Friday, September 24, 2010

RM4 Billion ... PAS MENIPU LAGI !!! ...

Aku amat tertarik dengan cerita SEDEKAH RM4 Billion I'DA World kepada Kerajaan Kelantan (tapi Mock Cheque tu tulis kepada Parti Islam Semalaysia , kah kah kah!) Jutaan Terima Kasih Kepada Sahabat Aku RBF - Ruang Bicara Faisal...Sebab Ni artikel aku cedok dari blog dia ... Puak Paih ni memang suka MENIPU betoi ! ... Memang elok la PAIH penipu bersekedudukan dengan PKR putaq alam dan DAP kelentong ! ... Ketiga-tiga Pelingkup Rakyat ! ....



JOM BACA ARTIKEL RBF DI BAWAH NI :

Semalam Salahuddin Ayub berkata seperti dibawah berhubung sumbangan RM 4 bilion dari I'Da World kepada Pas.

"Setelah menyemak dengan PAS Kelantan, saya juga mendapati PAS dan kerajaan negeri Kelantan tidak pernah menerima permohonan dari syarikat ini untuk membuat sebarang projek pembangunan di sana," Klik di sini

Allah maha kaya, bangkai gajah tidak dapat ditutup dengan daun pisang, sepandai-sepandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. Sehebat-hebat Pas menipu, berbelit dan memfitnah selama ini akhirnya ia terbongkar jua.

Selain dari dua bukti yang saya post dalam dua entri terakhir sebelum ini, kini muncul pula satu lagi bukti yang membuktikan apa yang Salahuddin kata adalah bohong belaka.

Surat permohonan I'Da Wolrd yang dibawah ini saya petik dari laman web http://www.idaworldgroup.com.my bagi membuktikan mereka pernah memohon projek-projek pembangunan di Kelantan. Dengan bukti yang ada semua ini sudah cukup untuk kita mengatakan Pas telah lama menjalinkan 'hubungan sulit' dengan I'Da World. Tidak timbul soal Umno mempesarkan kes ini sepertimana yang dilaporkan oleh harakahdaily semalam.



Gambar ini pula menunjukkan Timbalan Menteri Besar Kelantan berkunjung ke pejabat I'Da World. Saya ulang balik sekali lagi, TMB BERKUNJUNG KE PEJABAT I'DA WORLD, bukannya I'Da Wolrd berkunjung ke pejabat TMB.

Sekarang bila segalanya sudah terdedah, Pas berpura-pura tidak kenal dengan syarikat tersebut.

Memang begitulah perangai mereka, kalau keputusan pilihanraya memihak kepada mereka maka mereka akan berkata rakyat pilih mereka serta rakyat lebih percayakan mereka, dan bila kalah, mereka kata BN menipu dan guna SPR. Begitu juga dengan keputusan mahkamah, jika memihak kepada mereka, mereka kata mahkamah dan hakim adil. Bila tidak memihak kepada mereka, mereka kata BN atau Umno pengaruhi keputusan mahkamah.

Samalah dengan kes sumbangan RM 4 bilion ini, selama ini mereka cium mulut dengan syarikat tersebut. Bila pembohongan terbongkar, mereka berpura-pura tidak kenal pula.

RBF ....


AloQStaQ : Puak PAIH memang mudah kelam mata bila nampak duit berbillion-billion ! ... hahaha ! tercabut lebai la nampaknya para penjilat PAIH ! ...... DUNGU !

2 komen:

Anonymous September 24, 2010 at 8:49 AM  

PAS Bengong..

Anonymous September 24, 2010 at 9:08 AM  

PAS pun orang juga bukan malaikat , malah orang pas nih kalau nampak duit lagi laju nak ambik . Curi pun tak pa pasai depa kata depa tau macam mana nak bertaubat .

apa pun setiap isu yang keluar adalah salah UNNO , almaklum la Parti PAS nih parti maksum .

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP