KOMEN AKU di Blog TUN Dr.M : 19 Dis 2008 : Topik IJN PRIVATISATION (Published by Tun : 3:57 PM)
Assalamualaikum Tun Ayahanda kami tersayang ...
Semoga Tun berdua kini sihat walafiat dan dipermudahkan Allah dalam segala urusan.
Saya juga rasa kurang jelas kenapa IJN di"kongsi" dengan Sime Darby tu, adakah ianya untuk menambahbaik sesuatu yang memang sedia baik atau menambah buruk?
Walhal IJN rasanya lebih baik dan bagus jika beroperasi seperti dulu. Tanpa sebarang perkongsian (yang pastinya sedikit sebanyak "keuntungan" MUNGKIN lebih dipentingkan, berbanding "amal jariah", sebab perkongsian "pintar" ini dengan sebuah gergasi perniagaan!)
IJN adalah satu simbol kekuatan dan "aset modal" politik BN untuk digambarkan kepada rakyat bahawa salah satu amal jariah yang jelas kepada rakyat adalah melalui perawatan di IJN. Tanpa IJN, tanpa Kerajaan BN yang bertanggungjawab menubuhkan IJN, tanpa idea hebat Kerajaan BN mewujudkan IJN, demi keselesaan rakyat, sudah pasti rakyat tidak dapat menerima faedah baik selama ini. Inilah yang patut dikekalkan diminda rakyat.
Dikatakan selepas "perkongsian" IJN ini, ianya akan tetap beroperasi seperti sedia kala seperti dulu. Rakyat hanya mampu mengharap ianya benar. Nak yakin? Tak berani.
Semoga segalanya terbaik untuk rakyat Malaysia. Jangan sampai IJN jadi satu lagi "modal" pembangkang melunyaikan BN pada pilihanraya yang akan-akan-akan datang ....
Salam sayang untuk Tun berdua!
Tun berdua jaga kesihatan elok-elok ... OK!
AloQStaQ

19-Dec-2008
4:50Ptg
1 komen:
entah la
dah benci politik
rakyat terabai
Post a Comment