Monday, October 22, 2012

MCA (Dan GERAKAN) JANGAN DOK BANYAK CAKAP MERAPU PASAL HUDUD !!!

Aku dah lebih sebulan tak berblogging kerana aku dok memerhatikan suasana politik tanahair yang dah dekat-dekat nak bertemu PRU13 beberapa minggu lagi.
Aku agak tertarik untuk menulis posting ringkas hari ini untuk menegur satu parti dalam komponen BN iaitu parti MCA(termasuk GERAKAN) yang nampaknya lantang menyuarakan mengenai Hukum Hudud. Tak kiralah apa yang disebut oleh MCA sebagai Hudud PAS mahupun Hudud sebenar, ianya menyebut perkataan keramat Islam iaitu HUKUM HUDUD.

Aku rasa MCA tak patut menyebut-nyebut sangat mengenai HUKUM HUDUD kerana perbuatan itu akan menggambarkan persepsi lebih buruk terhadap parti tersebut berbanding dengan DAP yang aku lihat lebih berhati-hati dalam perkara yang sama.

Walaupun kedua-duanya ingin menarik undi dan hati kaum Cina bermodalkan isu Hudud, tetapi aku rasa MCA lebih sedikit "keras" berbanding DAP dalam menyebutnya di akhir-akhir ini - dan ini pastinya akan mengguris hati umat Islam termasuk aku !

Aku nasihatkan supaya Soi Lek kurangkan menyebut mengenai Hudud supaya imej BN tidak tercalar di mata rakyat Melayu Islam yang amat sensitif dengan perbuatan "orang kafir yang bersandiwara politik menggunakan modal agama dan hukum hakam Islam" ....

NANTI AMAT BURUK PADAHNYA.


AloQStaQ
22 Okt 2012
Senayan
10:10 Pagi

4 komen:

Anonymous October 22, 2012 at 12:05 PM  

AloQ StaQ mai masuk Pas la. kita berjuang bersama-sama untuk menegakkan Islam di Malaysia. Aku kenal kau dulu orang pas kan? keluar pas merajuk sebab tak dapat jadi ketua pemuda kawasan. tak gitu?

Mai la masuk pas. kita berjuang balik macam dulu. musnahkan umno, bn dan puak2 mca lancau tak kerat tu. aku tahu hati kau masih dengan arwah Tuan Guru Fadzil Noor. Hang dulu orang kuat arwah Tuan Guru kan?


SahabatLama.
PAS Alor Setar.

AloQStaQ October 22, 2012 at 2:18 PM  

KEPADA : SAHABATLAMA (PAS ALOR SETAR)

ANDA SALAH ORANG. HARAP MAKLUM.


AloQStaQ
Admin
AloQStaQBloQ
22 Okt 2012
2:18 Ptg

Anonymous October 24, 2012 at 7:05 PM  

Tok sah jadi BODO la join puak setan MMunafiq PAS untuk tipu pasai Islam.

Anak Allahyarham Ust Fazil Noor (Ust Fawwaz) pun tak siqah dgn PAS. PAS ibarat tong berulat skrg ni dgn SYIAH dan SEKULAR menguasai PAS.

AnaQarbana October 27, 2012 at 9:46 AM  

Bila DAP bantah HUDUD....Pertikai HUDUD dan Negara Islam.......Nik Aziz....Ulama PAS...blogger PAS kata, "Tak apo, itu pendirian DAP, DAP tak fahe Isle".....Mat pula kata " Pakatan Rakyat dan orang bukan Islam bebas nyatakan pendapat mereka mengenai Isle serta Hudud"
Tapi bila MCA pertikai Hudud PAS...bantah Hudud PAS...UMNO Kapir...UMNO tentang Islam....UMNO tolak Hudud.....?????

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP