Tuesday, December 2, 2008

KOMEN AKU di Blog TUN Dr.M : 02 Dis 2008 : Topik MAC 2009 (Published by Tun : 1:06 PM)

Salam keceriaan dan kesihatan untuk Tun Ayahanda kami Rakyat Malaysia,


Saya mendapat tahu Tun amat berselera semasa menikmati juadah semasa di Iran baru-baru ini ...

Alhamdulillah, seronok mendengar Ayahanda Tun dalam keadaan sihat dan ceria menikmati hidangan. Cuma saya harap Tun dapat menjaga kesihatan Tun dan saya doakan semoga Ayahanda Tun Dr.M dan Bonda Tun Dr.Siti Hasmah terus sihat dan sentiasa gembira.

Ayahanda Tun,Saya dan rakan-rakan amat bersetuju dengan hasrat Tun untuk mendedahkan nama Perasuah Pelingkup Parti ...

Kami amat mengalu-alukannya. DEDAHKANLAH dengan fakta dan bukti yang Ayahanda ada ... Pastinya kami generasi pelapis UMNO selepas puluhan tahun ianya ditubuhkan, mengharap semoga parti UMNO bersih dari virus-virus perosak ini ... Bukan untuk merosakkan nama dan masa depan perasuah tersebut TETAPI DEMI UNTUK MENGELAKKAN UMNO TERUS DIROSAKKAN OLEH ORANG-ORANG GILA POLITIK WANG ITU! ...

Mengenai Abdullah yang dikatakan tidak akan melepaskan jawatan PM sejurus peralihan jawatan Presiden UMNO kepada DS Najib, ramai yang mendapat maklumat sedemikian. Abdullah patut turun serentak dengan peralihan jawatan Presiden tersebut secara rasmi kepada DS Najib. Rakyat pasti akan marah lebih berlipat kali ganda terhadap kepimpinan ini jika jawatan PM tidak diserahkan pada MAC 2009 nanti. Mahu tidak mahu, suka tidak suka, ikhlas tidak ikhlas, pedih tidak pedih, tertekan atau tidak ... Abdullah WAJIB MELEPASKAN JAWATAN PM KEPADA DS Najib SEGERA!! ...

Abdullah patut mengisytiharkan tarikh serahan kuasa PM kepada DS Najib mulai sekarang! ... Dia patut jelaskan tarikh ini.

Nampak memang seolah-olah Abdullah tidak mahu jelas peralihan kuasa PM tersebut pada satu tarikh yang tepat. Mungkinkan dia akan terus memegang tampuk tersebut sehingga rakyat marah buat kesekian kalinya lagi? ... Tak malu.

AloQStaQ
02-Dis-2008

5 komen:

DukeOfUMNO December 2, 2008 at 3:51 PM  

hehehhe...bro...

ada sorang member tu kata kat aku...

"kalau lagu tu, biaq Najib, Muhyiddin, Rais dan mukhriz jer yang jadi pemimpin UMNO...yang lain tak payah la bertanding...elok tarik diri je dari bertanding...lepaih tu masa PAU nanti, depa 4 orang ni kena pilih secara lantikan semua jawatan2 yang ada...naib presiden, ketua wanita dan lain2...tapi depa kena pastikan semua yg depa lantik tu "clean" dari history rasuah politik walau secawan teh tarik pun!"...muahahhaha...aku gelak besaq....terdesak sungguh member aku tu...muahahhahha...!!!

AloQStaQ December 2, 2008 at 4:14 PM  

Perggghhhh ...
dari perspektif kawan hang tu, nampaknya dia pukui rata semua terlibat dengan kejahatan politik wang ni dalam pemilihan UMNO ... yer gitu? hmmm ... just 4 orang saja yang dinamakan???? 4 orang saja????? ... perghhhh! ....

Perspektif tu salah.
Tak ramai yang main politik wang ni dalam UMNO. Sebab tu lah UMNO ni Allah masih sayang untuk diberi peluang memerintah walaupun dalam keadaan parah sedikit sebanyak...

Jadi, bagi aku, yang RAMAI adalah BERSIH. Yang perosak tu hanya SATU DUA TIGA KERAT AJA ... Tapi, berpalit rata pada semua yang lain sebab nak tutup kejahatan politik wang yang dilakukan ...

Aku ingin nyatakan bahawa setakat yang aku tengok dari perspektif aku sendiri, kalau TUN dedahkan senarai yang dia ada tu, dan yang didedahkan dijatuhkan tindakan BUANG DARI PARTI, depa tu tak cukup lagi untuk menjadikan UMNO ni lumpuh kerana masih ramaiiii lagi yang bersih dan suci perjuangannya. Marhaen keperibadiannya. Ikhlas kehendaknya. Dan demi UMNO tercinta, mereka jujur dan amanah dengan prinsip parti ini ... Yang nak kena terajang keluaq parti, tak ramai, tak buleh buat parti baru punnn ... semua HAPRAK tu ...

hehehe ...
AloQStaQ

hans December 2, 2008 at 5:15 PM  

lah,paklah xmau letak jawatan lagi ke sbg PM?
ingat nak letak dah...
adoi...
bila dia nak sedaq diri nih?

kedah youngster December 3, 2008 at 8:17 PM  

Bro..

Kalau nak tengok komen aku, masukla aku punya blog 'MY COMMENT TO CHEDET':

http://kedahyoungster.blogspot.com

AloQStaQ December 4, 2008 at 1:29 PM  

TQ Hans n Kedah Youngster !...

AloQStaQ

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP