Tuesday, November 9, 2010

PENUBUHAN PARTI "PAKATAN RAKYAT" KINI BERKUBUR !

Kita semua masih ingat lagi tahun lalu telah berlangsung satu Konvensyen Pakatan Rakyat di Shah Alam - bertujuan untuk mewujudkan satu gabungan parti di bawah SATU LAMBANG (katanya draf Logo depa adalah seperti di atas) dan dinamakan PARTI PAKATAN RAKYAT yang akan bertarung 1 lawan 1 dengan PARTI BARISAN NASIONAL pada PRU13 nanti , demi untuk menawan Putrajaya !

Sudah tentu kita masih ingat lagi, Zaid Ibrahim telah dipertanggungjawabkan untuk menjadi Penyelaras Penubuhan PAKATAN RAKYAT untuk ditubuhkan secara rasmi & berdaftar ... Lama benor dia amik masa untuk kaji perlembagaan dan undang-undang berkaitan penubuhan parti yang akan menggabungkan LAMBANG BULAN, LAMBANG ROKET & LAMBANG MATA (DAJJAL) tu ...

Sehinggalah hari semalam (Isnin 08 November 2010), Zaid Ibrahim telah secara rasminya mengumumkan menarik diri dari bertanding sebagai calon Timbalan Presiden PKR pada Pemilihan PKR 2010 dan MELETAKKAN SEMUA JAWATANNYA DALAM PARTI (KECUALI KELUAR DARI MENJADI AHLI PARTI PKR) .

Ini membawa maksud secara tak langsung Zaid Ibrahim dengan secara rasminya juga telahpun MENARIK DIRI dari meneruskan kerja yang dipertanggungjawabkan kepada beliau sebagai Penyelaras Penubuhan PARTI PAKATAN RAKYAT !

Inilah kesannya jika Pakatan Rakyat yang dianggotai oleh PAS, PKR & DAP mempunyai agenda dan halatuju berbeza ... masing-masing nak mempertahankan agenda masing-masing, ditambah pula kehadiran orang macam Zaid Ibrahim kedalam parti PKR yang mana Zaid cuba untuk "cepat naik" menggunakan KABEL ANUWAR ...

Akhirnya, Zaid yang "dicincang lumat" dalam pemilihan PKR kali ini mengambil keputusan mengundurkan diri ... Takkan lah Zaid (yang kononnya Peguam Hebat) akan meneruskan kerjanya sebagai Penyelaras Pakatan Rakyat tu lagi kot ??? BODOH LA MU ZAID OIII KALAU MU TERUSKAN KEJA BODOH TU !...
Jadi, hasrat PAS , PKR & DAP untuk melihat kewujudan PARTI PAKATAN RAKYAT kini hanya tinggal impian saja ! Nasib laaa lu semua ... Macam ni punya bercelaru pun - ada hati nak memerintah di Putrayajaya !??? ... Piiiiiraahhhhh luuuu ......... !!!


AloQStaQ
09 Nov 2010
1:45 Ptg


0 komen:

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP