Saturday, August 2, 2008

UTUSAN MALAYSIA : ADA PENYELEWENGAN PEMILIHAN PEMUDA - Mukhriz

Datuk Mukhriz - Exco Pemuda UMNO Malaysia.


Siaran Akhabar UTUSAN MALAYSIA : 02-08-2008



ADA PENYELEWENGAN PEMILIHAN PEMUDA - Mukhriz

(Utusan Malaysia : Sabtu : 02-08-2008)


KUALA LUMPUR 1 Ogos - Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Mukhriz Mahathir mendakwa terdapat penyelewengan dalam pemilihan di peringkat cawangan Pemuda UMNO di seluruh negara.


Menurutnya, ini berdasarkan banyak aduan yang diterimanya dan perkara berkenaan dianggap satu isu yang serius dan membimbangkan.


Katanya, penyelewengan itu antaranya termasuk perjalanan mesyuarat yang tidak cukup korum, kehadiran ahli atau wakil yang tidak dikenali, ahli hadir sama menghadiri mesyuarat di dua cawangan berbeza serta terdapat senarai ahli baru selain daripada senarai yang ditentukan pada mesyuarat pada akhir tahun lalu.


"Keadaan ini amat merunsingkan saya, kerana saya anggap pemilihan pada tahun ini sebagai yang terpenting dalam sejarah UMNO. Bila berakhirnya pemilihan pada Disember nanti ia akan menentukan timbul dan tenggelamnya UMNO.


''Perkara seperti itu nampaknya sedang berlaku di seluruh negara nampaknya kerana kita menerima laporan yang datangnya dari semua negeri,'' katanya.


Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas perasmian pembukaan pameran dan persidangan Francais Antarabangsa Malaysia 2008 (FIM'08) yang di sempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, di sini hari ini.


Mukhriz menjelaskan bahawa perkara tersebut akan menyebabkan wujudnya keputusan yang tidak mencerminkan kehendak ahli di peringkat akar umbi.


"Ini satu tindakan yang kurang sihat di mana penyandang berkuasa akan membuat sesuatu yang memihak kepadanya saja.


"Suara akar umbi perlu dihormati, janganlah ada sekatan kerana menyuarakan pendapat adalah terpelihara di bawah Perlembagaan UMNO.


"Selagi tidak melanggar perlembagaan, ahli berhak bercakap dan membuat pendirian sewaktu bermesyuarat di peringkat cawangan,'' tegasnya.


Selain itu, Mukhriz juga menggesa supaya calon yang menawarkan diri diberi ruang untuk memperkenalkan diri kepada perwakilan kerana UMNO ketika ini memerlukan pembaharuan.


AloQStaQ : Kalau pucuk pimpinan tidur dan tak nak sedar-sedar diri, inilah yang akan berlaku pada akar umbi ... Semakin rosak UMNO jika perkara yang dibangkitkan oleh Datuk Mukhriz tidak diberi perhatian serius oleh parti! .... 02-08-2008

1 komen:

Anonymous August 2, 2008 at 6:07 PM  

that's way too cool.

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP