Sunday, August 10, 2008

KOMEN AKU di Blog TUN Dr.M hari ini : 10 Ogos 2008 : Topik MENGAJAR SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS (Published by Tun : 7:52PM)

Assalamualaikum Tun yang disayangi kami, Rakyat Malaysia ...


Kami sebagai rakyat yang faham dengan apa yang Tun lakukan selama ini untuk Tanahair dan anak Bangsa, sejak pengumuman Tun dulu mengenai pembelajaran matapelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris, kami senantiasa sokong Tun sehingga hari ini ...

Bukan sokongan membuta tuli, tetapi sokongan yang timbul dari kesedaran bahawa bangsa Melayu adalah antara yang paling lemah penguasaan Bahasa Inggerisnya ... berbanding dengan bangsa Cina dan India ... Ini adalah jelas, apabila Melayu agak mudah diterima (dengan sedikit faktor keistimewaan) dalam sektor Awam ... KERANA sektor awam tidak berapa mementingkan penguasaan Bahasa Inggeris (kecuali dalam bidang-bidang tertentu), CONTOH MUDAH : nak jadi Kerani di sektor awam tidaklah perlu sangat tahu bertutur/menguasai Bahasa Inggeris dengan mendalam .... TETAPI! Nak jadi kerani di sektor SWASTA (terutamanya sektor/syarikat pegangan BUKAN BUMIPUTERA) sudah pasti BAHASA INGGERIS adalah satu keutamaan .... jadi, anak Melayu akan ketinggalan ... Ini baru saya bagi contoh KERANI. Bukan lagi bidang lain yang lebih mencabar -> ARKITEK / JURUAUDIT / QUANTITY SURVEYOR / AKAUNTAN / PEGAWAI PEMASARAN / ETC,ETC .... Banyakkk lagi anak Melayu ketinggalan kerana lemah dalam penguasaan Bahasa Inggeris! ...

Jadi, apa yang Tun lakukan selama ini adalah demi kebaikan masa depan bangsa Melayu dan secara tidak langsung ia meliputi kepada seluruh Bangsa-Bangsa Di Malaysia ( Cina, India, Iban, Kadazan etc,etc) ... Nah! inilah yang dikatakan pemikiran kritis yang ada objektif dan halatuju! Hasilnya mungkin akan dapat dituai 20tahun yang mendatang ... ini yang Tun cuba lakukan terhadap seluruh generasi pelapis .... Tetapi, sayangnya idea hebat ini disalahertikan oleh pihak-pihak yang bencikan Tun. Seolah-olah apa yang Tun cuba lakukan ini boleh merosakkan anak-anak generasi pelapis ... seolah-olah Tun bukan pejuang sebenar dalam memartabatkan Bahasa Melayu ... Inilah alasan musuh-musuh Tun yang tidak melihat sudut pemikiran Tun seperti yang kami lihat.

Terima kasih Tun Dr.M dan Tun.Siti Hasmah ... kalian berdua selama 22 tahun memberi tuah kepada kami di bumi Malaysia... kami amat berbangga dengan Tun berdua, semoga terus sihat, panjang umur dalam Iman dan ceria selalu. Amin!...


Doa Ikhlas dari saya dan para bloggers,
Khas untuk Tun berdua ...

AloQStaQ

2 komen:

Unfiltered-Madness August 11, 2008 at 12:18 AM  

Betul tu,

Jiran sebelah rumah aku. Mak bapak dia tak lah belajar tinggi malah tak pandai pun bahasa inggeris. Masa aku balik kampung hari tu anak dia datang kerumah ler nak tunjuk kertas peperiksaan sains dia.

So aku uji lah samada dia faham soalan2 inggeris tu...

Alhamdulillah budak tu faham.

Masa saya dulu rasanya mula2 faham inggeris masa STPM. kat u disebabkan guna buku inggeris dan lecture inggeris maka terpaksalah belajar. Memang payah.

Jadi bila kecik2 dah mula faham... senang nak belajar selanjutnya.

AloQStaQ August 11, 2008 at 1:02 AM  

Saya Sokong anakmalaysia!

Tak ada ruginya kalau belajar bahasa Inggeris ... yang lebih rugi kalau tak reti bahasa Inggeris ... orang mudah nak kelentong kita (macam kita tak faham bahasa Cina ler, apa orang Cina cakap, kita tak faham, senyummm aja ...) rugi,kan?

... elok untuk bangsa, eloklah untuk negara ...

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP