Wednesday, December 3, 2008

MUKHRIZ : Penjelasan Mengenai Sekolah Satu Aliran (Hansard Parlimen pada 1 Disember 2008)

Hansard Parlimen pada 1 Disember 2008 :


Dato’ Mukhriz bin Tun Mahathir [Jerlun]: Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberi peluang untuk membahas, saya bangkitkan Butiran 080000, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, negara Malaysia kita ini adalah sebuah negara yang aman, dan ianya mempunyai satu rekod yang cukup cemerlang dalam soal ini sehinggakan kita dikenali sebagai, dengan izin, ‘beacon of hope’ di dalam dunia yang sentiasa bergolak ini, Tuan Pengerusi tidak banyak contoh-contoh yang baik yang boleh diteladani kalau kita lihat di sekitar dunia ini.
Malaysia sentiasa dilihat sebagai negara yang majmuk yang berbilang kaum yang telah dapat mewujudkan satu kestabilan politik di atas mana ekonomi kita dapat tumbuh dengan pesat dan ini adalah kejayaan rakyatnya yang dipimpin oleh pemimpin –pemimpin yang berwibawa, yang mempunyai wawasan, yang memahami jiwa, aspirasi dan cita-cita rakyat, secara keseluruhannya.

Bukan hanya satu-satu kaum sahaja, tetapi semua kaum, dan inilah yang dikagumi oleh warga dunia kerana kita lihat di banyak negara-negara yang lain, apabila ada golongan majoriti yang kedudukan ekonominya terjejas berbandingkan dengan kaum-kaum yang lain, maka wujudlah satu suasana yang tidak membenarkan ekonomi negara tersebut tumbuh dengan pada tahap yang dikehendaki, tetapi di Malaysia, Tuan Pengerusi, kita mewujudkan ruang yang seluas-luasnya, peluang sentiasa ada untuk setiap warga kita mencari nafkah dengan cara yang halal dan sudah tentu yang membantu negara kita membangun dengan begitu pesat sehingga menjadi Harimau Asia pada satu ketika yang dahulu.

Kita kebelakangan ini dengar mengenai pelbagai isu-isu yang berkait dengan perkauman, walaupun ini timbul tetapi pada hemat saya Tuan Pengerusi, negara kita ini masih hebat walaupun pada satu ketika dahulu ada negara-negara barat yang mengatakan bahawa negara Malaysia ini tidak akan berjaya untuk dipimpin oleh orang kita sendiri iaitu rakyat Malaysia kerana kepelbagaian, kerana dengan izin, multi ethnicity kita, kerana agama yang begitu banyak yang dianuti oleh rakyatnya dan macam-macam lagi alasan yang digunakan bahawasanya negara kita ini hanya menanti-nanti saat dan ketika untuk meletup.

Akan tetapi kita telah berjaya mentadbir negara kita ini dengan sokongan rakyat yang majoriti dengan begitu baik sehinggakan kita dapat elak sebarang masalah dan hingga kita ini menjadi negara yang dianggap kalau tidak silap saya ke-18 paling global di dunia ini. Kita sebuah negara yang boleh berdagang dengan semua negara-negara lain dan itu yang meletakkan kita lebih tinggi daripada negara-negara lain yang mencapai kemerdekaan pada tahun yang sama iaitu pada tahun 1957. Apabila dipersoalkan dan dipertikaikan, isu-isu yang dianggap sensitif oleh kaum-kaum di dalam Malaysia ini khususnya kaum Melayu, saya lihat ini sebagai satu perkara yang tidak bijak kerana ia secara langsung akan meleraikan dengan izin social fabric yang sedia wujud di dalam negara kita ini. Saya lihat setakat ini daya yang menyatupadukan kita di dalam negara kita ini masih kuat berbanding dengan daya-daya yang cuba memecahbelahkan kita. Oleh itu apabila dibangkitkan Ketuanan Melayu dan sekali gus juga menyentuh mengenai perpaduan.

Saya rasa ini satu perkara yang ganjil dan oleh itu sebentar tadi saya telah mengeluarkan kenyataan bahawa untuk menyatupadukan rakyat yang berbilang kaum ini, perlulah bermula di peringkat sekolah lagi. Makanya saya mencadangkan supaya kerajaan mempertimbangkan seperti yang dilaksanakan di kebanyakan negara-negara di dunia ini. Pada hemat saya lebih kurang 99% agaknya negara di dunia ini di mana mereka menggunakan cuma satu sistem sahaja di dalam sistem pendidikan mereka dan tidak banyak sistem kerana apabila terlampau banyak sistem yang berbeza-beza ini, sudah tentu akan melahirkan perbezaan antara kaum dan ini yang kita cuba elak-elakkan.

Malah pihak pembangkang mahupun di pihak Barisan Nasional sekalipun selalu menyentuh mengenai peri pentingnya kita bersatu padu, peri pentingnya kita ada sifat perpaduan yang kuat supaya dapat kita bersaing dengan bangsa-bangsa yang lain di seluruh dunia ini sehinggakan duduk dan berdirinya kita ini sama rendah dan sama tinggi dengan kaum-kaum di seluruh dunia. Satu cadangan yang telah saya buat ialah supaya sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil....

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Penjelasan. Saya tahu apa Yang Berhormat Jerlun akan kata bahawa oleh kerana dia ada ulangi di luar dan saya mahu mengingati Yang Berhormat Jerlun ialah dalam perkara ini apa yang dia berkata dalam Dewan ini dia tidak ada apa-apa kekebalan, tidak ada apa-apa unity oleh kerana beliau akan terus mencadangkan penutupan sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil. Ini sudah melanggar sensitive issue yang termaktub dalam Perlembagaan empat perkara yang tidak boleh disoalkan, tidak boleh diragui dan kalau dibuat dalam Parlimen pun, seorang Ahli Parlimen yang bersabit hasutan dan akan hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen dan lima tahun tidak boleh menyertai ambil bahagian dalam apa-apa election. Dalam perkara ini tidak kira apa sebabnya baik tidak baik, tetapi inilah undang-undang dan untuk mengingatkan Yang Berhormat Jerlun dalam perkara ini supaya berhati-hatilah, hati baik saya.

Dato' Mukhriz bin Tun Mahathir [Jerlun]: Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Timur di atas peringatan tersebut. saya menghormati beliau sebagai orang lama dalam Dewan yang mulia ini dan saya ini belum sampai setahun jagung lagi menjadi wakil rakyat tetapi pada waktu yang sama ingin saya perjelaskan kerana diberi peluang untuk menyatakan bahawa saya tidak pernah menyatakan bahawa atau mencadangkan supaya sekolah-sekolah jenis kebangsaan ini ditutup.
Saya sebenarnya dimaklumkan oleh pembantu saya sebentar tadi mengenai kenyataan Yang Berhormat Ipoh Timur yang sebenarnya mengejutkan saya kerana seingat saya dan apabila saya lihat dalam laman web, laman-laman berita, jelas terbukti bahawa saya tidak pernah pun mengeluarkan sebarang ungkapan mencadangkan supaya sekolah-sekolah jenis kebangsaan ini ditutup. Jadi oleh itu saya minta supaya orang lama kita Yang Berhormat Ipoh Timur tidak memutarbelitkan apa yang telah saya katakan sebelum ini dan saya benar-benarfaham apa yang dianggap sebagai hasutan dan apa yang tidak menghasut.

Pada waktu yang sama saya ingin mengambil peluang ini untuk menjelaskan bahawa apa yang telah saya cadangkan ialah biarlah kita menggunakan cuma satu sistem seperti mana yang digunakan oleh kebanyakan negara malah 99% daripada negara-negara di seluruh dunia...

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Penjelasan. Saya tidak mahu memutar belitkan seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Jerlun. Akan tetapi inilah sebagai contohnya Star Online, “Mukhriz - scraps vernacular schools”. Hapuskan sekolah-sekolah Tionghoa sekolahsekolah vernacular dan ini pun dalam online web yang...

Dato' Ismail Kasim [Arau]: Tuan Pengerusi, kenyataan akhbar tidak boleh dijadikan rujukan.

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Bukan, dia ada kata check website. Yang Berhormat kata tidak pernah, tetapi website ada. Sebab itu bukan saya memutarbelitkan tetapi saya buat dengan hati baik saya bukan untuk mahu Yang Berhormat jatuh terperangkap, tetapi supaya tahu apa yang berlaku.

Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Jerlun sedang memperjelaskan kenyataan yang keluar di akhbar Yang Berhormat. Kita dengar dan perhatikan penjelasan beliau.

Dato' Mukhriz bin Tun Mahathir [Jerlun]: Terima kasih Tuan Pengerusi. saya bimbang sekiranya Yang Berhormat Ipoh Timur sentiasa dengan izin, jump into conclusion tanpa usul periksa mengenai kenyataan-kenyataan yang dibuat orang-orang seperti kita ini di Parlimen mahupun di luar Parlimen, lebih-lebih lagi menyentuh isu-isu yang begitu sensitif. Kalau dibaca teks kenyataan walaupun yang dilaporkan oleh Star Online itu kita akan dapati bahawa apa kandungan laporan tersebut berbeza dengan tajuk yang diletakkan di paling atas. Ini malangnya seperti yang telah disentuh oleh Yang Berhormat Pasir Salak tadi. Antara perkara-perkara ataupun taktiklah mungkin yang dilakukan oleh pihak media yang kadang-kadang itumengelirukan kita.

Saya tidak tahu, saya tidak boleh kata dengan jelas bahawa ada sebarang niat yang kurang baik oleh pihak media tetapi seperti yang telah terbukti dengan kenyataan Yang Berhormat Ipoh Timur, rupa-rupanya ada salah tafsiran yang dibuat oleh pelbagai pihak termasuk Yang Berhormat Ipoh Timur. Jadi itu sebabnya saya fikir terpanggil untuk saya untuk menjelaskan apa yang sebenarnya supaya tidak ada salah faham. Sebab yang kita lakukan di sini Yang Berhormat dan juga Tuan Pengerusi di Dewan yang mulia ini semata-mata untuk kebaikan negara dan tidak sekali-kali untuk memecahbelahkan di antara kaum di negara yangberbilang kaum.

Dr. M. Jeyakumar Devaraj [Sungai Siput]: Penjelasan. Saya hendak tanya antara sistem schooling yang berbeza dan juga kaedah kita di mana kita mendefinisikan semua orang sebagai kaum ini, kaum itu. Antara dua ini yang mana wujudkan perasaan perkauman, yang mana menghakiskan perasaan perpaduan. Saya boleh terima pada satu masa mungkin perlu untuk membangunkan satu masyarakat yang ketinggalan mungkin perlu tetapi pada...
Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Ya, gulung Yang Berhormat, singkatkan Yang Berhormat.

Dr. M. Jeyakumar Devaraj [Sungai Siput]: Ya, tetapi pada tanggapan bolehkah kita buat perpaduan negara ini tanpa kurangkan definisi seseorang sebagai Melayu, Cina, India, Kadazan. Itu soalannya.

Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Ringkaskan respons Yang Berhormat.

Dato' Mukhriz bin Tun Mahathir [Jerlun]: Saya akan respons dengan cepat sebab ini bukannya amalan cuma di Malaysia sahaja, di seluruh dunia pun ada amalan di mana orangorang tertentu, kaum-kaum tertentu diberi nama Hispanic, Caucasian dan sebagainya. Jadi kalau itu pun diamalkan di Malaysia saya ingat itu bukan ganjil dan ia tidak secara langsung mengakibatkan satu perbezaan yang begitu ketara di antara kaum di Malaysia kita ini tetapi apa yang saya hendak teruskan ialah sebagai...

Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat, habiskan Yang Berhormat.

Dato' Mukhriz bin Tun Mahathir [Jerlun]: Ya, insya-Allah. Bahawa kalau kita boleh wujudkan satu sistem persekolahan menggunakan Bahasa Melayu sebagai perantaraannya saya cadangkan supaya Bahasa Mandarin dan Bahasa Tamil yang kita anggap sebagi bahasa-bahasa yang penting diwajibkan kepada masyarakat Cina dan India di dalam negara kita ini dan sebagai mata pelajaran optional pada kaum-kaum lain termasuk kaum Melayu dan itu sebabnya saya rasa tidak seditious ataupun berunsur hasutan apa yang telah saya nyatakan di luar Parlimen dan itu sebabnya saya sanggup untuk mengulangi apa yang telah saya nyatakan tadi di dalam Dewan yang mulia ini, itu sahaja terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Ahli-ahli Yang Berhormat, saya rasa cukuplah perbahasan untuk kementerian ini sudah 15 orang berbahas dan saya akan menjemput Yang Berhormat Menteri untuk menjawab selepas sesi soal jawab esok.

--------------------------
AloQStaQ : Mukhriz telah memberikan satu cadangan yang baik demi untuk menjadikan perpaduan kaum di Malaysia kembali pulih dan utuh seperti sebelum ini.

Segelintir Cina, India dan lain-lain kaum yang "memusuhi" Melayu (sejak akhir-akhir ini) perlu faham dan bertindak positif untuk menerima pakai idea Mukhriz ini yang pasti dapat mengurangkan jurang polarisasi kaum sejak bangku persekolahan lagi.

Bukanlah niat Mukhriz untuk menidakkan sistem persekolahan mengikut jenis seperti sekarang, tetapi beliau memberikan pandangan supaya penambahbaikan ini akan dapat menjadikan kedamaian perpaduan kaum di Malaysia dapat dikuatkan dan dipertahankan sehingga bila-bila.

Sebagai sebuah negara majmuk berbilang etnik, alangkah baiknya jika anak-anak kita berada disatu rumpun yang sama dan belajar mengenali sosio budaya berbagai kaum serta dapat bergaul baik sejak sekolah rendah sehingga sekolah menengah.

Pastinya cadangan Mukhriz ini akan dimusuhi oleh parti-parti lawan dan NGO yang bergerak untuk mempertahankan bangsa Cina & India (terutamanya DAP & Hindraf) , kerana mereka bimbang kesan perpaduan yang dapat dieratkan melalui idea Mukhriz ini, akan menjadikan bangsa Melayu selesa meneruskan agenda "ketuanan" di negara ini. Sedangkan mereka tidak sedar bahawa jika jurang polarisasi kaum yang semakin besar retaknya ini akan mengakibatkan pergeseran antara kaum lebih mudah terjadi dan inilah yang kita semua cuba elakkan.

Apa yang ditakuti sangat oleh parti Pembangkang mengenai Sistem Persekolahan Satu Aliran ini? IANYA TERBAIK, DEMI PERPADUAN KAUM.

Kalau hanya sekadar berani bersuara mengkritik mengenai status KETUANAN MELAYU, tetapi tidak berani bergerak ke arah untuk kedamaian - kemajmukan - kerukunan antara kaum (setidak-tidaknya menerima idea Mukhriz ini), tidak usahlah untuk mendabik dada mengatakan MALAYSIA AKAN LEBIH SELESA DENGAN KESAMARATAAN KAUM.

Bahkan, jika hanya sekadar sebuah parti yang disangka adil kepada rakyat (Keadilan Rakyat), tetapi tidak menjurus ke arah merapatkan jurang antara kaum secara sistem pendidikan sebegini, lupakanlah perjuangan tersebut. Anda tidak layak mendabik dada mengatakan parti anda mencari keadilan kepada rakyat Malaysia.

Idea Mukhriz sepatutnya dijadikan panduan untuk menambahbaik sistem pendidikan Malaysia agar hasilnya perpaduannya dapat dinikmati oleh generasi masa depan. BERANI BERUBAH!

-AloQStaQ-
03-DEC-2008
4.00 Pagi

9 komen:

balan December 3, 2008 at 11:51 AM  

Agree with Mukhriz.

Of course National Schools have it's weaknesses.

But for the sake of unity and Intergration, why not. Having all Malay, Chinese & Indian teachers & administrators in the same school will reduce all Islamisations of national schools and perhaps spur competition.

If Singaporeans can go to the same school, why can't we?
Do read my take on this.

http://balankumarpremakumaran.blogspot.com/

kedah youngster December 3, 2008 at 8:32 PM  

Ini baru betul suara dari Ahli Parlimen yang cekap. Bukan cakap-cakap kosong jerr...

bro.. kita tunggu apa komen dari PM tido kita dolah bodowi (itupun kalau dia tahu).

hans December 4, 2008 at 1:06 AM  

sokong2...
kalau sekolah nih jadi kenyataan memang bertuah kanak2 malaysia
dan bertuah bagi malaysia
sokong dato mukhriz

AloQStaQ December 4, 2008 at 1:25 PM  

Balan, TQ 4 comment ..
but, about "will reduce all Islamisations" ... hmmm? ...

Kedah Youngster,
Memang kita nanti-nantikan seorang pemimpin yang jiwanya tulus macam DMM ni, api, bila DMM cadangkan aja sesuatu yang boleh merapatkan jurang kaum, semua pakat melenting tak tahuan hala ... macam dunia dah nak kimat ... sedangkan ini cadangan yang baik ...

Hans ...
Hehehe ... memang bertuah kalau jadi, dan harap cadangan ni tidak membawa keburukan kepada DMM sebab nampaknya sekrang ni, orang dah mula nak "tibai" DMM sebab dikatakan mencetuskan api perkauman ... hmmm? Mana ada punnn, just DMM cadang ke arah kebaikan aja ... Bukannya DMM suruh pegi perang dengan Cina / India !!!

Tak gitu Balan ??? hehehe ....

Kita di Malaysia ni hidup kenalah harmoni! ... baru syiokkk ...

AloQStaQ

AloQStaQ December 4, 2008 at 1:27 PM  

error typong tadi ... Guna ini :

Kedah Youngster,
Memang kita nanti-nantikan seorang pemimpin yang jiwanya tulus macam DMM ni, TAPI, bila DMM cadangkan aja sesuatu yang boleh merapatkan jurang kaum, semua pakat melenting tak tahuan hala ... macam dunia dah nak kimat ... sedangkan ini cadangan yang baik ...

Kesilapan teknikal ... harap dimaafkan.

AlOQStaQ

hans December 4, 2008 at 8:47 PM  

itula...
yg pelik diorang nih bangkang...
tapi kata tak nak konsep ketuanan melayu...
pastu orang nak kasi sama rata dalam pendidikan xmahu plak...
lepas tu kecoh lah kata dianaktirikan la apa lah..
semua nih sebab politik murahan diorang
semua nak jaga periuk nasi masing2
padahal cadangan nih kan elok...

AloQStaQ December 5, 2008 at 1:43 AM  

Itu lah Hans, depa tu semua dok rasa kata depa baguih, tapi bila orang dah bagi cadangan lagi baguih, depa konar pi kata "Unsur Perkauman" pulak ...

Hmmm, cuba baca sini apa Dato'Hisham jawab : cantek jawapan dia :

http://www.mykmutara.net/x/index.php?option=com_content&view=article&id=194:hishammuddin-kenyataan-mukhriz-wujud-sekolah-satu-aliran-tiada-unsur-perkauman-&catid=34:politics

Hmmm .... BERANI BERUBAH!

Pemerhati December 5, 2008 at 6:01 PM  

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Komen Datuk Mukhriz itu sebenarnya bukan perkara baru pun dalam sistem pendidikan negara.. Kita biasa terbaca dalam Penyata Razak, Penyata Rahman Talib dan sebagainya..

Namun percayalah, selagi ada orang macam Lim Kit Siang dan Karpal Singh, pasti idea Datuk Mukhriz ni tak dapat dilaksanakan..

Selamat Hari Raya Aidiladha untuk Aloq Staq - Tak buat KORBAN ka?

Wallahualam..

AloQStaQ December 6, 2008 at 9:08 AM  

TQ sahabatku Tukang!

Semoga DMM akan terus bersuara demi kebaikan kita semua!

Selamat Hari Raya Qurban jugak untuk semua ... Alhamdulillah, seperti tahun-tahun lepas, aku masih diberi kesempatan oleh Yang Maha Esa untuk melakukan ibadah Qurban ... Aminn .

Kepada semua kawan-kawan ku yang menjejaki blog ini, jadikanlah Hari Raya Qurban sebagai hari untuk kita mengembalikan semangat Islam dan meningkatkan Iman di sisi Allah ....

Jadikan pengorbanan orang dulu untuk mencapai keamanan hari ini sebagai satu hadiah bermakna yang kita harus jaga untuk diserahkan pulak kepada generasi akan datang! ...

Salam AidilAdha ...

Wassalam.



AloQStaQ

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP