Tuesday, March 15, 2011

Sebarkan !!! .... SAMAN EKOR Akan Menjadi Punca BN Hilang BANYAK Undi di PRU13 ! ... PERCAYALAH !

Kebelakangan ini, AloQStaQBlog mendapati ramai rakyat Malaysia yang merungut terpaksa membayar segala saman trafik yang telah dikenakan kepada mereka, khususnya saman secara terus (yang ditandatangani oleh pesalah trafik) dan juga SAMAN EKOR (yakni Saman tanpa Tandatangan Pesalah Trafik - ianya hanya dihantar oleh PDRM melalui pos / merujuk laman web / semak di kaunter Saman Trafik PDRM).

Aku sebagai seorang blogger yang mesra Kerajaan BN dan aku sayangkan negara ini dari tumpas ke tangan Pakatan Rakyat, aku akan cuba untuk sedaya upaya membantu Kerajaan BN dengan menulis artikel ini. Mohon kawan-kawan dapat hebahkan di dalam semua blog-blog Pro-Kerajaan agar ianya mendapat perhatian Kerajaan Malaysia , bertindak sebelum parah!

Terlalu banyak rungutan rakyat yang didengari mengatakan bahawa saman yang mereka perlu bayar amatlah besar nilainya (kebanyakannya minima RM100 dan ke atas) dan pastinya ada yang telah mencecah ribuan ringgit.

Pada aku di AloQStaQBlog, itu semua adalah Hukuman dan ia kena pada tempatnya serta aku ucapkan PADAN MUKA HANGPA (Kepada Pesalah Trafik yang disaman TERMASUK AKU !) sebab sendiri membuat kesalahan trafik , kenalah sendiri merima hukumannya !...

Tetapi, yang menjadi dilema sekarang adalah jika saman tersebut merupakan SAMAN EKOR, yakni saman yang dikatakan sebagai saman trafik tetapi pemilik kenderaan atau pesalah trafik tersebut langsung tidak mengetahuinya (tiada tandatangan pesalah trafik dalam Surat Saman) malahan kesalahan tersebut kononnya DIRAGUI kesahihannya oleh penerima surat saman ekor - yang dihantar secara Pos ATAU disemak melalui laman web yang berkaitan ATAU disemak di kaunter Polis Trafik.

Berikutan itu, Puak Pakatan Rakyat telah menangguk di air keruh isu ini dan membela rakyat (kononnya) yang "telah ditindas" oleh Kerajaan BN akibat SAMAN EKOR yang tidak diketahui kesahihannya ini. Ini ibarat bola tanggung bagi puak Pakatan Rakyat untuk tibai Kerajaan BN.

Pada aku, sebagai salah seorang pemandu kenderaan dan penunggang motosikal di jalanraya dan aku juga salah seorang yang pernah menerima SURAT SAMAN EKOR, aku rasa OK saja sebab aku tahu dan yakin bahawa tempat, tarikh dan masa saman tersebut dikeluarkan, ianya adalah setara dengan apa yang aku lalui sendiri waktu tersebut. Aku cuba rasional apabilamenerima surat SAMAN EKOR tersebut.

Cuma yang menjadi masalah besar kepada Kerajaan, apabila ada di antara pesalah trafik yang menerima SAMAN EKOR tersebut mengatakan bahawa mereka tidak pernah melakukan kesalahan yang tertera dalam SAMAN EKOR tu dan langsung tidak pernah berada ditempat yang dinyatakan mereka disaman pun !

Ada seorang kawan aku pernah memberitahu , bahawa dia juga pernah menerima SURAT SAMAN EKOR melalui Pos dan pada mulanya dia hanya tahu mengenai SAMAN EKOR tersebut selepas menyemak melalui Laman Web MyEG.com.my ...

Demi mencabar perkara itu yang dikatakan tidak betul, beliau (kawan aku) terus ke Ibu Pejabat Polis Trafik berdekatan untuk menyiasat kebenaran dan kesahihan SAMAN EKOR tersebut, lalu beliau bertemu dengan seorang Pegawai Polis yang bertugas. Senarionya adalah seperti di bawah :

============================================

Kawan Aku : Saya tengok dalam website, saya kena SAMAN EKOR, ni baru saya terima surat saman melalui Pos, dan saya rasa SAMAN EKOR ni tak betui ... macamana saya nak buat? ... ni saya bawak mai keterangan dalam website tu yang saya dah print dengan SURAT SAMAN EKOR tu sekali, Tuan.

Polis :
Kalau encik nak kesahihan, encik boleh beli & tengok gambaq yang Polis dah ambik (rakam) dan encik boleh buat kepastian melalui gambaq tu. Kami memang ada bukti bergambaq dalam sistem.

Kawan Aku : OK Tuan, mai saya nak tengok gambaq tu.

Polis :
Encik kena bayaq (RM ??) untuk kami buka sistem fail saman encik tu dan print gambaq tu untuk encik. Caj yang dikenakan ni tidak boleh dituntut kembali seandainya gambar tu gambaq encik sendiri ataupun gambaq orang lain.
Kawan Aku : OK lah, saya sanggup bayaq (RM ??) untuk tengok gambaq demi memastikan kesahihan saya buat salah dan kena patut SAMAN EKOR ni ...

Polis : Encik tunggu sat nooo, encik bagi saya maklumat encik, nanti sat lagi lagi kami print dari sistem.

(selepas dia menunggu beberapa ketika)

Polis : Encik, dah siap gambaq yang encik minta, encik cuba tengok dan pastikan betui ka tak betui gambaq tu encik punya ka, orang lain yang bawak kereta encik ...
Kawan Aku : (DENGAN MUKA YANG MERAH PADAM KAWAN AKU MENJAWAB ...)
Ya, Ya, betui ni gambaq saya, kat mana kaunter saya nak pi bayaq saman ni Tuan? ...

( SETELAH KAWAN AKU MELIHAT KESAHIHAH GAMBAR TERSEBUT ... SIAP DENGAN KELIHATAN RUPABENTUK KERETA DIA , SIAP DENGAN NOMBOR PLAT KERETA DAN
TERMASUK WAJAHNYA SEKALI YANG SEDANG MENGOREK TAIK HIDUNG !! AMAT JELAS KELIHATAN ) ...

Ha .. Ha .. Ha !
 

Itu mungkin secara kebetulan, kawan aku sudah kena snap gambaqnya dalam rekod SAMAN EKOR tu sewaktu dia Memandu Melebihi Had Laju SAMBIL mengorek taik hidungnya !

Apa nak buat lagi ?... terus bayaq saman ajelah ....

Walaupun nampak macam lawak, tapi ITU ADALAH CERITA BENAR ! ... BUKAN REKAAN.

============================================

Jadi, apa yang aku nak tunjukkan di sini bahawa SAMAN EKOR tu boleh jadi SAHIH , boleh jadi TIDAK SAHIH ...

Dalam cerita kawan aku di atas tu, aku nak gambarkan bahawa ada cara untuk menentukan kesahihan bagi sesiapa yang dah kena SAMAN EKOR ni...

Masih ada peluang untuk anda mengenalpasti adakah benar SAMAN EKOR itu patut dikenakan terhadap anda dengan cara anda boleh terus ke Pejabat Polis Trafik lalu menentu-sahkan sendiri gambar yang telah dirakamkan di dalam kamera itu adalah milik anda / kenderaan anda ! ...

Sungguhpun begitu, rakyat masih AMAT-AMAT MARAH dengan SAMAN EKOR ni ...

Aku amat bimbang, begitu ramai rakyat yang tidak berfikiran rasional akan terhasut dengan gerakan Anti-Saman Ekor yang sedang hebat dilaung-laungkan oleh Pakatan Rakyat (kepala bapak yang kuat meraung ni adalah Mahfuz Omar), padahal deorang tu hanya tahu menangguk peluang yang ada sahaja.

Pada hakikatnya kesalahan yang dilakukan oleh rakyat, tidak sepatutnya dibela. Setiap kesalahan sepatutnya dihukum!

Pada aku, aku yakin dan optimis bahawa rakyat akan kembali sanggup mengakui kesalahan mereka termasuk sanggup membayar saman ekor jika ada BUKTI SAHIH yang tidak boleh mereka pertikaikan lagi bahawa mereka telahpun melakukan kesalahan trafik yang dinyatakan secara jelas oleh pihak Polis dalam SURAT SAMAN EKOR.

Aku ada memikirkan cara penyelesaian untuk Kerajaan renung-renungkan bersama.


Aku harap pihak Polis dan Kerajaan Malaysia dapat mempertimbangkan dua (2) cara penyelesaian di bawah , yang aku cadangkan ini

(kalau-kalau ianya boleh membantu Kerajaan menangani Isu Masalah Rakyat Sedang Marahkan SAMAN EKOR ni) :

PERTAMA (1) : Aku rasa, adalah lebih baik untuk pihak Polis menghantar surat SAMAN EKOR kepada pesalah trafik yang terlibat dan DISERTAKAN (attached) dengan GAMBAR KESALAHAN yang telah dirakamkan.

Sepatutnya gambar tersebut adalah secara PERCUMA (tapi kalau masih nak caj percetakannya pun berpada-padalah, nyatakan saja dalam caj tersembunyi , yang mungkin boleh dimasukkan dalam item Cas Perkhidmatan ka, Caj Proses ka, apa ka ... itu ikut kepandaian Pihak Polis & Kerajaan la !) Tapi, kalau secara percuma, LAGI BAGUS !


Dengan itu, BUKTI KESALAHAN adalah jelas terhadap pesalah trafik.

Malahan pesalah trafik tersebut tidak perlu lagi menafikan kesalahannya (ia juga secara langsung telah menutup peluang untuk depa & Pakatan Rakyat untuk buat sebarang isu politik!)

Pesalah Trafik itu juga tidak perlu terpaksa
untuk ke Balai Polis Trafik bagi melihat gambar kesalahan mereka yang telah dirakamkan, (mereka juga secara tak langsung, tidak perlu membayar pula sejumlah RM ?? hanya semata-mata untuk melihat gambar kesalahan itu) bagi menentukan kesahihan SAMAN EKOR tersebut !

Bukankah cara ini lebih TELUS, MUDAH dan ADIL kepada dua-dua pihak yakni Kerajaan dan Rakyat ?!


ATAU

KEDUA (2) : Jangan benarkan SAMAN EKOR DIBAYAR DENGAN WANG RINGGIT !

Hanya bagi kesalahan SAMAN EKOR sahaja, pesalah tersebut diwajibkan dihukum dengan hukuman menjalankan KERJA AMAL SELAMA SEMINGGU ka, SEBULAN ka ( atau mana-mana yang difikirkan berpatutan) ATAU,  MEREKA DIKENAKAN LAIN-LAIN HUKUMAN SETIMPAL YANG LANGSUNG TIDAK MELIBATKAN WANG RINGGIT.


Mengikut kajian kasar dan pengamatan mata aku, Rakyat Malaysia kebanyakannya mengeluh kerana caj SAMAN EKOR terhadap mereka dikenakan sehingga mencecah ratusan dan ribuan ringgit !!! ...

Walaupun ada juga di antara mereka yang mengakui kesalahan trafik yang dilakukan tersebut, tetapi mereka tetap mendakwa Kerajaan Malaysia dan Polis Malaysia amat Zalim dengan sengaja ingin menyusahkan dan membebani rakyat dengan saman yang tidak mereka sedari ! ...


Ada juga yang mengatakan bahawa Kerajaan Malaysia ingin mendapatkan dana & wang secara mudah , semata-mata untuk Kerajaan "menjoli sakan" hasil dari kesusahan rakyat bawahan !!! ... Biasa lah tu, kan? Mulut orang macam tu , memang celupar biawak & haprak!

Maka, depa-depa yang haprak yang DISAMAN EKOR tersebut telah bernekad untuk membenci kerajaan Malaysia dan menghasut yang lain juga ! ...

Tunggulah nanti pada PRU13, depa akan pangkah Pakatan Rakyat ! ... Itu kata dan ugutan depa yang telah dibebani dengan hukuman membayar SAMAN EKOR !


Jadi, sekarang adalah masa yang paling sesuai untuk Kerajaan Malaysia mengubah mindset rakyat yang berfikiran sedemikian, Kerajaan Malaysia perlu lebih PROAKTIF untuk mengelakkan rakyat menyalahkan dan menuduh yang bukan-bukan terhadap Kerajaan!

Paling penting supaya puak PAKATAN RAKYAT tiada isu lagi untuk digunakan sebagai peluru hidup pada kempen PRU13 yang bakal menjelang!

Hukuman WANG RINGGIT patut diubah kepada HUKUMAN BUAT KERJA AMAL. BAGI KESALAHAN SAMAN EKOR SAHAJA.

Tidak mustahil kerana perkara ini (Kerja Amal) adalah satu kebiasaan di negara-negara luar. Cuma Malaysia sahaja yang masih belum mahu mempraktikkannya !
Secara jangka panjang, perlaksanaan ini lebih menguntungkan pihak Kerajaan Malaysia dan dalam masa yang sama kesannya dirasai oleh sekalian rakyat jelata ! ...

Walaupun aku sedari akan hakikatnya , wang perolehan kepada kantung Kerajaan semakin tipis, tetapi jangan terlalu memikirkan wang sahaja !


Fikirkan UNDI PRU13 sama !

.....

Mungkin kedua-dua cadangan yang aku usulkan tadi nampak seolah-olah terlalu biasa dan tidak terlalu membantu kerajaan sangat pun, tetapi bagi aku ianya harus dipertimbangkan sewajarnya kerana SAMAN EKOR akan menjadi duri yang maha tajam untuk menghiris lumat segala kempen BN di PRU13 nanti ...

PERCAYALAH ! INI ADALAH ISU NASIONAL ...

Memang pada Pilihanraya-Pilihanraya Kecil yang baru berlalu sebelum ini, isu saman ekor kurang dimainkan oleh Pakatan Rakyat ... Ini kerana mereka masih simpan isu SAMAN EKOR ini yang nampaknya lebih sesuai dijadikan peluru & bom paling hebat untuk mereka adu-dombakan kepada seluruh Rakyat Malaysia supaya membenci BN pada kempen PRU13 nanti!

AKU YAKIN, PASTI RAMAI YANG AKAN TERHASUT ! ... Terutamanya pengundi atas pagar !

Aku hanya ingin membantu bagi menyedarkan Kerajaan Malaysia betapa penting menangani Isu SAMAN EKOR ini!

Bagi aku di AloQStaQBlog, SAMAN EKOR yang dikenakan terhadap Rakyat Malaysia sekarang ini PATUT DITERUSKAN, tetapi pendekatan HUKUMANNYA patut ditukar kepada yang lebih mesra Kerajaan & Rakyat ! ...

TIDAK MUSTAHIL JIKA KITA SEMUA MAHUKAN, IANYA PASTI BOLEH DILAKSANAKAN !

NOTA TAMBAHAN  : Untuk Saman-Saman Trafik yang dikenakan secara terus (dan telah ditandatangani oleh Pesalah Trafik sewaktu mereka disaman di jalan-jalanraya), aku rasa ianya masih wajar untuk pihak Kerajaan atau Polis Trafik kenakan Hukuman Membayar Saman dengan WANG RINGGIT seperti sekarang. Itu tiada masalah ...


ALOQSTAQBLOG SENTIASA MENYOKONG TERUSKAN SAMAN EKOR !




Ikhlas Memberi Idea Untuk Kerajaan Malaysia:

AloQStaQ
15 MARCH 2011
2:20 Petang

11 komen:

lidey lim March 15, 2011 at 2:58 PM  

sy baru kena saman ekoq. rm300.

tak tau nak cekau mana duit. kalau depa suruh sapu sampah kat pekan kangaq ganti rm300 tu sy mau rasanya.

hehe

Anonymous March 15, 2011 at 3:18 PM  

Dah >20thn bawak keta, cuma 2x kena saman.Satu bawak 92km kat kawasan 70km dan satu lupa pakai tali pinggang...Yg kena saman brekor2 ni mmg pesalah jalanraya tegar.Bawak keta ikut suka, potong Q, speeding, parking brsepah, langgar lampu merah dsbgnya. Ada kwn brjela saman dia yg entah brapa tahun sampai print 3 ms.Pehal nak kensel pulak, pehal yg kami jarang kena saman.Diaorg untung dpt diskaun yg mana patut bayar penuh.Aku cadang diaorg bayar penuh n kemudian 50% kompaun tu kasi kat org2 yg jarang/tak kena saman.Kira mcm prepaidlah, amacam??Setuju tak...heheheheh

Anonymous March 15, 2011 at 3:56 PM  

Aku setuju dengan cara no 2 tu..sebab kalau nak mendidik atau menghukum biarlah adil..kalau orang kaya(berduit) setakat 2 ke 3 ribu bayaq saman apa la sangat..kalau kena buat kerja amal tu aku yakin depa akan elakkan dari kena saman..lagi2 org kaya..

BigDogDotCom March 15, 2011 at 4:07 PM  

Soal 'saman ekor' ni ialah soal orang atau pengguna jalan raya yang gagal hormati undang undang.

Kalau buat salah, kena saman. Bila disaman, bayar ja. Tak perlu nak mintak penggurangan/diskaun/'pemutihan.

Kalau benar benar rasa tak bersalah kerana melanggar undang undang samada memandu lebih had laju atau melanggar lampu isyarat, jadi tak perlu bayar saman. Pergilah cari keadilan dalam mahkamah. Nanti bukti seperti gambar akan dikemukakan semasa perbicaraan.

Pendekata, kalau tak mahu kena saman, jangan langgar undang undang. PATUH PERATURAN SETIAP KALI SEMASA MEMANDU!

Anonymous March 15, 2011 at 4:22 PM  

as salam

saya sokong saranan no.1.. tang hukuman tu, kalau suruh bayar pun tak bayar inikan pula buat kerja amal.. cabut lari jugak

pandangan annoy 15 mac 3:18 PM tu ader benarnya.. pesalah trafik tegar sahaja yg boleh buat koleksi saman trafik berjela-jela. Masalahnya, perkara ni dah dipolitikkan oleh mereka parti politik yg.. maaf saya cakap.. dok sokong rakyat buat kesalahan & jenayah.. ni pikir sendiri laaa

kalau dah pesalah trafik tegar tu siap boleh buat koleksi saman trafik, saya rasa elok laaa nama mereka dikeluarkan dari senarai pengundi. Sebab negara ni tak perlukan orang yg berakal pendek untuk mengundi & memilih pemerintah.

sendiri buat salah langgar undang-undang lalu lintas, pastu nak lepaskan geram kat kerajaan & PDRM.. gila

pe@ce

usin March 15, 2011 at 4:54 PM  

untuk berlaku adil, bersama notis yg dihantar kpd pesalah trafik (yg disyaki) sertakan sekali gambar yg disnap oleh pdrm. adakah gambar cetakan itu terlalu mahal sehingga tidak mampu ditanggung oleh pdrm? seinggat aku, duit stem pos lg mahal dari blanje print gambar. kalau benar gambar yg disnap adalah sahih dgn kesalahan,saman tetap wajib dibayar. adakah bayaran saman itu bukan duit? untuk lebih mesra rakyat, bukan tarik balik saman, tetapi nilai bagi setiap saman itu biarlah berpatutan mengikut bentuk kesalahan. contoh mudah, jika untuk had laju 90km/j pesalah memandu 100km/j, maka saman yg sesuai ialah maksimum rm150.00 (contoh). jika memandu 120km/j saman maksimum rm200. ini hanya contoh. jgn pulak pdrm memilih kawasan had laju 60km/j utk snap gambar pesalah trafik. kalau buat juga nampak sgt memang niat nk snap gambar banyak2. org dh mula kata, kerajaan nk kumpul modal utk pru13. adakah ini benar? adakah pengguna jalanraya juga yg kena tanggung belanja pilihanraya? wallahuaklam...

pesarapolis March 15, 2011 at 9:37 PM  

aku sokong sangat artikel penulis ni. aku akui memang kerajaan patut lakukan sesuatu supaya isu saman ekor ni tidak dipolitikkan oleh pihak pas, pkr dan dap pada PRU ke 13 nanti.

aku rasa tidak salah dengan apa yang dicadangkan oleh penulis, dengan memberikan gambar kesalahan bersama-sama surat saman ekor yang diposkan tu amatlah wajar.

untuk cadangan kerja amal tu, perkara itu amat sukar untuk dipraktikkan di negara ini walaupun ianya tidaklah satu perkara yang mustahil. cuma mungkin untuk PRU ke 13 nanti, tak sempat nak buat la rasanya?

apapun aku sokong artikel ni, memang saman ekor tak perlu di mansuhkan, kerajaan mempunyai hak mutlak untuk mencari kesalahan rakyat, terpulang kepada rakyat untuk menjaga diri dari melakukan kesalahan.

tiada kesalahan, tiada saman ekor.

Kamal Sanusi March 16, 2011 at 9:55 AM  

Rasanya, rakyat marah-marah dengan saman ekoq ni kerana mereka tidak mendapat maklumat yg mereka disaman hinggalah tiba masa untuk renew road-tax, tup tup kena blacklist.

Kalau saman ekoq ini dapat dibuat dgn berkesan hingga tempoh penyampaian kepada pesalah adalah singkat, mungkin dpt mengelakkan protes mengenainya.

Saman ekoq akan berlarutan hingga ke blacklist di JPJ. Mahkamah Tinggi Kuching mengatakan tindakan blacklist adalah salah di sisi undang2. Ini juga penyumbang kepada protest mengenai saman ekoq.

Di S'pore, pesalah yg membuang sampah merata-rata akan didenda dengan khidmat masyarakat tanpa mengira siapa kerana pihak berkuasa sana amat tegas dan telus. Hasilnya sebuah bondoroyo yg bersih. Jadinya, pilihan hukuman samada duit atau kerja khidmat masyarakat mampu mendidik agar peraturan jalanraya sentiasa dipatuhi. Takat duit, ramai yg akan kata buleh dicari dgn senang.

Dlm apa juga perkara, sikap manusia itu sendiri yg susah diubah tak kira apa jua hukuman yg bakal dikenakan.

Saya juga menyokong saman ekoq ni SEKIRANYA ia dilaksanakan dgn berkesan, telus tanpa takut atau berpihak pada mana2.

Dot March 23, 2011 at 12:58 AM  

betui sungguh la tu! sapa yg buat salah kenala lebih bertanggungjawab. aku syorkan mana2 individu yg tak mo bayaq saman atas kesalahan yg memang depa buat, sila pamerkan gambar2 mereka yg sedang melakukan kesalahan dlm akhbar2 atau paparkan dlm segment khas di tv mcm rancngan 999 ka apa ka, biaq depa tau depa memang bersalah...mana mo laghi oi? kan satu donia dpt tau?

Anonymous March 24, 2011 at 9:01 AM  

Tak payah hantar gambar pun takpe. Check gambar kat website kan sekarang ni dah canggih.

Setuju supaya pesalah trafik ni dikenakan hukuman kerja amal.

Come on la rakyat Malaysia, berani buat berani tanggungla. Kepada pesalah trafik jgn jadikan isu sama ekor utk menuding jari kepada orang lain. Periksa diri sendiri dulu.

akuantipr.

sai_pena December 2, 2015 at 12:57 PM  

Kat website pun xde gambar...nak saman kena ada bukti la..saman nak kebas duit..print pun nak kebas duit gak ke.

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP