Monday, November 21, 2011

Bubar DUN : MB Selangor Penakut ! ... MB Kedah Berani ka ?! ....

Berikutan dengan kenyataan Khalid the Flinstone MB Selangor yang hanya akan membubarkan DUN Selangor selepas Jun 2012 membuktikan bahawa Pakatan Rakyat Selangor sudah nak mampus dijijak-jijak oleh rakyat Selangor.

TERBUKTI ! ... MB Selangor penakut dan hanya mahu bertarung cara tak gentleman ! ...

Manakala, aku percaya dan yakin bahawa DUN Kedah akan dibubarkan serentak dengan pembubaran Parlimen oleh Perdana Menteri. Pasai apa aku kata macam tu ??

Ini kerana bagi aku, MB Kedah yang selama ini kononnya pandai berjimat cermat tu , pasti cuba untuk tidak akan merugikan wang rakyat Malaysia untuk membiayai elaun & OT (kerja lebih masa) kepada para petugas SPR untuk buat kerja dua kali (pengasingan pilihanraya Parlimen & Negeri).

Bukankah Kerajaan PAS Kedah asyik dok mendabik dada mengatakan selama mereka memerintah Kedah pasca PRU12 dahulu, mereka mengamalkan perbelanjaan berhemah dan mengurangkan aktiviti-aktiviti merugikan?

HAAA ! Kali ni kenalah tunjuk bukti ! Kalau berani, bubarkan DUN Kedah serentak dengan Parlimen ... supaya perbelanjaan mengurus pilihanraya tak jadi dua kali kerja ...

Pedulikan apa Khalifah Lim Guan Eng Penang tu nak bubar lewat 2012 ...
Pedulikan saja MB Selangor nak bubar selepas JUN 2012 ...
Pedulikan Serambi Mekah Kelantan nak bubar bila-bila dia suka ...

PASTIKAN DUN KEDAH DIBUBARKAN MENGIKUT KERAJAAN PUSAT.
DEMI MEMBUKTIKAN BAHAWA PAS KEDAH KERAJAAN BERHEMAH.


Kalau dalam bab macam ni (Bubarkan DUN) pun PAS Kedah nak jugak ikut telunjuk DAP di Penang dan PKR di Selangor, memang sah terbukti PAS memang lekeh dan bodoh bangang !

PAS Kedah mesti berani untuk menongkah arus di dalam puak Pakatan Rakyat.

Jika tidak, kami rakyat Kedah akan melihat bahawa MB Kedah cakap tak serupa bikin (kononnya pandai berbelanja berhemah & Menjimatkan Wang Rakyat) !

AloQStaQBlog dengan ini mencabar Kerajaan PAS Kedah untuk membubarkan DUN ikut tarikh pembubaran Parlimen ... kita lawan secara gentleman ! ...

Mau ka Haji Azizan ??!!?



AloQStaQ
21-11-2011
9:41 Pagi
Senayan

1 komen:

Anonymous November 21, 2011 at 10:02 AM  

tobat lahum dia (MB taichi) tak berani nak bubar serentak dengan datuk najib bubar parlimen . hang tengok aja laaa.. depa mesti ikut kata tok guru depa - anuwar berahi.

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP