Monday, June 16, 2008

TERKINI- Komen Aku di chedet.com (openness)

Assalamualaikum Tun,

Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ucapan khas untuk Tun Ayahandaku "SELAMAT HARI BAPA!" dan didoakan semoga Tun sentiasa sihat bersama Tun Siti Hasmah (Ibunda) serta seisi keluarga.

Satu lagi suara hati Tun yang amat tepat dan ditunggu-tunggu oleh kami rakyat Malaysia yang kini amat-amat-amat dahagakan kepimpinan sebaik Tun seperti sebelum ini ... Saya bersetuju benar dengan Tun kerana memang sudah terang (tanpa perlu bersuluh) bahawa Kerajaan "terbuka" Abdullah amat disukai oleh media kerana faktor-faktor tertentu ...

Kelihatan kerajaan kononnya "YANG PALING BAIK DALAM SEJARAH MALAYSIA" ini telah melakukan satu reform dalam penyiaran/media .... dikatakan kelihatan lebih terbuka dan mendapat pujian pelbagai pihak ... Hmmm, sehinggalah ianya menghasilkan keputusan "TERBAIK" bagi BN pada PRU12 tempohari ....

Ya Lah tu terbuka!
Terbuka hingga mempamerkan pekung di dada,
dan kurap seluruh anggota ...
Padahal BERITA SPIN merata2,
Demi untuk mempamerkan kebaikan sahaja,
Rakyat bukan buta,
PRU12 mengundang bencana....

Kalau benar telus dan terbuka, cubalah huraikan kepada rakyat sebab sebenar Jambatan Bengkok dihentikan dan maklumkan kepada Rakyat semua bahawa apa sebenarnya matlamat Tun Dr.M ingin membina Jambatan Bengkok tersebut (yang memang ternyata KEWUJUDAN JAMBATAN ITU MEMBERI BANYAK FAEDAHNYA KEPADA NEGARA KITA) ... Itu baru betul-betul telus! ... bagitau perkara sebenar ,,, tak payah spin.Barulah dinamakan kerajaan telus!!!

Ini tidak, media tak dibenarkan menghuraikan idea Tun mengenai Jambatan Bengkok ni... Tun juga tak pernah dijemput media (untuk siaran langsung) bagi menyatakan pendapat mengenai isu ini. Rakyat yang tidak faham - akan terus tidak akan faham. Yang faham hanyalah rakyat yang tahu menggunakan internet dan membacanya melalui langit terbuka ini ... Inilah yang dinamakan keterbukaan kerajaan Abdullah?

Sebenarnya, inilah kerajaan PALING SPIN DALAM MUKABUMI! ....

Saya Sayang Tun Dr.M :
AloQStaQ

BudakAloQStaQ@yahoo.com

0 komen:

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP