Tuesday, October 1, 2013

DATO NAJIB pernah menyatakan keyakinannya pada Mukhriz ... Para perwakilan sepatutnya faham, Mukhriz memang 100% layak !

AloQStaQBlog menyiarkan kembali posting KedahTimes sebagai renungan para penyokong & perwakilan UMNO dalam membuat pilihan tepat barisan kepimpinan UMNO 2013.

Ini mesej dari DS Najib kepada Rakyat Kedah semasa PRU13:


Saya ingin memaklumkan bahawa Datuk Mukhriz Mahathir (calon BN Dun Ayer Hitam) akan dilantik sebagai Menteri Besar Kedah jika Barisan Nasional diberi mandat untuk menubuhkan kerajaan negeri.

Beliau mempunyai kebolehan dan kemampuan untuk memimpin negeri Kedah sejajar dengan hasrat kita menjayakan perancangan transformasi negara.

Saya yakin beliau boleh memberi kepimpinan yang dinamik dan dapat memimpin Negeri Kedah ke arah kejayaan yang lebih besar.

Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak
4 Mei 2013.

Terima kasih



NOTA : Itu adalah mesej Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia untuk rakyat Kedah. Alhamdulillah, Kedah dapat ditawan kembali dengan mesej bahawa Datuk Mukhriz bakal menjadi MB Kedah.


Ini adalah membuktikan yang UMNO Kedah memerlukan tokoh dan ikon berwibawa untuk menawan kembali negeri yang ketinggalan di bawah pembangkang. DPMM yang bertanding di DUN yang sebelum ini UMNO kalah, tetapi menang dengan majoriti amat selesa.

Mungkin kerana ketokokohan ini, DS Najib tidak teragak-agak untuk mengumumkan perkara di atas sebelum hari mengundi diadakan.

Maka KedahTimes merasakan TOKOH yang sama juga boleh membantu Presiden dan Timbalan Presedien dalam memtransformasikan UMNO ke satu era yang gemilang dan hebat.

Maka Naib Presiden adalah jawatan yang amat sesuai untuk DPMM dalam membantu Presiden dan Timbalan Presiden melakukan kerja-kerja transformasi UMNO tersebut.

Jika Kedah boleh dikembalikan kepada UMNO dibawah ketokohan DPMM, kenapa TIDAK UMNO boleh dikembalikan kehebatannya dengan adanya TOKOH seperti Datuk Mukhriz ?


Kredit Kepada:
Blog KedahTimes

0 komen:

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP