MATILAH PAS KEDAH NAK JAWAB PASAL NDEC (Northern Data Centre) Pulaaakkkk !!! ... SATU DEMI SATU TERBONGKAR !
Sebagaimana Projek ZIPPY yang
ditentang hebat sebelumnya oleh PAS yang kemudiannya di tukar nama
kepada SULIHH untuk mengabui mata rakyat kononnya idea PAS, satu lagi
projek yang hebat yang dilancar oleh YB Amiruddin pada Ogos 2008 ialah
projek NDEC yang dikatakan berkelas dunia.
Setelah 4 tahun dilancarkan, projek tersebut sunyi sepi tanpa berita.
Peluang pekerjaan dan perniagaan kepada rakyat Kedah dan teknologi
tinggi yang dijanjikan nampaknya tidak tertunai.
Rakyat Kedah ingin bertanya kepada YB Amiruddin apakah perkembangan
projek ini? Adakah masih dalam pengetahuan YB, atau hanya dilancarkan
dulu sebagai gula-gula untuk rakyat semata-mata? Atau YB Amiruddin
hendak mengatakan bahawa beliau tumpang bergambar saja, projek tersebut
asalnya hasil perancangan kerajaan BN?
Mungkin YB Amiruddin sendiri pun sudah lupa pasal projek ini. Mungkin kerana terlalu sibuk dengan Golf.
Oleh OPAT RATTANACHOT
KULIM 22 Ogos - The Northen Data Exchange Centre Sdn. Bhd. (NDEC)
hari ini melancarkan pusat data berkelas dunia yang pertama di wilayah
utara, dengan pelaburan sebanyak RM135 juta.
NDEC yang merupakan pembekal perkhidmatan sokongan penyenggaraan
data membangunkan pusat data seluas 130,000 kaki persegi itu di bangunan
tiga tingkat di Pusat Perniagaan 2, Taman Teknologi Tinggi Kulim
(KHTP), dekat sini.
Pengarah Pembangunan NDEC, Hanif Yon berkata, pusat tersebut yang
dibangunkan bersama pihaknya dengan Kumpulan CSF Sdn. Bhd. itu akan
turut dilengkapi dengan teknologi terkini bagi menyediakan perkhidmatan
pusat data generasi kedua.
"Pelaburan terbaru ini juga mengesahkan komitmen kami terhadap
projek pembangunan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) di samping
menggalakkan kemasukan lebih ramai pelabur di KHTP dan negeri Kedah,
amnya," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis pelancaran
pusat data itu yang disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Industri
dan Pelaburan, Sains dan Inovasi Kedah, Ir. Amiruddin Hamzah di KHTP,
dekat sini.
Petikan dibawah adalah status projek tersebut sehingga 2011.
Projek Northern Data Centre (NDEC) yg dilancarkan pada tahun 2008 bersama dengan seorang penyokong UMNO, tetapi telah tiba-tiba beralih arah menyokong PAS bernama Encik Hanif Yon (kat mana dia la ni Yusrin Zakri Adnan…?).
Sehingga kini tiada langsung berita mengenai NDEC ni walau pun bangunan yg dicadangkan untuk menempatkan NDEC iaitu bangunan Business Centre 2 telah pun siap sepenuhnya di KHTP.
Sebenarnya projek ni gagal kerana mereka (Yusrin & Hanif Yon) merancang menaikkan kos projek tersebut dari kos asal RM6 juta kepada RM10 juta, dan ni dapat dihidu oleh satu blog picisan juga pada tahun 2008 (cerita detail akan menyusul, siap dengan diagram nak renovate).

2 komen:
Todiaaaaaa!!!......Pas merekot nak jawab lagu mana nih ??? tanya tok jan..satgi tok jan jawab tak taauu...tak tauuuu tanya mat sabu...tanya mahpusss..dia tauu arrrr !!
hanif yon ada twitter hangpa check la anifyon kat google atau tweeter
Post a Comment