Monday, August 11, 2008

SUASANA MALAM Di Alor Star, Kedah D.A


Malam Di Alor Star
Bulatan Maybank Alor Star

Bulatan Telok Wan Jah Alor Star


Beberapa malam lepas, aku saja-saja keluar lepak dengan kawan-kawan kat kedai mamak Yasmeen Pokok Ceri, Lebuhraya Sultan Abdul Halim. Sebelum sampai ke kedai mamak tu, aku saja-saja ja round town tengok keadaan Bandaraya ni ... tertarik dengan dua bulatan (roundabout) di Alor Star di malam hari, saja ja aku amik gambaq di atas tu ...

Bandaraya Alor Star masakini agak "hidup" berbanding sebelum ni kerana Sambutan 50 Tahun Jubli Emas Pemerintahan KDYMM Tuanku Sultan Kedah Darul Aman sedang berlangsung bermula Julai 2008 sehingga hujung tahun 2008. DAULAT TUANKU!
Apa yang jelas bagi aku, Alor Star ni kalau ada sambutan macam ni barulah nak nampak sedikit seri malamnya ... kalau takda sambutan sebegini, selama ni nampak hambar saja, suram dan tak begitu bermaya. Ini ikhlas, bukan untuk kondem sesiapa, tetapi inilah hakikat yang harus ditelan. Alor Star tidak ceria di malam hari. Kurang sopan bagi aku untuk membandingkan Bandaraya aku sendiri dengan negeri lain, tetapi sebagai ukuran, secara terpaksa dan pedih hati terpaksa juga dibandingkan dengan bandar-bandar lain ... Alor Star vs Penang (memang jauh sungguh bezanya) ... Alor Star vs Ipoh (pun jauh bezanya) ... Alor Star vs Kangar ? (ish,ish, ish ... nampak Kangar pun ceria lagi) ... mcamana ni? ... Sesuatu perubahan perlu dilakukan demi mengindahkan Bandaraya Alor Star terutamanya pada waktu malam, demi nama baik Negeri Kedah dan menarik pelancong ...

Pintu Gerbang Istana Anak Bukit waktu malam...
( courtesy from: http://mohdzaididesa.fotopages.com/?entry=1618333
)

Apapun, semoga pihak tertentu dapat mengambil langkah proaktif dalam hal ini ... Sayang sekali Bandaraya yang mempunyai keunikan tersendiri ini kelihatan begitu hambar di malam hari. Hanya yang menghangatkan keadaan adalah bebudak rempit bermain roundabout! ....

PESANAN : Artikel ini tiada kaitan POLITIK dan Kepimpinan Kedah semasa/dahulu. Harap Maklum!...


0 komen:

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP