Sunday, March 4, 2012

BIAQ BETOI ! ... MB KEDAH (HAJI AZIZAN) KENA TURUN TAKHTA !!??? WUYiiOOOO ! ... PAS MEMANG SERABUTT !!

Malam tadi telah berlangsung mesyuarat kononnya "mesra & mahabbah" di antara PAS KEDAH (Haji Azizan & team) dengan PAS PUSAT (Presiden, Timb.Presiden, Naib Presiden, dll) di Kediaman Rasmi Menteri Besar Kedah, katanya mesyuarat tersebut berlangsung sehingga lima jam ! Wowwww !!

Memang hebat ! Tamat mesyuarat pulak sehingga ke dini pagi ... gamaknya, ayam pun dah nak berkokok dah time tu...

Sayangnya, keputusan yang dinanti-nantikan oleh sekalian puak penyokong PAS Kedah, mahupun pembangkang Pakatan Rakyat Kedah (macam aku) hanyalah sia-sia kerana tiada pun sidang akhbar untuk menyatakan keputusan mesyuarat lima jam tersebut ! Katanya hasil mesyuarat tersebut akan diumumkan oleh Presiden PAS esok (Isnin) di Kuala Lumpur.

Mungkin ianya kerana terlalu lewat tamat mesyuarat pagi tadi, menyebabkan Haji Hadi mengantuk hari ini untuk menyatakan keputusan ...

Tiba-tiba kejap tadi aku terbaca satu BERITA TERGEMPAR dari blog TheFlyingKick DI SINI ...

TheFlyingKick menyatakan ;
Kumpulan Phahrolrazi Zawawi telah 'diberikan' kemenangan oleh PAS Pusat. Dan jawatan Menteri Besar telah 'diserahkan' kepada Taulan Mat Rasul yang mewakili Phahrolrazi Zawawi dalam barisan Exco, manakala OSTAT KITA pula diarahkan agar bercuti sementara.

SUNGGUH MENGGEMPARKAN ! ... ADAKAH INI BENAR ? HAJI AZIZAN AKAN TURUN TAKHTA DAN DIGANTIKAN DENGAN YB TAULAN RASUL ??? ...

Sesiapa ada maklumat, tolong kongsikan sementara kita nak dapatkan pengesahan sebenar mengenai perkara ini ESOK oleh Presiden PAS sendiri ... OK ???


AloQStaQ
04-MARCH-2012
2:45 PTG
AHAD

6 komen:

Anonymous March 4, 2012 at 3:41 PM  

PAS KEDAH AKAN HANCUR . TAPI KEHANCURAN ITU TIDAK DIAMBIL PELUANG OLEH UMNO KEDAH. AKHIRNYA, YANG RUGI ADALAH RAKYAT SEBAB KEDUA-DUANYA BERMASALAH a.k.a GILA KUASA.

sedarlah wahai PAS Kedah, jangan jadi macam UMGOK!

Anonymous March 4, 2012 at 3:53 PM  

Alahai ... PRU13 bila bila masa aje ..x ada makna nye jadi MB Kedah ... bukan boleh buat apa perubahan dalam masa terdekat... kita tunggu aje PRU13.

Anonymous March 4, 2012 at 4:42 PM  

Kemelut ini akan di selesaikan melalui panduan berikut.

- perkara ini dianggap selesai
- itu pandangan peribadi
- ini UMNO punya angkara
- penyelesain yang terbaik
-menjadikan PAS lebih kuat.

Hoi,semua ini patut diselesaikan pada Muktamar PAS dahulu.

Anonymous March 4, 2012 at 6:29 PM  

PAS PIS PUS.......bergiat aktif nak tambah bini.......

Anonymous March 5, 2012 at 8:29 AM  

SUBHANALLAH..balasan Allah itu cukup cepat skrg ni!!

REJIM PAS KEDAH..berjaya ’memajukan’ PEROBOHAN MADRASAH!! Wpun depa bergaduh sakan..tp dlm bab meroboh Madrasah berok Pahrolrazi dgn konco2nya tidak pun kesah pasai tu..wpun depa bermusuh dgn MB Azizan..tgklah betapa jahatnya perjuangan mereka!!

Itulah ‘jihad’ yg plg hebat oleh puak Khawarij PAS khususnya di Kedah..tiada satupun ULARmak berfikrah PAS menentang usaha jahat itu..sebaliknya mereka SEBOK dgn perebutan kuasa MB..MASYA ALLAH!!

Tiap2 hari bukan main sakan mereka berhujah ikut logik akal, bab Islam tolak buang ke mana.. konon Madrasah itu ‘cabuk’, tiada jemaah, disebarkan dgn sindiran2 buruk kpd rumah ibadah umat Islam..mereka hina tapak mulia dan bermaruah pd Islam.. mereka kata hebat sgt pasai Islam..so buatlah program pengimarahan..untuk hidupkan Madrasah tu..tp TIDAK..nafsu mereka ialah WANG!

Sedangkan mereka tidak tahu disisi Allah apakah hakikat sebenar nilai Madrasah itu..keikhlasan si pewakaf yg mewakafkan 100 tahun dulu untuk TUJUAN AGAMA.. dan doa org2 SOleh yg tidak sanggup melihat maruah syiar Islam digantikan dgn RM 1.47juta..

Maruah Islam tidak ternilai dgn wang ringgit..ttp mereka..REJIM PAS Kedah berpakat dgn Mufti untuk ‘mentaksirkan’ nilai Madrasah itu mengikut hawa nafsu mereka..berpakat dgn pemaju DAP Harbi..

dgn Mufti sekali pn terpengaruh..Mufti akhir zaman..

tksampai sebulan dr kes berat itu..kedudukan Azizan mula 'bergoncang' teruk..

So.. fikir2kan lah..siapa yg menggerakkan semua ini.. Allah Itu Maha Berkuasa! Peringatan Allah blh dtg dlm mcm2 bentuk.. sedangkan kita pun tahu sifat ASSOBIAH dan TAKSUBNYA org2 PAS pd sesama mereka wpun dicalit najis mereka tetap jilat…

Semoga Allah GAGALKAN kerja2 REGIM PAS Kedah ini meruntuhkan Madrasah Solihiah dan merosakkah syiar Islam di Kedah..pecahkanlah kuasa politik mereka!!

Hancurkanlah dan laga2kanlah Regim PAS ini di seluruh negara..sbg pengajaran buat balaci2 PAS dan umat Islam diseluruh tanah air!AMINN!

Anonymous March 6, 2012 at 11:03 PM  

Kalau tidak kerana Ustaz Azizan, 2 exco durjana tu jadi ADUN biasa saja. Makan tuan punya orang. Pendapat aku depa nak turunkan Ustaz Azizan cara terhormat. Ayuh Ustaz, jangan simpan lagi, buka pekung 2 exco tu bagi depa tutup mulut tak buat honar. Rakyat Kedah benci kuli makan tauke

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP