Monday, August 11, 2008

KOMEN AKU di Blog TUN Dr.M hari ini : 11 Ogos 2008 : Topik RASUAH POLITIK (Published by Tun : 3:51 PM)

Assalamualaikum Ayahanda & Bonda : TUN BERDUA,
Semoga Ayahanda dan Bonda senantiasa sihat dan ceria.

Gejala rasuah dalam parti UMNO kini jelas kelihatan sudah pasti tidak dapat dibendung kerana pucuk pimpinan yang lemah dan takut menghadapi kenyataan menjunamnya kepopularitian diri ... justeru, dia sendiri terpaksa menggunakan skil yang ada pada dirinya dan anak pinaknya (baca: menantu kesayangan), melanggar etika parti yang dipimpinnya - dengan menggunakan saluran syaitan (baca : RASUAH yang terlaknat!) ...

Rasuah boleh menghancurkan sebuah dinasti! ... Adakah tahun 2008 adalah tahun terakhir UMNO sebagai parti pemerintah sejak zaman Merdeka dulu? Jawapannya : MUNGKIN YA! Kerana UMNO dihancurkan dari luar serta dalam parti sendiri ...

Pembangkang saban hari menimbulkan isu-isu membakar semangat rakyat bencikan UMNO/BN ... dalam masa yang sama, kepimpinan dalam UMNO sendiri kini tampak dengan begitu jelas dan nyata menghancurkan (dari dalam) sebuah parti keramat bangsa Melayu ini dengan menaburkan wang sebanyak-banyaknya sebagai umpan membeli pengaruh diri. Langsung tanpa memikirkan kebinasaan parti!

Luar dan dalam sama-sama bekerjasama melingkupkan parti ini. Sungguh durjana mereka-mereka ini!

Pelik sungguh apabila kepimpinan sendiri menyalahgunakan kuasa untuk mendapatkan kembali populariti (seperti yang beliau kecapi tahun PRU11 - 2004 dulu), di mana pengaruh dan kepopularitiannya itu (2004) telah memadam seketika kehebatan 22 tahun PM terdahulu! ... Riak dan angkuhnya waktu itu, hanya Allah yang tahu, dan rakyat sahaja dapat menilainya ... Pengaruh yang dikecapinya, seakan-akan tiada tolok bandingan dan itu menyebabkan PM 2004 - 2008 sudah lupa diri ... hanyut.

Popularitinya sah! merosot amat teruk sekali ...

Populariti ala-ala 2004, tidak kembali dengan mudah jika dirinya sudah terpalit pelbagai kelemahan terutamanya kekalahan teruk PRU12 - 2008. Jadi, apa yang terlintas di benak dan kepala lututnya serta menantunya adalah : populariti harus dibeli! pengaruh harus diperdagangkan! ...

Jadi, pemilihan 2008 UMNO menyerlahkan "perdagangan" maruah parti ! UMNO kelihatan amat jelik dan songsang apabila 'kerusi teratas' telah memperdagangkan parti! ... Serangan peluru-peluru berasaskan matawang RM di peringkat Bahagian mula dirasai. Terjahan demi terjahan peluru ini mengakibatkan mata-hati menjadi buta lalu menerima dengan hati yang terbuka "KAMI SOKONG TANPA BERBELAH BAHAGI" ... "TITAH TUANKU (Presiden) PATEK (Ahli-Ahli Bahagian) JUNJUNG" ...

Selama ini UMNO unggul. UMNO dihormati dan disanjungi oleh rakan-rakan komponen. Kini, bukan rakan-rakan komponen sahaja yang kurang rasa hormat, ahli-ahli UMNO sendiri pun dah mula rasa meluat.

Kepimpinan harus ditukar. SEGERA! ... Bukan Jun 2010 yang rakyat/ahli UMNO dambakan perubahan kepimpinan, tetapi SEKARANG adalah masanya, segalanya patut berubah. Berubah demi kebaikan dan pemulihan dalaman parti. Supaya UMNO dan ahlinya mempunyai masa yang cukup untuk kembali bertenaga menentang terjahan dari luar parti ... Rasuah akan terhenti, jika perubahan dilakukan dengan ikhlas oleh pucuk pimpinan. Jangan tunggu sampai UMNO hancur dan tidak dapat dicantumkan kembali ikatannya.

AloQStaQ


-SAYA SAYANG TUN BERDUA-

0 komen:

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP