Thursday, May 22, 2008

Atuk Berjasa dan Rumah Warisan Kesayangannya ...

Atuk Berjasa dan Rumah Warisan Kesayangannya ...

Seolah-olah seorang Atuk Berjasa yang dah tua dan uzur (tetapi banyak pengalaman di dadanya) tetapi telah terhiris hatinya, apabila Rumah Warisan Kesayangannya (UMNO) kini telah di rosakkan dan semakin hancur musnah dikerjakan oleh Ketua Rumah (Presiden UMNO skrg). Walaupun sudah berkali-kali Atuk menyindir dan memberi tekanan kepada Ketua Rumah itu, supaya turun dan digantikan dengan Ketua yang lebih baru, tetapi tidak diendahkan sehingga akhirnya Atuk tersebut terpaksa mengambil keputusan untuk keluar dari Rumah Warisan Kesayangannya buat seketika sehingga Ketua Rumah tersebut digantikan ... barulah Atuk akan masuk semula ... Nampaknya, Atuk yang terlalu banyak berjasa kepada Rumah Warisan dan ahli-ahli rumah itu sebelum ini, kini diherdik dan dicaci oleh ahli-ahli rumah yang mejadi penjilat Ketua Rumah...Tiada rasa hormat kepada Orang yang banyak Berjasa kepada Rumah Warisan... Inilah sebenarnya yang berlaku .... Fahamilah bahawa niat Tun Dr.M adalah suci murni dan tidak ada yang lebih Tun sayangi melainkan PARTI UMNO, sepanjang hidupnya.

Kini giliran para cucunya yang menyayangi Atuk, supaya turut menyertai Atuk bagi memberi isyarat BESARRR kepada Ketua Rumah untuk SEGERA TURUN dari kepimpinan sedia ada dan memberi laluan Ketua Rumah yang Baru untuk memulihkan Rumah Warisan bersama-sama pengalaman Atuk serta mengukuhkan kembali kekuatan Ahli Rumah Warisan.

Kalau isyarat BESARRR sebegini pun tak difahami oleh Ketua Rumah, serta penjilat-penjilatnya, maka tidak hairanlah Rumah Warisan akan terus roboh menempuh badai pilihanraya 2012 nanti ... ATUK AMAT SAYANGKAN RUMAH WARISAN DAN GENERASI MASA DEPAN.


AloQStaQ

0 komen:

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP