Tuesday, March 26, 2013

Ini Masjid yang UMNO Buat ... Tapi, PAS KEDAH MUKA TAK MALU Mengaku diorang yang buat ! ... HARAM UNDI PAS !!!

Seperti dijanjikan, Admin AloQStaQBlog nak hebahkan di sini dua lagi masjid (selain dari masjid yang pertama - pendedahan semalam : Masjid Telaga Batu, Jerlun) yang merupakan masjid pembiayaan kerajaan pusat, tetapi telah (secara tidak malu) diakui dibina oleh PAS Kedah DI DALAM BUKU REPORT CARD MEREKA (RASMI) YANG BERTAJUK "SAYANGI KEDAH SEJAHTERA".

Sebelum tu, kita tonton dulu Video Dato Mukhriz di bawah ni:
.

OKAY, anda dah tonton video di atas?

So, sekarang ni, kita teruskan dengan pendedahan dua lagi masjid yang tersenarai di dalam buku SAYANGI KEDAH SEJAHTERA yang disebut oleh PAS Kedah bahawa merekalah yang membina masjid tersebut.


Masjid kedua yang PAS Kedah mengaku mereka buat :
Masjid Jamek Al Wahdatul Islamiah Taman Bersatu, Kuala Kedah
Kelihatan papantanda projek ICU Jabatan Perdana Menteri sewaktu pembinaan masjid ini.
Masjid Jamek Al Wahdatul Islamiah Taman Bersatu Kuala Kedah adalah satu lagi masjid yang dibina dibawa seliaan ICU yang mana sumber kewangan semuanya dari kerajaan Pusat dan juga sumbangan dari rakyat jelata.

Datuk Latt Shahriman sebagai Ketua Bahagian UMNO Kuala Kedah merangkap Pegawai Khas PM serta orang kuat PM dan menjaga hal ehwal Kuala Kedah berusaha untuk mendapatkan peruntukan dari Kerajaan Persekutuan.


Masjid ketiga yang PAS Kedah mengaku mereka buat :
Masjid Taman Peruda, Sungai Petani, Kedah.
Takkanlah PAS Kedah buat Masjid Taman Peruda ni, tapi majlis penyerahan masjid tu dibuat oleh Datuk Tajul Urus kot ??

Kerajaan PAS Kedah mengatakan yang merekalah yang membina Masjid Taman Peruda, Sungai Petani, Kedah yang bernilai RM 3.2 juta TETAPI mengikut rekod dan kenyataan Penyelaras Parlimen Merbok, masjid ini dibina melalui peruntukan Kerajaan Persekutuan yang berjumlah RM 2.5 juta dan sejumlah RM 700 ribu adalah sumbangan orang ramai. Masjid ini telah siap dibina dan akan memulakan solat jumaat pertama pada 29 mac 2013.

Ni macamana ni ? Bab pembinaan Masjid di Kedah pun PAS Kedah dok mengaku diorang buat? Sedangkan pembiayaan besar pembinaan masjid-masjid tersebut adalah dari Kerajaan Pusat. UMNO dan Barisan Nasional. Bukan dari kantung Kerajaan Negeri Kedah a.k.a Kerajaan Pakatan Rakyat!?

Bukanlah niat Admin AloQStaQBlog nak mendabik dada menceritakan perihal sumbangan UMNO/BN untuk buat masjid di Kedah. Tetapi, perkara ini perlu dihebahkan kerana senarai masjid-masjid tersebut diletakkan di dalam buku report pemerintahan 5 tahun Pas Kedah, untuk dinilai rakyat Kedah.

Yang tipu dalam buku tu, terpaksalah kami bloggers pro-UMNO ceritakan kepada rakyat. Supaya rakyat tidak keliru dan ditipu bulat-bulat oleh PAS Kedah melalui buku rasmi keluaran mereka sendiri !

Rakyat KEDAH sudah cerdik dan sedar, mereka tidak lagi mahu tertipu dengan PAS Kedah khasnya dan Pakatan Rakyat Kedah amnya. Kali ini, PRU13 nanti Rakyat Kedah pasti menolak Pakatan Rakyat dan kembali memberi undi kepada UMNO dan Barisan Nasional. InsyaAllah ...

#SAVEKEDAH
#SELAMATKAN KEDAH

Inilah rupabentuk buku report card PAS Kedah memerintah selama 5 tahun, banyak yang tipu dalam buku ini ! Hati-Hati yaaa tuan-tuan dan puan-puan !

PRU13 HARAM UNDI PAS & PAKATAN RAKYAT !!! PAKATAN PENIPU BESAQ !!!


AloQStaQ
SELASA
26 MAC 2013
11:33 PAGI


1 komen:

Anonymous March 29, 2013 at 11:44 AM  

Everything is very open with a really clear clarification of the issues.
It was definitely informative. Your website is very helpful.
Thanks for sharing!

Check out my blog; オークリーメガネ

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP