PAS : Tinggalkanlah Keadilan & DAP ...
08 March 2008, merupakan Tarikh Keramat : Pilihanraya Umum Malaysia kali ke 12 ... Pilihanraya yang merealisisikan kekalahan 5 buah negeri dan 1 Wilayah (Parlimen) parti Barisan Nasional, kepada Pakatan Rakyat.
Rekod Pakatan Rakyat MAC2008 (Lihat terutamanya PAS):
1. Kedah = 16 PAS (Dominan) + 4 PKR + 1 DAP & 1 Bebas (kini PKR)
2. Kelantan = 38 PAS (Dominan) + 1 PKR
3. Selangor = 15 PKR (Dominan) & 13 DAP (Juga Dianggap Dominan) + 8 PAS
4. Pulau Pinang = 19 DAP (Dominan) + 9 PKR & 1 PAS
5. Perak = 18 DAP (Dominan) + 7 PKR + 6 PAS (PAS jadi MB atas restu Sultan)
6. Wilayah Persekutuan (Parlimen) = 5 DAP (Dominan) + 4 PKR & 1 PAS
Rekod BN MAC2008:
1. Kedah = 14 BN / 36 Kerusi
2. Kelantan = 6 BN / 45 Kerusi
2. Kelantan = 6 BN / 45 Kerusi
3. Selangor = 20 BN / 56 Kerusi
4. Pulau Pinang = 11 BN / 40 Kerusi
5. Perak = 28 BN / 59 Kerusi
6. Wilayah Persekutuan = 3 BN / 13 Kerusi Parlimen
4. Pulau Pinang = 11 BN / 40 Kerusi
5. Perak = 28 BN / 59 Kerusi
6. Wilayah Persekutuan = 3 BN / 13 Kerusi Parlimen
Aku menulis ini setelah aku menunggu 9 bulan genap (pengiraan selepas 08 Disember 2008) ... dan dari kaca mata aku menilai dan melihat hubungan "perkongsian hidup" di antara PAS dengan dua parti lain dalam pakatannya. Nampaknya jalinan yang dijalinkan adalah jalinan yang tidak ada kekuatan dari segi keserasian dan kerjasama antara mereka. Mungkin ada sedikit persamaan di antara PKR dengan DAP, tetapi PAS dan DAP amat jauh jurangnya - begitu juga PAS dengan PKR : begitu pelik hubungan ini ....
Apapun, kita baca sedikit mengenai parti lawan kepada Pakatan Rakyat iaitu BN, sejarahnya ...
Sedikit mengenai Parti Perikatan
Parti Perikatan yang didaftarkan pada 30 Oktober 1957, merangkumi 3 komponen utama UMNO, MCA dan MIC adalah berteraskan ideologi mantap dalam membawa halatuju bangsa masing-masing yang diwakili oleh parti tersebut dengan satu prinsip yang sama yakni bersatu padu dan saling hormat menghormati antara kaum.
Setelah bangsa Melayu menyedari kesusahan yang harus dilalui untuk mendapatkan kebebasan, pemimpin Melayu kemudian membawa masuk masyarakat bukan Melayu untuk berjuang bersama-sama (bergandingan bahu) . Ini adalah bertujuan agar semua kaum dapat mengetahui kepentingan kebebasan dan kesusahan yang perlu dilalui untuk mendapatkannya. Dengan kebijaksanaan dan matlamat yang menekankan objektif jarak jauh, arena politik tempatan harus ditubuhkan dengan segera.
Kaum Melayu menyedari bahawa mereka memerlukan sebuah parti politik sebagai jentera untuk mengatasi sengsara mereka dan dengan ini tertubuhlah UMNO pada 11 Mei 1946. Kaum lain juga berpendapat sedemikian. Hasilnya, sebuah parti perikatan gabungan UMNO dan Persatuan Cina Malaysia (MCA) yang diterajui oleh Tunku and Tun Tan Cheng Lock ditubuhkan. Pertubuhan ini memulakan ujian pertama pada tahun 1952 ketika Pilihanraya Majlis Bandaraya Kuala Lumpur di mana Parti Perikatan ini mencapai kemenangan yang menyakinkan.
Konsep penggabungan ini menghasilkan kejayaan yang menakjubkan dan ini menarik Kongres India Se-Malaysia (MIC) untuk memasuki perikatan ini. Perikatan ini kemudiannya bertanding dalam Pilihanraya Pertama pada 27 Julai 1955 dan memenangi 51 kerusi daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. Perikatan tersebut diberikan keutamaan untuk menubuhkan kerajaan pertama di bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman sebagai Perdana Menteri pertama. Beliau kemudian menubuhkan Kabinet Menteri yang dilantik daripada pelbagai kaum di Malaysia.
Parti Perikatan ini merupakan percubaan yang berani yang diilhami oleh Tunku, Tun Tan Cheng Lock and Tun Sambanthan.
Setelah bangsa Melayu menyedari kesusahan yang harus dilalui untuk mendapatkan kebebasan, pemimpin Melayu kemudian membawa masuk masyarakat bukan Melayu untuk berjuang bersama-sama (bergandingan bahu) . Ini adalah bertujuan agar semua kaum dapat mengetahui kepentingan kebebasan dan kesusahan yang perlu dilalui untuk mendapatkannya. Dengan kebijaksanaan dan matlamat yang menekankan objektif jarak jauh, arena politik tempatan harus ditubuhkan dengan segera.
Kaum Melayu menyedari bahawa mereka memerlukan sebuah parti politik sebagai jentera untuk mengatasi sengsara mereka dan dengan ini tertubuhlah UMNO pada 11 Mei 1946. Kaum lain juga berpendapat sedemikian. Hasilnya, sebuah parti perikatan gabungan UMNO dan Persatuan Cina Malaysia (MCA) yang diterajui oleh Tunku and Tun Tan Cheng Lock ditubuhkan. Pertubuhan ini memulakan ujian pertama pada tahun 1952 ketika Pilihanraya Majlis Bandaraya Kuala Lumpur di mana Parti Perikatan ini mencapai kemenangan yang menyakinkan.
Konsep penggabungan ini menghasilkan kejayaan yang menakjubkan dan ini menarik Kongres India Se-Malaysia (MIC) untuk memasuki perikatan ini. Perikatan ini kemudiannya bertanding dalam Pilihanraya Pertama pada 27 Julai 1955 dan memenangi 51 kerusi daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. Perikatan tersebut diberikan keutamaan untuk menubuhkan kerajaan pertama di bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman sebagai Perdana Menteri pertama. Beliau kemudian menubuhkan Kabinet Menteri yang dilantik daripada pelbagai kaum di Malaysia.
Parti Perikatan ini merupakan percubaan yang berani yang diilhami oleh Tunku, Tun Tan Cheng Lock and Tun Sambanthan.
Kerjasama pelbagai kaum di bawah perikatan ini amat berkesan dan diterima oleh semua orang sehingga gabungan parti ini merupakan satu kekuatan baru bagi permerintahan demokrasi. Penggabungan kaum, pembahagian kuasa dan penyatuan antara kaum di Tanah Melayu mendapat sokongan daripada semua orang. Semua pemimpin daripada pelbagai kaum mempunyai matlamat bahawa Kemerdekaan Tanah Melayu tidak dapat diperolehi tanpa penyatuan kaum bagi tujuan keharmonian dan keamanan.
Rumus Parti Perikatan diperbesarkan di bawah kerjasama orang Melayu dan orang bukan Melayu di seluruh negara. Konsep ini disebarkan di peringkat wilayah dan negeri. Gabungan pelbagai parti menubuhkan Barisan Nasional (BN) yang didaftarkan pada 1 Julai 1974.
Sedikit mengenai Pakatan Rakyat
Berbeza dengan Pakatan Rakyat yang diwujudkan untuk kononnya bersatu, tetapi hanya bersatu untuk menentang kerajaan Barisan Nasional ... Dulunya Pakatan ini agak popular dikenali sebagai BARISAN ALTERNATIF (2000 - 2005 hubungan yang tak kesampaian) -. Tetapi pada PRU ke-12 tahun 2008, kelihatan "sedikit kejayaan" Pakatan Rakyat menumbangkan kerajaan Barisan Nasional di beberapa negeri, mereka sudah mula berantakan dalam arah tuju kepimpinan dalam pakatan tersebut.
Sedikit mengenai PAS
Aku ingin khususkan kepada ideologi PAS sejak penubuhan parti ini. PAS atau nama penuhnya PARTI ISLAM SEMALAYSIA ditubuhkan untuk menegakkan Negara Islam. Perjuangan dan dasar Islam menjadi tunjang dan prinsip parti tanpa kompromi (pada awal penubuhannya).
PAS tertubuh sesudah Hizbul Muslimin diharamkan oleh penjajah pada tahun 1948. PAS didaftarkan di Pulau Pinang pada 1955.
Semenjak pilihanraya yang pertama sehingga terkini 2008, PAS sepatutnya mengamalkan prinsip yang sama, kerana mereka bergerak di atas nama ISLAM.
Pastinya, Islam bukanlah alat yang boleh ditukar ganti dan berubah-ubah prinsipnya. Islam bukanlah seperti kata pepatah "Sekali Ayer Bah, Sekali Pantai Berubah" ... Islam adalah Islam dan ianya sama sejak dahulu hingga kini dan selama-lamanya.
Tetapi, apa yang aku nampak adalah Perjuangan PAS sudah mula berubah arah dan haluan landasannya berbanding semasa awal ditubuhkan dahulu. Mungkin kini PAS sudah ada dua puak yang mengurus tadbir parti aitu terdiri dari PUAK ULAMAK dan PUAK PROFESIONAL. Lebih popular akhir-akhir ini dengan label "Puak Erdogan PAS" ...
Ini puncanya. PAS sudah mula ingin menjadi sebuah parti "Survival dengan identiti Islam yang diperbaharui". Semenjak Anwar Ibrahim mengajak PAS bekerjasama dengan parti "samarata kaum & agama"nya yakni Parti KeADILan Rakyat, PAS sudah bingung untuk berpegang dengan tali prinsip perjuangan pelopor awalnya Dr.Burhanuddin - Haji Ahmad Fuad Hassan dan kepimpinan Ulamak lain (yang turut bertanggungjawab menubuhkan PAS).
Sementelah TG Nik Aziz pula kini terang-terangan terlalu kasihkan Anwar. Maka dengan itu, PAS lebih bertambah kecamuk dengan ideologi sendiri. Perjuangan dan dasar sudah terpelanting entah kemana. Islam PAS mula bersifat terbuka, yang penting bagi mereka hanyalah kemenangan di pilihanraya.
Adakah PAS dijadikan ALAT kepada PKR/DAP atau PAS mengALATkan PKR/DAP ??? Ini yang menjadi persoalan ...
Di sini timbullah persoalan bagi aku dan semua Rakyat yang melihat, apa motif sebenarnya PAS dalam Pakatan Rakyat? ...
Apa yang PAS boleh buat dengan memerintah "BERSAMA" parti PKR dan DAP ? ...
Adakah prinsip asal tubuh PAS terlaksana dengan wujudkan PAKATAN RAKYAT? ...
Nampaknya, SEMUA YANG DIIDAM-IDAMKAN OLEH PELOPOR PAS DAHULU : GAGAL!
Lihat sahaja di Perak, PAS dijadikan ALAT oleh DAP setelah perkenan Sultan Perak hanyalah Melayu boleh menjadi Menteri Besar ... barisan Exco Perak dibarisi oleh hampir 95% DAP. Siapa yang lebih berkuasa? MB atau Barisan Exco? ... Pastinya PAS hanya dapat menjadi "tukang sampai" untuk kehendak parti DAP.
Lihat pula di Selangor, apa yang PAS dapat? Hanyalah sekadar boleh bersuara menyatakan keinginan, tetapi satu haprak apapun keinginan PAS tidak di hiraukan PKR & DAP! ....
PAS di Pulau Pinang? ... Lagi teruk! Langsung tak diberi ruang. Seolah-olah, kalau PAS mintak sesuatu, DAP terus nak bagi pelempang aja ... PAS kena diam di Pulau Pinang. Sebab PAS tak ada tempat dihati kepimpinan DAP Pulau Pinang! Kasihan PAS .... Kasihan Parti Islam di Pulau Pinang ...
Inikah nilai KERJASAMA PAS DENGAN 2 PARTI PKR & DAP YANG TERKUTUK ITU?? ... Nilaikan sendiri. Mana MARUAH pelopor dan hasrat penubuhan PAS? ... mereka semua pasti sedih dan pedih melihatkan apa yang terjadi kepada Parti PAS yang mereka tubuhkan = menjadi tunggangan 2 parti yang "mengaku berpakat" ... Sedangkan PAS tertindas.
Di Kedah dan Kelantan, PAS berkuasa penuh, selayaknya PAS dapat memerintah dengan sesempurna mungkin, sayangnya, tidak juga dimanafaatkan kelebihan ini. Rasa kebertanggungjawaban PAS terhadap parti lain dalam pakatannya menyebabkan PAS tunduk hormat dengan kehendak mereka. Malu alah PAS terhadap parti lain dalam pakatannya melebihi dari segalanya.
Jadi, aku menyeru di sini, demi MARUAH PAS, eloklah ditinggalkan Pakatan ini yang jelas membuktikan bahawa PAS langsung tidak dihormati secara selayaknya ... Padahal ahli-ahli PAS lah yang banyak bertugas dan membuat kerja untuk menjamin kemenangan di PRU12 hari tu ... Mana taknya, semua ceramah politik sepanjang tahun kebanyakannya adalah anjuran PAS, yang memenuhi tapak-tapak ceramah juga adalah lebai-lebai PAS, yang memangkah DAP pada kertas undi hari tu pun lebai-lebai dan mak-mak aji PAS ... bila dah menang, PAS DIPINGGIRKAN! .... PAS : Tinggalkanlah Keadilan & DAP ... Bergeraklah sendiri demi MARUAH! ...
AloQStaQ
17 December 2008
9:30 Pagi
3 komen:
ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..
HE!HE!HE!
Bro Aloq Staq..
Satu saja aku KAGUM dengan Lebai PAS nih..
Sejak penubuhan pada 1951, parti nih tak pernah pun HANCUR atau hilang macam S46, HAMIM, BERJASA dll.. Ini sebenarnya menujukkan dalam PAS pun ada 'kekuatan' Melayu..
Namun, aku nampak PAS akan hancur apabila diorang bekerjasama dengan PKR dan DAP.. Pasal DSAI dah set-up kan kumpulan ERDOGAN yang bakal jadi dominan dalam PAS.. Dalam UMNO dulu dia adakan Team Wawasan.. Tu pasallah UMNO akhirnya jadik macam sekarang..
Wallahualam..
Sebut politik,saya teringat sesuatu yang di luar dari politik(mungkin!), tapi secara langsungnya banyak mempengaruhi ahli politik seluruh dunia.
Karl Max, duduk berbulan-bulan di dalam London National Library sebelum menulis buku(kitab)komunis, Das Kapital dan membuat rumusan yang mudah, katanya "agama adalah candu".
Kita pula, "mencandukan"agama untuk alasan politik.....
Assalamualaikum..
Sahabat. PAS telah lari dgn perjuangan asal. Telah merasai nikmat kuasa.. jadi perjuangan asal boleh ditukar ganti..
tunggulah fatwa baru keluar dr ulama'pas..
http://other-perspektif.blogspot.com/
Post a Comment