Wednesday, May 21, 2008

TUN DR.M TINGGALKAN UMNO (SEHINGGA PAKLAH TURUN)

Aku bersama dalam majlis Tun di Aloq Staq kelmarin (19-Mei-2008).

Aku menghormati keputusan Ayahanda Tun Dr.M untuk keluar
daripada parti kesayangannya sepanjang hayat iaitu UMNO demi
menggambarkan kekecewaannya kepada kepimpinan PakLah
dan seterusnya keputusan ini adalah sebagai cara Tun untuk desak
PakLah melepaskan semua jawatan dalam parti UMNO dan sebagai
Perdana Menteri Malaysia serta merta.

Aku akui jiwa Tun adalah jiwa UMNO, yang amat amat sayangkan
agamanya, bangsanya dan negaranya sepanjang hayatnya. Kali ini
Tun mengambil keputusan keluar UMNO adalah semata-mata untuk
membuka mata dan minda kepimpinan UMNO agar melihat kehendak
akar umbi supaya mereka mendesak PakLah turun serta merta demi
memulihkan kepercayaan komponen BN lain dan rakyat kepada UMNO.

Jangan leka lagi wahai semua pemimpin UMNO disemua peringkat,
terutamanya yang berjawatan di Bahagian, Negeri dan Kebangsaan.
Kalau anda sayangkan UMNO, sila desak boss anda turun!.


AloQStaQ
21-Mei-2008

Tapi INGAT PESANAN TUN ...
KELUAR UMNO.
Untuk DESAK PAKLAH LETAK JAWATAN PM DAN PRESIDEN UMNO.
TAPI ....
JANGAN MASUK PARTI LAWAN (PEMBANGKANG MALAYSIA).
INGAT!!!
KELUAR SAHAJA. DAN JANGAN MASUK PARTI LAWAN!
KELUAR SAHAJA. DAN JANGAN MASUK PARTI LAWAN!
KELUAR SAHAJA. DAN JANGAN MASUK PARTI LAWAN!

MASUK UMNO BALIK SEJURUS PAKLAH LETAK SEMUA JAWATAN.

ITU PESAN AYAHANDA ........

0 komen:

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP