Friday, January 21, 2011

ALFATIHAH ADUN Merlimau Melaka ...

AL-FATIHAH ... Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan yang mengalami serangan jantung sejak Sabtu lepas, meninggal dunia pada pukul 8.10 malam Khamis (20 Januari 2011) selepas menerima rawatan di Hospital Pakar Putra, Melaka.

Maka akan berlaku satu lagi PRK setelah satu demi satu PRK berlaku di Malaysia pasca PRU-12 (sejak Mac 2008 dulu) ...

Apakah petandanya ini ?

Terlalu banyak masa , duit dan tenaga digembleng untuk menjayakan sesuatu PRK ... Apakah ianya satu proses penyedaran atau pemutihan kekalahan teruk BN di PRU-12 dahulukah ? ...

Semoga dengan berlakunya PRK Tenang & PRK Merlimau kali ini, akan lebih menyedarkan BN bahawa kerja keras perlu dilipatgandakan lagi ...

JANGAN ASYIK LEKA DENGAN KEMENANGAN BN DI BEBERAPA PRK , PADAHAL IANYA BELUM PASTI BERULANG DENGAN CEMERLANG DI PRU-13 NANTI ...

TERUS BERUSAHA MENAWAN HATI RAKYAT !

Ikut cara Dato' Seri Najib, turun ke bawah, ke akar umbi ... jangan lena lagi dahhhh !!!


Fakta Pilihanraya DUN Merlimau Melaka :

N27 MERLIMAU

Jumlah Pengundi: 10,471

Peratusan Kaum: M:64.69% C:21.11% I:14.16% L:0.04%
1. Datuk Mohd. Hidhir Abu Hassan (BN) (4,981)
2. Jasme Tompang (Pas) (2,827)
Majoriti: 2,154
Jumlah undi: 7,957
Peratus mengundi: 75.99%
Undi rosak: 149
Penyandang : Datuk Mohd. Hidhir Abu Hassan (BN) (Majoriti: 5,087 undi)

UNDILAH PARTI YANG MEMBELA RAKYAT !

UNDILAH BARISAN NASIONAL !



 AloQStaQ
(Baru Keluar Kem Di Hutan) ...
21 Januari 2011
10:05 Pagi

0 komen:

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP