitau la yang sebenar ....
Urusan dengan paper/media tu, elok PA Dato'Mukhriz (Bro Anas) tu pikirkan kot? ... Macamana cara terbaik untuk menjelaskan perkara demikian.
Yang pasti, kita dah tau perkara yang sebenar bahawa Dato'Mukhriz tak sebut pun "pemimpin agung" tu ... OK.
//A.S\\
salam saudara
dh tiba masanya utk pak lah berundur..
apa pun kita harus bersyukur pak lah dh buat yg terbaik wlupn byk negeri tergadai sewaktu beliau berkuasa..semuga dato najib dpt melaksanakan sesuatu perubahan atau memperkasakn agenda org2 melayu khususnya dan Malaysia am nya..aminn
TQ Jeffry!
Itu yang kita harapkan. Semoga yang terbaik berlaku selepas peralihan kuasa ...
//A.S\\
yups...
hormat dia sebagai orang yg tua dari kita tapi kalau dia salah tak payah ikut...
sokong2
Post a Comment