ROMBAKAN KABINET LEPAS 4 NOVEMBER ????
Ramai nampak dengan jelas, KJ begitu bersungguh-sungguh dalam PAU kali ke 61 minggu lepas dengan muka sekupang yang tak reti malu mengangkat diri sendiri dalam bakui dan seterusnya mangkuk ayun ni dengan jelas sekali berkias telah meminta-minta jawatan kononnya Pemuda harus diberi kepercayaan yang lebih oleh kepimpinan untuk membuktikan kononnya kemampuan Pemuda ! Tuihhhh! .......
Tudia malaun punya muka tak malu !
AloQStaQ dok tanya-tanya & intai-intai dengan kawan-kawan pasai apa KJ kalut sangat dok melalak puji diri sendiri & berkias meminta "tanggungjawab" untuk dipikul ??? ... Ramai kawan-kawan aku yang menyebut - katanya akan berlaku sedikit rombakan kabinet Dato' Seri Najib dalam masa terdekat (spesifik - katanya selepas PRK Galas & Batu Sapi) ... Maknanya, selepas 4hb November 2010 nanti la tu, kann ? ...
Yang pasti, sedikit rombakan dalam Parti UMNO pasti akan berlaku (sebab diakui sendiri oleh DS Najib sewaktu PAU baru-baru ni), cuma bab rombakan dalam pentadbiran Kabinet DS Najib sahaja yang baru aku dengaq khabar tak rasmi katanya akan berlaku juga dalam masa terdekat ...
Apapun, SAMA ADA KHABAR ROMBAKAN KABINET TERSEBUT AKAN BENAR-BENAR TERJADI ATAU TIDAK TERJADI, aku di AloQStaQBlog sentiasa memohon kepada DS Najib agar melupakan hasrat beliau jika terdetik dalam hatinya ingin mengangkat KJ Khairy Jamaluddin sebagai MENTERI / TIMBALAN MENTERI sepanjang penggal 2008 - 2012 ini ...
DATO'SERI, ITU PASTI AKAN MENGUNDANG KEMARAHAN JUTAAN RAKYAT MALAYSIA !
Percayalah kata-kataku ini wahai DS Najib ! ... Jangan hanya kerana nak menjaga hati seorang manusia (atau monyet?) , kamu melakukan kesilapan BESAR dengan menghiris hati jutaan rakyat Malaysia yang lain ... JANGAN LANTIK KJ UNTUK APA-APA JAWATAN KABINET !
Saya merayu DS Najib agar mempertimbangkan perasaan kami yang Anti-KJ : TETAPI KAMI TETAP SAYANGKAN UMNO !
JANGAN PEDULI APA SAJA RATAPAN & RAYUAN KJ SEWAKTU MEMBERIKAN UCAPAN KETUA PEMUDA DALAM PERSIDANGAN UMNO MINGGU LEPAS ... Biarkan pesalah RASUAH itu hidup dalam dunianya & dijulang balaci-balacinya sendiri ...
AloQStaQ
27 Okt 2010
2:30 Ptg
4 komen:
Salam Aloq Staq,
Pernohonan kepada Allah dengan bersungguh-sungguh akan Allah makbulkan...BERDOALAH....
AKU JUGA BERDOA...........
Sama2lah berdoa
Jangan buat silap yang boleh mengakibatkan apa yang telah diusahkan sekarang berkecai.
BN telah dapat mula mendapat tempat di hati rakyat dengan pendekatan dan perubahan yang telah dilaksanakan oleh pucuk pimpinan.
Tetapi jangan lakukan sesuatu yang boleh merosakkan momentem ini. Jangan disebabkan NILA setitik ROSAK SUSU sebelanga. Jangan kerana hendak memberi tempat kepada KHAIRY J dalam kabinet, hilang sokongan daripada penyokong2UMNO dan para-para bloggers yang menyokong kerajaan.
Tanpa KHAIRY dalam kabinet tidak sedikit pun menjejaskan sokongan rakyat kepada kerajaan tetapi sebaliknya akan berlaku sekiranya KJ diberi tempat dalam kabinet. Dia akan menjadi duri dalam daging seperti apa yang telah dilakukannya semasa Pak Mertuanya jadi PM dulu. Jangan biar pisang berbuah dua kali.
Dr.Yes
Aloq Staq, kita dah tengok apa yang berlaku semasa KJ diberi kuasa penuh oleh Pak Mertuanya.
Walaupun dia hanya Naib Ketua Pemuda yang diberi secara percuma, tetapi lagaknya seperti mempunyai kuasa PM. Ada MB sebuah negeri yang menyambutnya sewaktu dia melawat ke negeri tersebut. Who is KJ untuk dilayan begitu rupa.
Harap DS Najib tak buat silap? Rakyat dah mula berubah melalui pendekatan yang dilakukan oleh Dato Seri. Ini dapat kita lihat melalui keputusan pilihanraya kecil GALAS dan BATU SAPI. BN menang besar di kedua-dua tempat itu.
Tapi jangan sakitkan hati orang yang menyokong kita. Ramai pemuda UMNO yang marahkan KJ. Lihat sahaja apa berlaku apabila KJ diumumkan menang jawatan KP.
Biarkan dia di luar.
Post a Comment