Thursday, March 31, 2011

BABI oh BABI ... Dari MERGONG ke KUALA MUDA ... Pusat Penyembelihan BABI / KHINZIR / KOBAU PENDEK Akan Dibina Tahun Ini ...

Aku petik berita ni dari laman blog KedahLaNie (Penyokong Tegar Kerajaan PAS Kedah Yang Amat Disayangi Oleh MB). Sila Bacha :

Pusat penyembelihan babi bernilai RM5j dibina


ALOR SETAR - Kerajaan Negeri telah bersetuju menawarkan tanah seluas 1.21 hektar di Kampung Sungai Tok Pawang, Kuala Muda untuk dibangunkan pusat penyembelihan babi yang baru, menggantikan tapak lama di Kampung Berjaya, Mergong.

Exco Industri dan Pelaburan, Pertanian dan Industri Asas Tani, Bioteknologi, Pembangunan Luar Bandar & Basmi Kemiskinan, Datuk Ir Amiruddin Hamzah berkata, perkara itu sudah lama diputuskan namun projek terbabit hanya akan dimulakan tahun ini.

“Kerajaan Negeri sudah bagi persetujuan dan tapak itu juga sudah di kenal pasti. Cuma tunggu kelulusan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sahaja sebaik syarikat terbabit mengemukakan pelan projek, yang dijangka mengambil masa enam bulan,” katanya, ketika menyaksikan majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) antara Persatuan Peniaga dan Penyembelihan Babi Kedah dengan Persatuan Murid-murid Tua Sin Min, di Wisma Darul Aman.

Menurutnya, perkembangan projek ini menunjukkan Kerajaan Negeri mengotakan janji yang dibuat tahun lalu, apabila bersetuju memberi sokongan untuk menjayakan projek berkenaan kerana memahami kehendak bukan Islam.

“MoU antara Persatuan Peniaga dan Penyembelihan Babi Kedah dengan tuan tanah sudah diadakan sebelum ini. Selepas MoU dimeterai, projek akan bermula secepat mungkin,” katanya.

Ir Amiruddin berkata, sebelum ini projek terbabit mengalami kelewatan berikutan masalah kewangan persatuan itu, di mana anggaran kos projek pembinaan mencecah RM5 juta.

Projek ini mesra alam dan tiada kumbahan daripada pusat akan disalirkan keluar. Ianya akan dirawat menerusi sistem kitar semula, bermakna tidak ada pencemaran alam sekitar. Sekiranya semua proses berjalan lancar, pusat itu akan memulakan pembinaan tahun ini,” katanya.

Menurutnya, teknologi yang diguna pakai adalah sama seperti yang dilaksanakan di Selangor, yang terbukti keberkesanannya.

Ir Amiruddin berkata, ketiga-tiga pihak terbabit akan menubuhkan sebuah syarikat untuk menjayakan projek itu, dan Kerajaan Negeri hanya sekadar membantu dalam proses kelulusan tapak projek.

“Ini projek usaha sama antara mereka, kita hanya bantu segerakan kelulusan. Kos termasuk tapak adalah dibiayai oleh mereka,” katanya.

Dalam hal ini, aku melihat projek Rumah Sembelihan BABI yang baharu ini dianggarkan RM5 JUTA SAHAJA  dan dengan menggunakan teknologi canggih yang ada sekarang, relevankah hanya RM5 JUTA untuk diwujudkan satu pusat sembelihan yang mesra alam dan tidak akan mengakibatkan sebarang pencemaran ? (KERAJAAN NEGERI KEDAH DAH KAJI  BETOI-BETOI KER NILAI SEBANYAK NI BOLEH MENAMPUNG KOS PEMBANGUNAN TEKNOLOGI & PRASARANA SEPERTI YANG PERSATUAN TU JANJIKAN ???) Hmmm ... aku agak pelik jugak.

Cuma, aku harapkan sangat-sangat, benarlah apa yang dijanjikan ni (
Projek ini mesra alam dan tiada kumbahan daripada pusat akan disalirkan keluar. Ianya akan dirawat menerusi sistem kitar semula, bermakna tidak ada pencemaran alam sekitar.).

Jangan pula ia hanya berkesan untuk sebulan dua atau hanya mampu sehingga enam bulan pertama sahaja, lepas tu dah mula ada kedengaran sungai / laut yang tercemar atau parit yang busuk dengan darah / kotoran hasil sembelihan tersebut ...

Hanya RM5 Juta ?? ... Hmmmm .....

Errrr, di kawasan
Kampung Sungai Tok Pawang, Kuala Muda tu berapa ramai Melayu dok ada yer ? ... Cina pulak berapa ramai dok ada kat sana ? ... sapa-sapa ada detail, tolong bagi sat ... TQ ...


AloQStaQ
31 March 2011
10:10 Pagi

4 komen:

hangkedee March 31, 2011 at 10:32 AM  

Kedah sejahtera P*** Mak Hampa "buat kerja cara Islam"Boleh pula bela kerbau pendek pak jangoat Pas.Ambik kau .menyusahkan.Orang buat bil setempat boleh bayar dekat pejabat Pos Bil air depa bagi susah kerja 2 kali pelag punya lebai maangkok hayun buat kerja cara islam atau buat kerja cara Pantat Thuiiii takebeer.

sepuputokpawang March 31, 2011 at 12:04 PM  

aku walaupun dah lama tak ke kuala muda, aku tau kawasan tu memang ramai Melayu.
anggarannya dalam 65% melayu. Ini anggaran aku saja.
harap kalau ada yang berdekatan dengan kawasan kg.tok pawang tu, boleh tolong bagi data spesifik.


sepupu tok pawang

Anonymous March 31, 2011 at 1:26 PM  

salam sejahteran.
aku sokong hangkedee kata tu! memang tepat, depa buat keja bukan cara ISLAM ... tapi cara "I SELAM" dalam ayaq ... sambil niat mandi wajib, sambil dok telan ayaq!

SESUPUTOKPAWANG , kalau tak silap aku , aku dapat tau dari kawan di kawasan kuala muda tu, depa kata kawasan tu memang ramai orang melayu dan ada pulak perumahan KEDA untuk penduduk melayu situ. tak kesian ka kat depa2 tu semua?

Kamal Sanusi March 31, 2011 at 4:20 PM  

Betui la kut RM5 juta saja sbb tak banyak pembayaran wang tol yg terpaksa dibayar mcm dulu-dulu depa dok buat projek KERAjaan.

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP