SIAPA TAK UNDI BN KEDAH , MEMANG RUGI !! .... BUKTI AKUJANJI BN KEDAH BAB SOSIAL MEMANG MEMENUHI KEHENDAK RAKYAT KEDAH ...
Transformasi sosial secara
menyuluruh bakal dilaksanakan BN jika dipilih menerajui Kedah. Ianya
mencangkupi kesejahteraan rakyat, hal ehwal belia, pendidikan dan modal
insan, pelancongan, pembangunan lestari dan pembangunan prasarana.
Ini
bagi memastikan yang Kedah bersedia untuk bersama dengan negara dalam
mencapai WAWASAN 2020 dan negara maju. Fokus akan diberikan kepada
mensejahterakan rakyat dengan mempunyai tempat tinggal yang selesa,
suasana dan servis seharian yang efisien agar kehidupan menjadi selesa
dan kondusif.
Ini bakal menghasilkan satu komuniti yang amat produktif dalam memajukan negeri selaras dengan transformasi ekonomi dan agama.
Belia
yang menjadi aset penting negeri akan dibangunkan supaya menjadi mereka
yang sentiasa aktif dan bersedia memikul tanggungjawab dimasa akan
datang.
Malah aktiviti-aktiviti belia bakal dirancakkan supaya mereka menjauhi aktiviti-aktiviti tidak bermoral dan sebagainya.
Pendidikan
dan modal insan merupakan faktor yang menentukan kemajuan sesuatu
bangsa. Memperkasakan pendidikan dan modal insan bakal menjadi agenda
keutamaan Kerajaan BN.
Ini
bakal dilaksanakan dengan mengadakan lebih banyak pusat-pusat pengajian
samada melalui penudbuhan baru atau pembukaan cawangan-cawangan baru.
Jitra yang selama ini menjadi hub pendidikan bakal diperkembangkan
selain daerah-daerah lain yang berpotensi.
Pembangunan
sebuah universiti berteknologi tinggi bakal melonjakkan KHTP yang malap
semasa dibawah pemerintahan PAS. Ini bakal berjaya menjadikan anak-anak
tempatan memasuki bidang pekerjaan berteknologi tinggi di KHTP.
'Stay
longer and spend More' bakal dipacu dengan pengenalan produk-produk
pelancongan baru. Kerancakan ekonomi hospitaliti dan peniaga kecil boleh
dirancakkan dengan kedatangan pelancong-pelancong luar dan dalam
negara.
Langkawi
bakal dibangunkan untuk menjadi sebuah yang berada dalam TOP 10
destinasi pelancongan dan eko-pelancongan di dunia. Ini bakal
menggerakkan ekonomi penduduk Langkawi dengan lebih baik lagi. Sektor
hospitaliti bakal menerima pelaburan dari operator bertaraf 5 bintang.
Hasilnya, peluang pekerjaan baru diwujudkan.
Jika
Kerajaan yang dibawah pemerintahan PAS menjadikan kayu hutan atau balak
sebagai sumber pendapatan, kerajaan BN akan memperbanyakkan penanaman
klon-klon getah berkualiti kayu balak untuk pendapatan baru. Ini selaras
dengan pengwujudan bandar getah yang dirancang.
Prasarana
jalanraya dan jambatan bakal dibina bagi menyambungkan kawasan-kawasan
pembangunan yang telah dikenalpasti. Kota Putera, Sg Petani, Durian
Burung, Kuala Jerlun, Yan, Changlun, Kota Perdana, serta Kulim Hitech
dan banyak lagi kawasan akan disambungkan bagi merancakkan ekonomi
seluruh Kedah.
InsyaAllah, banyak lagi dasar-dasar serta akujanji yang bakal direalisasikan untuk rakyat Kedah.
Cuma apa yang rakyat perlu lakukan ialah UNDILAH BN pada PRU13 ini. InsyaAllah, dengan izinnya semua ini akan dilaksanakan.
Sumber : KedahTimes
Sumber : KedahTimes
0 komen:
Post a Comment