LUAHAN RASA KEHENDAK AKAR UMBI UMNO & RAKYAT MARHAEN KEDAH ... Baca Elok-Elok Ya Pemimpin UMNO !!!
Mencedok artikel bulat-bulat dari KedahTimes, AloQStaQ menyokong penuh artikel ini. Pemimpin UMNO Kedah jangan marah, ini adalah isi hati rakyat marhaen di Kedah. Ini perlu kami sebut, supaya isi hati kami diketahui oleh pimpinan atasan UMNO di Kedah khasnya dan kepimpinan UMNO Malaysia amnya. Mari kita baca artikel khas untuk tatapan pimpinan UMNO Kedah ni :
Kedah Times selalu memaparkan betapa tidak sensitifnya pemimpin-pemimpin UMNO di Kedah. Mereka lebih mentingkan politik mereka daripada memahami gerak hati rakyat.
Mungkin ini adalah salah satu sebab kenapa UMNO tertonggeng, terpelangkong dan tersungkur di Kedah pada PRU12 yang lalu. Ego, UMNO Kuat, aku calon terbaik, letak tongkol kayupun UMNO akan menang, Ahli UMNO ramai, dan pelbagai lagi lamunan ketua-ketua UMNO yang membuatkan UMNO tersungkur dalam lumpur dalam PRU12. Masih tak sedar diri lagi ka?
Mereka tidak sedar yang ahli UMNO pun jika dah terlalu meluat, tidak akan undi mereka. Rakyat bukan saja melihat kepada ketua-ketua UMNO untuk dijadikan ketua mereka, tetapi mereka melihat kepada seorang yang berkebolehan, bijaksana dan pengalaman dalam pentadbiran dan pengurusan dalam memajukan rakyat dan negeri sebagai tonggak utama untuk dipilih sebagai ketua.
Bukan disebabkan jawatan yang dipegang dalam UMNO. Apakah menjadi ketua bahagian sudah menjadi tiket untuk layak menjadi calon DUN atau Parlimen?
Kedah Times merayu kepada pemimpin-pemimpin UMNO negeri Kedah, buka mata, sedar diri, buanglah ego ke dalam laut. Kini bukan lagi era kita melihat kepada jawatan dalam parti untuk menentukan kelayakan menjadi pemimpin utama. Tetapi komitmen, kebolehan memimpin, kebijaksanaan dan disukai rakyat akan menentukan pemimpin rakyat.
Rakyat akan baiah kepada pemimpin yang mereka rasakan boleh membawa mereka ke era yang lebih baik.
Jadi buanglah kata-kata yang berlapik-lapik seolah-olah nak menyelamatk karier politik sendiri. Sedarlah rakyat yang menentukan siapa yang mereka nak pilih.
Siapa bakal Menteri Besar Kedah yang baru sekiranya BN merampas semula Kedah dari Pakatan Rakyat?
Calon yang paling banyak diperkatakan akan menyandang jawatan tersebut ialah Mukhriz, anak Tun Dr Mahathir Mohamad.
Kalau mengikut tradisi, Ketua Perhubungan Negeri Ahmad Bashah Hanipah sepatutnya dinobatkan sebagai Menteri Besar.
Ada yang mengatakan Tun Dr Mahathir mahu anak beliau dipilih sebagai
Menteri Besar Kedah. Apakah Mukhriz dapat diterima oleh
pemimpin-pemimpin Umno Kedah?
Sebuah portal berita hari ini menyiarkan beberapa pandangan dari pemimpin Kedah mengenai ura-ura Mukhriz sebagai Menteri Besar.
Ahmad Zaini Japar, Timbalan Ketua Bahagian Umno Kubang Pasu: "Dengan
jawatan di peringkat pusat tidak bermaksud beliau mampu mentadbir di
peringat negeri. Pentadbiran di pusat tak sama dengan negeri. Caranya
berlainan dan status Mukhriz sebagai anak Perdana Menteri bukan jaminan
(untuk jadi MB)."
Ku Rahman Ku Ismail, Adun Guar Chempedak: "Khabar angin ini nampak
pelik. Mengikut tradisi, Ketua Perhubungan sepatutnya menjadi calon MB
kecualilah sekiranya Perdana Menteri ingin melakukan kejutan."
Nawawi Ahmad, Ketua Bahagian Langkawi: "Kedua-duanya layak dipilih.
Tetapi yang penting sekarang ialah kesetiaan kepada pucuk pimpinan yang
ada (Bashah)."
http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/kedah-umno-reps-cagey-about-mukhriz-as-state-mb-hopeful/
Jelas sekali tiada laluan mudah untuk Mukhriz di Kedah dan Mukhriz juga perlu sedar tiada yang mudah dalam politik.
Ramai di dalam Umno menolak sistem dinasti di mana bapa jadi Perdana Menteri, anak juga harus dipilih ke jawatan tinggi.
Artikel ini dicedok mentah2 daripada blog idolaku KedahTimes : DI SINI
8 komen:
dekat2 nak pru13 macam ni, hang dengan kedahtimes dok buat haru dengan benda ni pasai pa? bercelaru nanti jentera kedah. biar umno menang kedah dulu la, baru sembang pasai mb kedah. ni belum apa2 dah nak sebut mukriz. abis tu, aku org kuat dato bashah nak kata apa? SENYAP SAJA ? mesti aku pun nak dato bashah jadi mb. dia lagi layak kalau ikut HIRARKI UMNO KEDAH ! puiiii !
MD.JANNAN
ALOR SETAR UTARA
Aku sokong md.jannan.
Tak payah la sebut pasai ni buat masa2 ni/ admin sila buang posting ni, memecahbelah saja ni/ bersatu setia pada pemimpin pilihan dato najib/
hang ni betui2 lok lak lah. belum apa dah sebut perkara yg belaum pasti. yang penting menangkan kedah dulu. hang pun perlu lah sumbang sesuatu yg positif. jangan dok buat huru hara. apa lah hang ni.
Nuar, lim kit sing, kapal bolehhhhhparti anak beranak..
Terima kasih kepada kawan2 yang sudi tinggalkan komen.
Untuk saranan kawan2 yang berkaitan untuk Admin delete posting ini, Admin minta maaf kerana tidak dapat berbuat demikian kerana posting ini adalah untuk kebaikan bersama.
Admin ada mendapat 'panggilan' dari pihak Umno (atasan) supaya jangan mainkan isu ini. Tetapi Admin menyatakan bahawa perkara ini sepatutnya di highlight sekarang supaya kepimpinan atasan dapat memahami kehendak rakyat bawahan untuk ditabalkan MB Kedah kepada the best candidade!
Percayalah. posting sebegini untuk kebaikan. bukan untuk keburukan UMNO Kedah dan UMNO Malaysia.
Lihat sahaja kegagalan PM ke 5 tempohari pada pru12, itu adalah gara-gara TIDAK MENDENGAR LUAHAN HATI RAKYAT MARHAEN !
Jangan lupa sejarah. TQ!
Admin
AloQStaQBlog
SABTU
7:20 AM
Setuju, jangan dibuang artikel ini..biar orang ramai baca sendiri kegopohan penyokong mukhriz hendak menonjolkan mukriz sebagai mb kedah.
Biar juga orang ramai lihat sendiri kelaku penyokong mukhriz yang tutup mata dan telinga kepada pemimpin lain, seolah pemimpin lain dalam umno tuli, bodoh, hampes, tidak cekap, lemah, tak ada visi tak reti memimpin.
Biar juga orang menilai hebat manakah mukhriz, yang tidak memang pertandingan ketua pemuda kubang pasu, kalah ketua pemuda umno, tapi lantik jadi timbalan menteri, lantik dalam umno kedah sekrang kempen hebat nak jadi mb
Biar juga umno kedah terus haru biru kerana mukhriz nak naik jadi mb nie
aku sokong .nak jadi mb pun bagilah ada kelulusan sikit.sijil LCE saja mana layak.
55tahun merdeka orang tak pakai dah sijil tu.kilang pun tak mau.
sebab itu umno orang pandang rendah dan lece.dato najib pun pilih kroni dia saja
kalau depa berlagak kita undi pas sajalah.kita sapa menang pun dok macam tu juga.yang senang depa juga.
pas perintah dgn umno perintah sama saja.yang kalut depa lah yg hilang jawatan dan pangkat.
undi hak kita.kalau dato najib tak mau dengar suara rakyat nak pakai juga suara kroni dia.ok selamat jalan umno..
Aku sokong mukriz!
Dia saja ada aura untuk bawak BN menang di Kedah. Tak percaye? Cuba korang pegi tanya sesiapa pun kat kedah soklan mcm ni :
"KALAU BN MENANG KEDAH, ENCIK NAK SAPA JADI MB KEDAH? MUKRIZ KE BASHAH?"
pastinya korang sendiri dah tahu jawapannya. tips: cuba tanya soklan tu pd rakyat biasa (yang takda kepentingan dgn mana2 penama tu), jangan pulak pi tanya pada anak bini pada penama2 tu! dah tentu dah jwpnnya bias.
sokong mukriz jadi mb!
sokong mukriz jadi mb!
sokong mukriz jadi mb!
Post a Comment