Monday, October 25, 2010

PAS Sejahterakan Rakyat Kedah : Ayaq Dah Naik Harga , Kereta Pulak Nak Kena Kunci ! ... Nasib laaa ...

Dah lama sungguh aku tak balik Bandaraya "Islam" Sejahtera Alor Setar (yang dah banyak tumbuh pusat Karaoke!) ... Baru-baru ni aku berkesempatan pulang ke bandar terchentaku ...

Sambil aku pusing-pusing mencari tempat makan yang sesuai, demi untuk melayani seorang sahabat yang turut ikut serta dengan aku bersempena dia ada tugasan di bandaraya ini .... aku melihat banyak perubahan pada lanskap bandaraya Alor Setar berlaku sejak akhir-akhir ini ...

Antaranya yang menarik, tugu yang ada arca Mahkota Raja di tengah-tengah bulatan Teluk Wan Jah sudahpun di robohkan untuk projek landasan keretapi berkembar (Demi kebaikan rakyat Kedah).

Selain itu, Menara Telekom Alor Setar pula kelihatan sedang diselenggarakan dan ditutup sementara kepada awam (Demi kebanggaan rakyat Kedah).

Dan aku rasa kedua-dua projek itu tak ada kaitan pun dengan duit Kerajaan Negeri Kedah ... hehehe ... (sempat lagi berprasangka, tak baik betoi aku ni ! ... Hahaha !)

Tiba-tiba mata terpandang sesuatu yang ANEH ! ... ANEH maksud aku adalah sesuatu yang tidak pernah aku lihat selama ini, yakni selama aku menjadi Warga Kedah dan selama aku menjadi anak Alor Setar !!! ....

Beberapa keping banner MBAS (Majlis Bandaraya Alor Setar) seperti dalam gambar di atas telah siap terpampang dan tergantung indah di beberapa lokasi parkir kenderaan di seluruh bandaraya Alor Setar.

Sahabat yang bersama aku ketika itu (kebetulan beliau berasal dari Negeri Kelantan), turut menyedari akan kewujudan banner-banner ANEH tersebut ... Banner yang tertera AMARAN yang berbunyi begini :

AWAS ! JIKA ANDA GAGAL MEMBAYAR CAJ TEMPAT LETAK KERETA, KENDERAAN ANDA AKAN DIKUNCI.
Dengan Perintah : Datuk Bandar , Majlis Bandaraya Alor Setar.


Haiiiyaaaaaa ! Alamakkkk ! .... Ayiooooooooo ! Ammaaa ! Appppppppaaaa ! .... Inikah salah satu yang disebut dalam MANIFESTO PAS sewaktu nak PRU 12 tempohari ??? .... Bukankah KEDAH SEJAHTERA, NIKMAT UNTUK SEMUA ? ...

Memang betul-betul Sejahtera la rakyat Kedah setelah PAS memerintah ! Dengan tarif ayaq pun dinaikkan ... Parking lot pun diwujudkan sana-sini ... Dah tu, kalau gagal membayar parking , KENDERAAN RAKYAT AKAN DIKUNCI !... Sesuatu yang TIDAK PERNAH BERLAKU SEWAKTU PEMERINTAHAN BN SEBELUM INI SEJAK MERDEKA DAHULU !

Sahabat aku yang bersama aku ketika itu ada mengatakan berkemungkinan hukuman MENGUNCI KENDERAAN yang Kerajaan Kedah buat ni, seolah-olah "meniru" apa yang Kerajaan PAS Kelantan dah buat sejak bertahun-tahun ...

Katanya di Kota Bharu , kenderaan akan di clamp oleh pihak Majlis Bandaraya Kota Bharu jika gagal membayar caj parking ... Itu kata beliau la sebagai rakyat Kelantan & orang Kota Bharu ... bukan aku yang kata , KALAU SALAH , MAAFKAN AKU YA WAHAI RAKYAT KELANTAN ! ... kalau ada orang Kelantan yang baca blog aku ni, tolong sahkan jika ianya benar.

Apapun, gambar ini jelas menunjukkan AMARAN tersebut dihebahkan oleh MBAS di serata kawasan parking berbayar, merupakan sesuatu yang BARU dan aku rasa ianya agak ANEH ...

Mungkin inilah yang Rakyat Kedah dambakan , sebuah kerajaan negeri yang MENGAKU AKAN MENSEJAHTERAKAN RAKYATNYA, tetapi dalam masa yang sama , HARGA AYAQ NAIK ... TIADA PARKING FREE MALAHAN KENA HUKUM LAGI (JIKA GAGAL BAYAQ PARKING !) .... Nasib laaaaa hangpa semua Orang Kedah ! ... Orang Aloq Staq dah kena putaqqqqqqq ....!!!


++ NOTE : Aku sempat call untuk tanya seorang kawan yang memang penyokong berdarah hijau pekat bersalut bulan purnama (orang kuat Hj Azizan) pasai apa cerrr "Hukuman Kunci Kenderaan yang MBAS" buat ni ? ... Dia jawab, Kerajaan Kedah tak ada sangkut paut dengan menentukan peraturan yang dikuatkuasakan oleh MBAS ... Itu semua adalah bidang kuasa MBAS dan Datuk Bandar .... Aikkkk !! ... Ya Ka ??? Ada orang MBAS yang boleh tolong jawabkan !?? ....


AloQStaQ
25 Oktober 2010
2:15 Petang

9 komen:

hangkedee October 25, 2010 at 3:17 PM  

Hai orang alor setaq mai pakat kita putaq pru 13 takebeer!!!!!

Anonymous October 25, 2010 at 5:55 PM  

Tindakan clamping ni setahu saya memang takde diperuntukkan dalam Akta Pengangkutan Jalan...sesapa yg kereta kena clamping cuba2la lawan MBAS kat court..rasa2nya boleh menang kut!

Anonymous October 26, 2010 at 9:21 AM  

Aku pun asal orang Alor Setar, Beranak dan membesaq kat Kg Seberang Perak. Tapi dah lama merantau disebabkan tuntutan kerja.. Tapi kampung masih kat sana. Itu pun dah 2 ke 3 tahun tak balik jengok kampung yang ditinggalkan sebab Bapak dah lama meninggal, ibu tinggal bersama aku. Terkejut aku bila tengok banner ni. Pekan Alor Setar ni dulu kawasan aku merayau2 lepas waktu sekolah. Kadang2 tengok wayang kat Melayu kat panggung Cathay, nak tengok hisdustan pi panggung Empire, nak tengok kung fu pi panggung Rex. Itu semua tinggal kenangan. Agak2 lah kawan2 , Kalau aku bawa kereta lembu, agak2 hampa dia nak kunci kat mana?...

AloQStaQ October 26, 2010 at 10:24 AM  

hangekedee ,
YA ! JOM MENGGEMBLENG TENAGA UNTUK PASTIKAN BN MENANG PRU13 NANTI ! KITA WAJIB BERUSAHA GIGIH SEKARANG !

Anon 5:55PM,
Perlaksanaan clamp oleh MBAS setakat ni aku belum jumpa/dapat maklumat lagi, sama ada banner tu hanya sekadar nak kasi gempaq atau depa nak clamp betoi2 ... tapi, memang sah-sah banner amaran macam tu bagi aku sungGUHHHHH ANEHHHH di pekan Aloq Staq ni !! Memang aku tak pernah tengok amaran sebegini masa zaman BN ....

Anon 9:21 AM ,

Aku rasa depa tak clamp kereta lembu hang, depa sembelih lembu hang teruih buat kenduri rakyat ... hehehe ...

Anonymous October 26, 2010 at 11:29 PM  

cuba korang pi pekan lama sg.petani. Kaw. yg ramai bangsa cina. Kat situ tak dak pon kena bayaq parking. Walaupon kaw. tu ramai org. Hairan awat kat situ tak dak..kat kaw lain ada? adilkah? sejahterakah?

Anonymous October 27, 2010 at 12:29 AM  

bengong betul, kalau tak bayar parking tiket, saman je lah, kalau nak kunci pun untuk orang yak takde akai pi parking tempat yang dilarang tak pun tunda, tunda, tunda car.

CUCU TOK WAN October 27, 2010 at 1:59 AM  

Salam Sdr.Aloq Setaq...

Itulah harga sebuah gelaran 'Bandaraya'....

disebabkan Alor Star baru lagi menjadi Bandaraya, tikus-tikus taklah berkeliaran... tunggu sikit hari lagi... kucing dengan tikus pun kita tak boleh nak beza.

Pakteh November 1, 2010 at 11:49 AM  

AloStaq
Zaman kita dok shahab perdana dulu mana ada lagu ni..semua free lagi..
Zaman BN pun xla sampai kena kunci. Tapi pakteh faham...Kedah sekarang sengkek dan xdak duit. Dah tak tau apa-apa dah sejak dipimpin oleh MB yang tak tau apa-apa.
jadi nak bagi ada duit sikit, kena la buat lagu tu...
Xdak kaitan ngan Kerajaan apanya. Kerajaan tempatan memang dibawah kuasa kerajaan negeri...isk isk..kalu nak muhung pun..agak-agak la n ingat rakyat Kedah ni semua xdak akai ka...
Mac 2008 leh ramai yg panhkah xpakai akai....

moto December 8, 2010 at 2:01 AM  

memba ku dah kena clamp haritu....
tapi dia lagi terrer...dia tinggai reta kt situ sampai kui 3 pagi...kemdian dia potong clamp tu dan bwk balik clamp tu kerumah dia(ingat senang ka nk potong clamp)...esok harinya...3 bijik reta peronda polis mai cari dia(ingat dia gengster besar kot punya brani)nasib dia tk ada kt umah....last skali bandaran ajak settel..mai rumah dia suruh dia ganti balik kunci clamp tu aja...(nk buat kes polis mungkin payah)dan offer parking dlm kawasan pejabat bandaran free untuk dia...sampai hari nie dia parking free kt situ...hemmm....yg paling kompius sampai hari nie ialah cam mana dia bleh potong kunci clamp tu sorang2....kalu tgk kunci tu memg payah nk di potong....

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP