Wednesday, December 24, 2008

INILAH NILAI UNDI SEORANG PERWAKILAN UMNO ....

Semua maklum pada MAC 2009 (lebih kurang 2 bulan 15 hari lebih sikit dari tarikh hari ini) akan berlangsung Persidangan Agong UMNO (PAU) dan serentak dengan itu berlaku Pemilihan UMNO peringkat Nasional dari sebesar-besar Jawatan Presiden UMNO (yang Menang Tanpa Bertanding) sehingga jawatan Exco peringkat sayap Wanita-Pemuda-Puteri ...

Setelah tamat tempoh bersidang peringkat Bahagian bulan lepas (cuma tinggal dua lagi Bhg. yang belum selesai - kerana ada masalah teknikal), maka pintu pencalonan telah ditutup dan bermulalah musim "berkempen" bagi yang dicalonkan serta layak bertanding di PAU Mac 2009 nanti.

Sewaktu "berkempen" untuk mendapatkan pencalonan sebelum ini, sudah banyak kedengaran pelbagai dakwaan akar umbi disogok , di"tabur wang", diberi material seumpama kain pelikat/ kain batek/ telekong/ sejadah/ buah kurma/ beras pulut / baju perwakilan/ dll serta dan dijamu makan kenyang-kenyang oleh pemimpin-pemimpin yang berkeinginan dirinya dicalonkan.

Ada yang setiap malam buat "open table" di sana sini restoran, bistro, medan ikan bakaq, dan ada yang sanggup tempah meja di hotel! Semata-mata ingin menarik simpati para perwakilan "floor" di bahagian untuk mengangkat tangan atau memangkah kertas undi memberi pencalonan yang cukup kepada pemimpin tersebut! ... Harga undi untuk pencalonan tersebut adalah SEPINGGAN NASI atau SEHELAI KAIN atau SEKOTAK KURMA atau SEKILO BERAS PULUT sahaja!! Betapa hinanya!

Selepas selesai bersidang peringkat bahagian, semua "aktiviti malam" seperti majlis open table , ikan bakaq dan sebagainya tu pun berakhir! .... Undi yang diterima, disimpan penuh gembira oleh pemimpin yang telah banyak "keluaq duit" sepanjang tempoh bersidang ...

Manakala, ahli-ahli yang sebelum itu diberi "layanan" kini kembali ke rutin asal, iaitu pandai-pandai sendiri la hang nak hidup, aku (pemimpin penyogok) dah pon dapat undi hangpa (perwakilan), aku peduli apa, hangpa nak hidup ka nak mati! lantak la! ... "open table" kemana, "taburan wang" pun dah tak ada lagi, kain pelikat/ kain batek/ telekong/ buah kurma / beras pulut /dll pun dah tak wujud dah! ... inilah nilai undi perwakilan tersebut .... MURAH SANGAT!

Pada peringkat ini, yang wujud pula adalah SOGOKAN dari pemimpin atasan (tertentu) KHUSUS HANYA KEPADA PERWAKILAN YANG AKAN KE PAU SAHAJA! ... sekarang giliran geng-geng G (G7 + 2, G2 +2 ) pulak di"kenyangkan"!!! ....

Wal Hasil Balik Hasal ... Kalau geng-geng G ni pon tak sedaq apa yang pernah berlaku (NILAI YANG SEBEGITU MURAH) kepada para perwakilan "floor" semasa persidangan peringkat Cawangan dan Bahagian bulan-bulan lepas, maka kejadian sama akan berulang, tapi kali ni MUNGKIN nilainya agak BESAR sedikit berbanding akar umbi sebelum ini yang hanya dapat kain pelikat / kain batek / dll ... MUNGKIN untuk level G ni, LEBIH MEWAH SEDIKIT dari level "floor" ... MUNGKIN ada yang diberi projek / duit yang nilainya 4 angka ke atas / bantuan dari segi kebendaan yang "lebih mulia dari kain pelikat" (spt : Kereta / Rumah / etc,etc) dan lain-lain kenikmatan SEMENTARA ! ....

WAHAI GENG "G", ADAKAH INI NILAI UNDI ANDA SEMASA DI PAU2009 NANTI? Adakah ini nilainya PARTI UMNO kepada anda ? ... Sayang sekali, jika kerana sedikit kemewahan tersebut yang anda akan rasa sementara waktu, tetapi undi anda digadaikan untuk menjahannamkan parti UMNO, ini adalah amat menyedihkan ! Anda patut dihapuskan ! ... Biaq UMNO kalah dan hancur berlawan dengan PEMBANGKANG tanpa kewujudan anda dalam parti - daripada UMNO menang dengan PEMBANGKANG dengan bantuan penerima rasuah / perasuah seperti anda !!! ....

Tun Dr. M telah banyak kali berpesan, JANGAN RASUAH, JANGAN MERASUAH, JANGAN MENERIMA RASUAH! INI AKAN MENJAHANAMKAN UMNO! ... Anda yang terlibat dengan POLITIK WANG / RASUAH ini sebenarnya pengkhianat terbesar dalam parti! ... HENTIKAN DEMI MASA DEPAN UMNO, DEMI MASA DEPAN GENERASI AKAN DATANG ! ....

Kepada semua perwakilan G yang akan terlibat untuk memangkah undi di PAU 2009 PWTC nanti, tak kiralah di mana peringkat sekalipun, Peringkat Tertinggi kah, Pemuda kah, Wanita kah, Puteri kah ... JAUHILAH PENYONGOK DAN JAUHILAH RASUAH. HAPUSKAN PENYONGOK DAN HAPUSKAN RASUAH .... 4 tahun kebelakangan ini, UMNO amat goyah dan lemah, jangan kita terus menggoyahkan dan melemahkan Parti UMNO dengan perbuatan RASUAH. Sayangi parti ini, sayangi Alif (AGAMA), Baa (Bangsa) dan Taa (Tanahair).

Tolonglah, jangan nilaikan harga diri anda dan undi anda dengan satu nilai yang boleh beli !

Nilaikan UNDI ANDA UMPAMA NYAWA ANAK atau NYAWA IBU ANDA !! ...

... ADAKAH IANYA BOLEH DIBELI ???? ADAKAH ANDA SANGGUP MENJUAL ??? .....

Hidup UMNO!

AloQStaQ
24 Disember 2008
10:00 PAGI ...

7 komen:

hans December 26, 2008 at 7:10 PM  

itulah
benda macam ni dah biasa
so dah jadi macam takder apa2....

UMNO PARTI PENJARA December 27, 2008 at 2:05 PM  

Jangan menafikan kebenaran :-)





(( Renungkan )) Ke Mana Kita Mahu Pergi?
http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com
Forum Generasi Muda
http://Forum1Malaysia.blogspot.com
Pakatan Antara Parti Lawan Tidak Kekal
http://pro-faizal.blogspot.com

Anak Pantai Merdeka December 30, 2008 at 12:51 PM  

Salam AloqStaQ,

Nak buat cam na dah jadi macam satu budaya. Huloq salah...tak huloq kalah. Habis puak-puak "G" pun nak idup jugak, dah abis berpuluh ribu kan tak nak karau balik modai balik kut. Cakap apapun tapi inilah realiti UMNO hari ini...tahun nie paling teruk dalam sejarah.

Lepas nie ...entahlah...mungkin UMNO pun akan karam kalau tak berubah.

anaklangkawi January 1, 2009 at 12:44 PM  

X semua org UMNO mcm tu.. tapi x dinafikan mmg ada budaya huloq menghuluq.. yg penting niat..

kalau dah sbb utk kempen.. jatuh salah..

marilah kita sama2 ttg budaya x sihat ni..

http://other-perspektif.blogspot.com/

Idramlas-FX January 23, 2009 at 8:56 PM  

Tu lah yang heran tu...benda cam ni dah jadi berkurun lamanya....tu pun kita sokong UMNO...sebab apa aaa...?

Anonymous January 28, 2009 at 2:54 AM  

PI MAMPUIH LLAAAAA UMMMM (SEDAP ) KEMUDIAN BUAT DO NOOOOOO (bUAT BODOH LAK) ITULAH UMNO....umno di ambang jahanam...PI MAMPUIH PI...

Anonymous January 28, 2009 at 2:55 AM  

PI MAMPUIH LLAAAAA UMMMM (SEDAP ) KEMUDIAN BUAT DO NOOOOOO (bUAT BODOH LAK) ITULAH UMNO....umno di ambang jahanam...PI MAMPUIH PI...

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP